Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

pandangan buat sahabat

Sebening pagi Ditepian lautan Ombak bermain- main digigi pantai Keakraban mereka terserlah Tidak mampu dipisahkan Seorang perempuan tua terbongkok-bongkok menguis-guis sisa  pasir sambil leka menganyam memori Sambil menguis- nguis kaki Di  lantai pasir Asyik mengatur minda Mengimpul tekad Membina impian Terpancar dari seraut wajah Garis- garis pengalaman Yang mematangkan fikiran Sedar dengan permainan takdir Reda dengan suratan Sujud memohon kepadaNya Tidak lekang mengadu padanya Pautan  tetap utuh  Kepada Yang Maha Esa Yang Maha Kuasa

Bawang Putih dan Bawang Merah

Semenjak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya, Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah. Mereka sangat bencikan akan Bawang Putih. Dia sering dimarahi dan dipukul. Pada suatu malam, Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya. Ibunya menyuruhnya masuk ke dalam hutan dan mencari pohon beringin rendang.             “Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah, suatu hari nanti kau akan mendapatkan kebahagiaan”. Keesokkan harinya, Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah. Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur, Bawang Putih masuk ke dalam hutan. Dia mencari pohon rendang itu. Setelah puas mencari, diapun sampai ke situ. Dia terpandang sebuah buaian yang tergantung di pohon beringin. Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main. Ketika  duduk di atas buaian dengan sendiri itu, tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri. Semakin lama semakin laju. Dia dapat melihat bu

Bunyi itu membingitkan

Suasana pagi yang hening seakan terganggu Dengan deruan mesin pemecah simen Mengaum bunyinya Memecah keheningan pagi Terbangun si kecil dari peraduan Memekik hiba lambang kesyahduan Dek terganggunya lenanya Telinga dipenuhi bunyi mendesing Semangat berkobar seakan terhilang Dengan terbitnya pencemaran bunyi Tolonglah hilangkan dari muka bumi Aku perlukan ketenangan yang abadi

Dhuha

Ya Allah Sesungguhnya waktu Dhuha itu milikMu Pancaran cahaya adalah pancaran cahaya milikMu Segala keacantikanMu itu Adalah milikMu Apapun kekuatan adalah milikMu Apa jua qudrat adalah qudratNya Dan  segala perlindungan itu Adalah datangnya  dari perlindunganNya Ya Allah sekiranya rezeki ada di langit Maka turunkanlah  ia Jika ada dibumi keluarkanlah Jika ia sukar mudahkanlah Jika ia Kotor kau suci bersihkanlah Jika ia jauh maka dekatlah Jika ia hampir  maka permudahkanlah Dengan kebenaran DhuhaMu Pancaran cahayaMu KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu Berilah daku  apa yang kau telah berikan Kepada hambaMu yang soleh Amin..

Impian yang belum terlaksana

Sepi kosong Rasa kehilangan Sedih sendirian Tiada perubahan Harapan yang masih kabur Tiada tindak balas Terpaksa menanti Penantian yang belum pasti Tunggu Permintaan yang tidak diedahkan perlu terus Mengikut arus kehidupan Angkara apa Pendapat yang tidak diambil kisah kerna tidak pandai menyampaikan pendapat fakta tidak kukuh Idea dianggap hanya cebisan sampah Hambar Angkara apa Air liur yang tidak masin Perlu reda Reda perlu dilakukan sekiranya telah berusaha Apa usahamu Jiwa perlu besar Gagal.. perlu cuba lagi Cuba lagi dengan plan A,B,C Tiada erti putus asa Setelah mencuba tawakal tawakal itu dengan cara berdoa cara berdoa sembahyang tahajud Selepas terjaga dari tidur tahajud berbeza dengan Qialmulail( sembahyang malam) Kamu Hamba Memang perlu meminta padaNYA.. Semoga harapanmu akan terlaksa pada satu masa nanti Insha Allah..Amin

Soalan BM

Soalan 1-20 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1.         ____________memang rajin menebas rumput di halaman            rumah           terutamanya  pada hari minggu.              A. Beliau                                       C.           dia             C. Kita 2.         Puan  Anita mengambil  selimut _______________menyelimutkan             anaknya yang kesejukan  itu.             A. lalu                                       C.     kerana             C. sambil 3.         Zaki  gagal _________________ pertandingan  akhir  kerana dia kalah pada peringkat separuh akhir.             A. di                                        C. dalam             C. ke 4.          ‘Sudahkah___________________membayar cckai tafsiran?’itulah          ayat  yang tertulis pada papan kenyataan itu.             A. kamu                                C. engkau             C. anda 5.          Sampah sarap itu __________________di satu tempat lapa