Pantun kasih sayang ibu bapa
Pantun kasih sayang ibu
bapa
Sedap sungguh
makan serawa,
Sambil makan bersama keluarga;
Menghormati ibu
bapa amalan mulia,
Sayangilah mereka hingga ke syurga.
Pagi-pagi menjemur gelama,
Gelama disimpan di dalam raga;
Kasih saudara semasa berada,
Kasih ibubapa hingga ke syurga.
Kuning sungguh
seludang kelapa,
Mayang
mengurai di puput bayu;
Pintunya syurga di tangan si bapa,
Syurga pula
ditelapak kaki ibu.
Harum wangi si
bunga kenanga,
Hiasan sanggul
si anak dara;
Hormati
ibubapa semasa hidupnya,
Doakan mereka
hingga ke syurga.
Ke kota Melaka mencari sutera,
Sutera
indah dari Negara
China;
Kesejahteraan hidup
harapan ibubapa,
Doa dititipkan setiap masa.
Selasih diraut
sambil bersenda,
Buat mengubat
hati yang lara;
Ibubapa rela berkorban harta ,
Untuk
kesejahteraan hidup anak tercinta.
Indah
sungguh si bunga kelawang,
Untuk
hiasan si bubur pengat;
Lawati ibubapa
ketika terluang,
Sayangi mereka
sepanjang hayat.
Mudik ke hulu
mencari lokan,
Lokan dikumpul
di atas batu;
Limpahan wang
anak tidak didambakan,
Hanya kepulangan anak dinanti selalu.
Duduk menyanyi
sambil berbuai,
Bagi
menghilang penat dan lelah;
Keakraban hubungan anak amat
dirindui,
Untuk
ketenangan di alam barzakh.
Susun
bertingkat kayu dan papan,
Kayu dan
papan dikerat-kerat;
Dari kecil ilmu agama dititipkan,
Moga hidup
bahagia dunia, akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan