Nilai seorang perempuan

            Nilai seorang perempuan
Jika seorang perempuan itu cepat dilamar
Pastinya ibu bapa dan si dara merasa gembira kerana pasti awal dapat melangkah ke alam rumah tangga
Pasti gelaran anak dara tua bukan milik mereka.
Tambah gembira jika si jejaka pilihan hati ibu bapa dan si gadis sunti...
 Lebar senyuman jika si teruna orang berada..
Ibu bapa bernafas lega pasti anaknya hidup bahagia..
Bertambah manis jika si teruna mempunyai rupa segak bergaya..
Tambah yakin ibu bapa pabila si teruna menjaga anak mereka seperti bidadari syurga
Semua kelengkapan disediakan..semua kemahuan di turutkan
Lelaki seperti ini menjadi idaman semua..
Pasti ada gadis lain yang sudi berkongsi kasih..
Tambhan pula si peria senang menunjukkan simpati kepada mereka yang sedang derita
Jangan terkejut mahligai kedua bakal terbina
Si perempuan satu..menangis tersedu
Si suami ada madu baharu..
Perempuan pertama..menjeruk rasa
Lalu ditibai di madu baru..
Dengan bait-bait ayat mengdongkol terhadap si madu..
Kerana malu ..kehidupan peribadi dihidu rakan taulan..
Perempuan satu
Merubah laku..hati masih dipagut pilu..
Badan sudah beransur kurus..
Mengenangkan nasib badan..
Si perempuan satu..
Atur strategi baru..
Hias diri sehabis baik..
Melaram cantik..
Bergambar mesra di layar lensa kamera..
Demi sang suami yang membahagikan hati..
Ini kah nasib si isteri...
Bila berupaya memiliki suami  sempurna di mata wanita masa kini..
Cuba renungkan..adakah itu milik perempuan muda berwajah rupawan..
Sanggup  berkongsi kasih demi suami romantis yang berharta..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)