Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Fenomena mentari

Sinar mentari memancarkan cahaya npenghuni alam menadah tangan tanda kesyukuran penghuni dunia melebarkan sayapnya melapah rezeki di pelosok rantau sekepuk padi garing dijemur petani belacan,keropok,ikan masih tidak  mengeluarkan aroma kebusukannya lantaran sinar mentari  mampu melenyapkannya senyuman mekar terukir manis di tepian bibir si peneroka rezeki rezeki bertambah  Air kacang, ABC , cendol laris seperti pisang goreng panas tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi menghilangkan kehausan manusia mentari terus bersinar mengeluarkan bahang luarbiasa insan dewasa berlarian meloloskan diri di kawasan berhawa dingin menghilangkan perit yang mencengkam disetiap ruang rongga Anak-anak kecil itu berlarian sambil mengukir senyuman tidak mengenal kepanasan terus ceria disebalik panahan matahari keluarbiasaan terik mentari penyakit menular kini strok haba, demam, batuk silih berganti meumpang hidup di kala ini Bagi irama mengusik sepi  menyerang perut dan a

Reda2

 Mak Lang  ingin menarik perhatian semua tentang cara untuk menghadapi masalah mendatang.. Mak Lang ada contoh seorang kawan MaK Lang baru kenali semenejak Mak Lang bekerja di kawasan ini.       Sebelum ini dia ada bertandang ke tempat lama mak lang bekerja.  Orangnya berbadan besar. Mak Lang lihat dia sukar untuk menaiki tangga. Dia kata lututnya sudah sakit. Untuk melangkah menaiki tangga memerlukan tenagayang banyak. lutut tidak berdaya untuk menampung berat badannya itu. Mak Lang menanyakan sama ada dia sudah cuba mengurangkan berat badan, kata ada cuba tetapi dia juga menghadapi gastrik yang tidak mengizinkan dia berlapar. Untuk menguruskan badan tidak perlu berlapar tetapi makan dalam jumlah yang sedikit  bagi makanan yang mempunyai karbonhidrat yang tinggi seperti nasi. Mak Lang juga mempunayi masalah yang sama iaitu suka makan nasi. Kawan Mak Lang ada yang telah kurus badannya kerana dia elakkan makan nasi dan mengantikannya dengan roti. Mak Lang nak cuba juga untuk makan ro

Kisah menangkap ikan.

                                                                          Kecoh Kampung Jengka apabila  tujuh  sahabat iaitu   Maon, Khan, Medan, Amin, Murshid, Deli dan Hassan  hilang dari kampung. Puas sudah ibu bapa ini menyelongkar ke merata tempat seperti  reban ayam, semak samun, perigi dan gudang baja yang selalu menjadi tempat budak-budak ini berkumpul. Tiada bayang budak-budak ini kelihatan di mana mana tempat yang dijejaki. Puas ditempik  nama budak-budak ini tiada seorang pun yang menjawab.  Resah meniti setiap jiwa ibu bapa budak-budak ini. Bimbang anak-anak ini diculik, ada juga rasa bimbang anak ini dilanggar lori, atau terjatuh dalam lubang dan tenggelam di dalam  perigi buta.         "Ke mana budak-budak ni pergi Pak Japor weh...pantang lepa..mesti hilang budak-budak ni" Bebal Pak Samad kepada Pak Japor.        " Elok kita ikatnya aje deme ni.. tak payah bagi main, bagi muka je sikit dah hilang ke mana entah" Marah Pak Khalid.         " M

Si Comel VS Si Hodoh

Si Comel menari-nari di atas pokok yang rendang itu. Si Comel berasa gembira kerana ia dibenarkan untuk bersiar-siar ke taman.  Ibunya hanya memerhatikan tingkahnya dari jauh di dalam semak samun. Si Comel mengambil kesempatan itu  untuk  melepaskan kebosanan dengan berlari menaiki dan menuruni pokok. Si Comel begitu asyik melakukan aksi itu . Si Comel tidak perasan ibunya telah lama berlalu dari  tempat itu.  Sedang asyik Si Comel bermain panjat-panjat pokok tanpa di sangka si Comel telah tersilap langkah. Kaki Si Comel tidak mendarat dengan tepat di atas dahan pokok rendang. Tubuh Si Comel melayang laju memasuki lubang yang ada berhampiran dengan pokok itu.            Lubang itu amat amat dalam. Si Comel berlari ke sana ke mari untuk mencari jalan untuk keluar dari lubang itu. Si Comel cuba pula untuk memanjat diding lubang itu. Tapi cubaannya tidak berjaya. Si Comel jatuh semula ke dasar lubang itu. Si Comel mengiau ngiau meminta ingin meminta bahntuan daripada ibunya. Si Comel

CCTV-jaga-jaga ada yang memerhati

Tempat kerja Mak Lang telah dipasang CCTV. Macam-macam komen daripada kawan-kawan Mak Lang tentang pemasangan ini. Ada yang  mengandaikan perbuatan  mengorek lubang hidungpun dapat   dilihat  melalui CCTV yang dipasang itu.   Kawan-kawan Mak lang tidak senang hati dengan adanya CCTV takut aksi mengangkat kainpun dapat dilihat daripada CCTV.  Malunya kata dek kawan-kawan Mak Lang. Ktata dek GPK CCTV  ini bukan untuk melihat aktiviti guru sebaliknya untuk mengesan kecurian dan salah guna kuasa sesuatu perkara supaya  mudah di kesan.           Betul juga ya. terbukti ada  Kawan Mak Lang  yang tertinggal dompet duit di atas meja telah kehilangan duit. Tidak lah Mak Lang ketahui jumlah wang yang hilang itu. Perkara ini diketahui secara risikan aje. Syy...jangan buat kecoh ya... perkara telah diselesaikan dengan cara yang baik. Kawan Mak Lang ini dapat mengesan masalah ini melalui penggunaan CCTV. Nah terbukti CCTV amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah sekiranya tiada saksi. CCTV

Kain pelekat terbang

Saya Hamin.  Saya Mus. Kami berdua adalah sahabat yang baik semenjak dari kecil lagi. Ke mana sahaja kami pergi pastinya kami akan bersama. Pada suatu hari Mus dan Hamin berpakat untuk menaiki motosikal  untuk pergi ke pasar malam di simpang Jengka. Mus dan Hamin telah berjanji untuk bertemu di  depan surau di simpang empat kampung mereka. Mus merasakan rancangan mereka ini akan berhasil sekira ayahnya tidak ada di rumah. Ayahya tidak membenarkan Mus untuk menunggang motorsikal di waktu malam kerana Mus masih tidak mempunyai lesen memandu. Mus hanya dibenarkan memandu motorsikal ke sekolah dan juga untuk memberi keperluan yang diperlukan oleh ibunya seperti ikan dan sayur-sayuran. Mus dan Hamin teringin untuk pergi ke pasar malam itu kerana mereka tertarik dengan cerita rakan-rakan yang telah berjaya pergi ke sana tanpa bersama ibu bapa. Mereka merasakan mereka perlukan sedikit kebebasan untuk melakukan makan angin tanpa kehadiran ibu bapa mereka. Mereka merasakan diri mereka telahp

Kisah terlebih teruja

Kisah ini terjadi kepada kawan kepada kawan Mak Lang. Kawan  Mak Lang itu diberi nama Si K. Si K ini begitu teruja  untuk melihat  gajinya yang kerana dijangka banyak  pada bulan tersebut. Gajinya dijangka  banyak kerana kerja  dia banyak melakukan kerja lebih masanya.  Si K ini pergilah ke  ATM untuk melihat dan mengeluarkan gajinya.  Apabila sampai gilirannya,  Si K pun mencucukkan kad  ke mesin ATM.  Dia memasukkan nombor pin. Tetapi mesin ATM itu memberitahu bahawa nombor yang diberikan  adalah salah. Si K mencuba sekali  lagi. Sekali  lagi mesin ATM itu mengatakan bahawa nombor yang diberikan oleh Si K  adalah salah. Si K merasakan adalah mustahil nombor yang ditekannya itu  adalah salah. Dia telah menggunakan  nombor itu selama 24 tahun. Si K merasakan mesin itu mengalami kerosakan.   Si K mengambil keputusan untuk meninggalkan mesin ATM. Begitu kecewa  sekali  Si  K. Si K menenangkan dirinya. Dia perlu mencari bank yang lain merealisasikan keinginannya itu.               

