Kesakitan itu
Kesakitan itu sungguh memilukan Meresap ke seluruh jiwaku aku tidak bisa untuk menghampirinya lagi jauhlah dikau dari igauanku Bila bersendirian rakaman peristiwa itu menerawang di fikiranku mengapa igauan tanpa jemputan itu menziarahiku lagi tetamu itu tidak ku undang Yang meninggalkan memori duka tidak mengharapkan kedatangannya Aku tidak mahu terus berpura-pura Tidak berdaya untukku melangkah dan ku jejaki tempat itu Yang meninggalkan memori luka Mengapa aku tidak kau lepaskan Mengapa mahu merebek luka lama Atau mahu mengaburi mata bahawa itu adalah kawasan terbaik dunia Bagiku luka itu tidak perlu diubati lagi kerna aia akan pulih dengan peredaran masa aku tidak perlukan pujukan aku tidak bisa melupuskan segalanya dengan sekelip mata Harapanku Moga aku mampu berdiri Tanpa pamitan peristiwa itu yang mampu membuatkan hatiku membuak kembali 22.5.20169.27 am Puncak Alam