Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Kesakitan itu

Kesakitan itu sungguh memilukan Meresap ke seluruh jiwaku aku tidak bisa untuk menghampirinya lagi jauhlah dikau dari igauanku Bila bersendirian  rakaman peristiwa itu menerawang di fikiranku mengapa igauan tanpa jemputan itu menziarahiku lagi tetamu itu tidak ku undang Yang meninggalkan memori duka tidak mengharapkan kedatangannya Aku tidak mahu terus berpura-pura Tidak berdaya untukku melangkah dan ku jejaki tempat itu Yang meninggalkan memori luka Mengapa aku tidak kau lepaskan Mengapa mahu merebek luka lama Atau mahu mengaburi mata bahawa itu adalah kawasan terbaik dunia Bagiku luka itu tidak perlu diubati lagi kerna aia akan pulih dengan peredaran masa aku tidak perlukan pujukan aku tidak bisa melupuskan segalanya dengan sekelip mata Harapanku Moga aku mampu berdiri Tanpa pamitan peristiwa itu yang mampu membuatkan hatiku membuak kembali 22.5.20169.27 am Puncak Alam

Harapan yang tidak kunjung padam

Peristiwa itu Sungguh memilukan Ditinggalkan orang tersayang Dihari berbahagia Tanpa ucapan dan pamitan Mahupun penjelasan Ditinggalkan dengan seribu persoalan Rayuan tidak diendahkan Dia terys berlalu pergi Dengan menitipjan pandangan Tanpa suara Tanpa harapan dan kemaafan Hari itu Pertemuan bertaut kembali Masing-masing dengan status yang baru Masing-masing menceriakan diri Bersama peneman di sisi Cuba menutup hasrat di hati Yang masih  segar Dengan mampatan kerinduan Kasih masih belum berpaling Masih setia menanti Kerinduan tidak bisa diucap Kerana seribu kerayuan Pujukan ahli keluarga Dan rakan taulan Tidak dapat melegakan Ingin mengunggapkan Hasrat hati Tapi takut ditinggalkan lagi Hati terus berteka- teki Sukarnya untuk menguruskan Sebuah hati Yang pernah kecewa Bayang- bayang duka Masih terus mengekori Walaupun kepercayaan itu Masih terpahat kukuh Tapi Tetap diganggu gugat Perasaan bimbang Yang masih menghantui diri Sukarnya hidup Da

Rindu

Beberapa hari ini Hatiku terasa sayu Berita itu mendebarkan hatiku Perasaan hiba terus meruntun hatiku Mereka bagaikan diriku sendiri Andainya diriku ditimpa musivah Nyawaku diragut pergi Bagaimana anakku? Hatiku bertambah pilu Hari ibu kunjung tiba Aku sebak hati pilu Umpama jatuh ke batu Sukar dirungkai Rinduku seperti tidak kunjung padam Aku rindu Aku juga diperlukan Dan dirindui Dambaan rinduku Disulami perasaan bersalah Kerana perlu berjauhan darimu Moga dirimu terus dilindungi Ketahuilah aku sayang padamu

Ceria adikku ceria

Sungguh ceria adik-adikku, Bangun pagi lakukan senaman Badan adik-adikku menjadi kuat Pantas juga membuat kerja Ayah juga ibu Riang dan gembira Melihat adik-adikku Lincah dan cericeria adikku ceria Jaga kesihatan Jaga permakanan Amalkan makanan seimbang Patut  jadikan  amalan Badan jadi sihat Adik-adikku cemerlang Rakan-rakan suka Hidup bervahagia

Pantun semangat

Indah sungguh sri Buana, Tempat bermain puteri kayangan; Cantik  rupa dipandangan mata, Moga seindah peribadimu tuan. Pohon beringin rendah merendang, Tempat buaian puteri kayangan; Tulus sungguh budimu tuan, Tidak hilang dari ingatan. Batang selasih permainan budak, Di tepi sumur tumbuh  melata, Putus kasih bertalak tidak, Kasihmu tuan di bawa ke syurga. Indah sungguh bunga kenanga, Hiasan sanggul si gadis ayu; Bijak tuturmu bagaikan pendeta, Lambang dadamu dipenuhi ilmu.