REDA

Reda Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah naksud reda adalah  rela.  Bukan reda untuk hujan yang dah berhenti tu. Reda yang mengaitkan dengan perasaan. Kalau dalam ombak rindu mengatakan Lisa Surihani mengatakan  reda itu rela, Pasrah itu menyerah .Izzah adalah pasrah bukan reda. Kita selalu mengatakan bahawa kita reda dengan ketentutan yang telah berlaku. Begitu senangkah untuk kita reda ? Saya fikir perkara ini sukar untuk dilakukan oleh semua orang lakukan. Tidak semudah menyebut perkataan itu R.E.D.A.  Mak Lang  ingin bincangkan tentang hal ini dari sudut pengalaman mak lang sendiri. Semasa mak lang berumur dua puluah dulu, masa baru berkahwin, waktu masih mudah, mak lang ini memang manja sekali. Sekarang ini di waktu tua ini mak lang boleh kontrol kemanjaan itu. Tapi perasaaa ingin marah tetap boleh berlaku kepada mak lang, tapi masih boleh dikawal. Tolong jangan sakiti daku. Orang kata kalau tak nak disakiti , jangan menyakiti. Tapi kita kadang-kadang tidak sen

Ajari daku

Ajari aku.. teman ajari daku tunjukki daku yang mentah ini yang merah ini sedikit pengalaman untuk harungi kehidupan yang dapat mendewasakan diriku bagi mengharungi hidup yang penuh warna warni penuh kepura-puraan penuh persimpangan tolonglah aku teman pimpinlah daku doronglah daku sertailah daku moga aku bisa berdiri sama tinggi denganmu seiring dengan mu dalam menyusuri kehidupan untuk mengenali maha pencipta tertinggi  Pencipta  sekelian alam Allah  Tuhanku

Kamus Bahasa Pahang..anak Pahang jangan lupa asal usul..

A Ace - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ace cuba dulu/sama dgn ce Aok - awak Aokme/Awokme - kalian, anda semua Ampuh - tenggelam B Babir  - degil Baler - gila, bala? Beter - betul (Lipis/Raub) Berderau - gotong royong Bederun - pergi beramai-ramai Bejehek - macam tak habis, tak selesai Bejejet - peluh yang mencurah-curah Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.) Berlengging - tak pakai baju, pakai seluar sahaja Berlemin - berminyak Berlimbor - berjalan bergandingan, berdua-duaan, jalan bersebelahan Biroh - gatal, miang, gedik Buas - lasak Buboh - letak Boyaih - boroi Berambi - berhati-hati,berwaspada Borok - borak Bobok - tipu, bohong (pedo'oh) Bopeng - pokai, tak ada duit Boleng/bole/boleir  - telanjang bulat Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya) Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?) Berjel

setelah 32 berlalu..kami bertemu semula di alam maya pada 7 Mac 2016

Imej
                                                              LENCANA SEKOLAH SKJ4 YANG MENYATUKAN KAMI "kita semua sama, kita kawan, tak kira masuk U, tak masuk U kerja bagus, kerja tak bagus ,miskin, kaya ..kita semua sama.. kita kawan ..kita pernah membesar bersama, dari tadika hingga darjah enam.." ( 1979hingga 1984 ) Inilah ucapan keramat yang paling berkesan dalam hati saya. Saya beberapa kali membaca ungkapan ini. Tulus sahaja bunyi ungkapan ini. Saya kalau diusia muda, mungkin saya akan mudah bertegur dengan rakan-rakan yang sama persekolahan dengan saya tanpa mengira status. Tetapi perasaan segan,  malu, tidak yakin akan bertamu dihati saya jika terpaksa bertembung dengan mereka  rakan-rakan yang berjaya.       Pada ketika dan waktu itu,  saya rasakan, saya mempunyai keupayaan yang sama dengan mereka, saya sekelas dengan mereka, guru yang sama, saya juga berusaha, tetapi saya tetap terkebelakang dari mereka. Semasa saya berumur 18 tahun saya ma

Mengintai disebalik rimbunan lalang

Jernihnya sinar mata itu disebalik untaian rambut yang keperangan berjalan pantas dengan langkahan yang panjang dari  teruna pendiam tanpa menoleh ke belakang hayunan diteruskan seperti enggan untuk beriringan dengan sang teman gadis itu seakan hilang arah ingin mengekori langkahan itu tapi tidak terdaya kerana dia adalah si panjang yang menyelepangkan beg di badan ingin saya si gadis melambai siteruna untuk bersaing bersama tapi tiada upaya malu mengatasi segalanya ki gadis terus menghayun langkah langkah kepenatan untuk pulang ke rumah bapa berpesan si gadis perlu berjalan pulang bapa mempunyai urusan gadis akur untuk pulang bersendirian kelibat si teruna hilang dari pandangan di gadis berjalan menunduk membilang anak-anak batu jalanan yang kelihatan merah diselaputi tanah  merah yang basah yang baru disirami  hujan renyai gadis itu  sepi berjalan sendirian sedang leka melayan perasaan si gadis kaget ada bayangan ada di depan seakan menanti

Aduhai perasaan

Kadang-kadang runtutan perasaan amat memilukan rasa kasih menjerat perasaan perasaan rindu, cemburu tidak dapat dielakkan menimbulkan pelbagai persoalan ada yang dizahirkan tak kurang juga dipendamkan masalah perasaan elakkan supaya tidak menyakitkan  perasaan dan sebagai langkah untuk protes kepada yang tersayang ingin meninggalkan tapi masih sayang masih mahu meraih perhatian  ( Isteri yang dikahwini kerana menyahut cabaran) dari teman yang masih mengharapkan menanti jawapan pasti tapi tidak memaksa masih mengawal gelonjak perasaan melayan bicara, bertemu  seketika bertegur sapa dengan  sang isteri berduka lara mendengar luahan perasaan sanggup menerima apa sahaja walaupun perlu berbalah dengan suami 'terego' (Lelaki yang mengisi gadis yang dipunyai) Sang suami yang berkarisma tinggi, Pantang dicabar di dalam kerjaya dan masalah perasaan sentiasa yakin diri kelemahan  diri dilipat kemas ego tetap dipentingkan menang tetap diutamakan walaupun

Memori suatu waktu dahulu

Assalamualaikum..lamanya  saya tidak melihat blog ini...ada aje masalah... paling masalah internet slow.. Dua minggu lalu, saya dapat berkumpul dengan rakan sekolah rendah zaman 1979 hingga1984...saya hanya mencadangkan kepada rakan yang berada di dalam facebook yang baru ditemui...untuk membuka group whatsAp rakan sekolah rendah.  Si YNT dan Si M.A.H yang merupakan ketua dan penolong kelas kami yang mempunyai pengaruh yang kuat berjaya mengumpulkan rakan. Saya yang sememangnya telah terputus hubungan dengan rakan-rakan ini bolehlah berhubung semula. Meriah gila group ni...macam murid sekolah rendah. Rakan-rakanku mempunyai berbagai jawatan dalam membina masa depan masing-masing.  Ada yang berjawatan tinggi, ada yang berjawatan sederhana dan ada yang biasa-biasa sahaja. Rezeki masing-masing.Yang rajin belajar dan rezekinya murah berjayalah dalam pelajaran..yang malas sikit terimalah habuan...ada yang berusaha tapi tidak juga berjaya...rezeki masing-masing..harap-harap semuanya bahagi