Kesakitan itu

Kesakitan itu sungguh memilukan
Meresap ke seluruh jiwaku
aku tidak bisa untuk menghampirinya lagi
jauhlah dikau dari igauanku
Bila bersendirian  rakaman peristiwa itu
menerawang di fikiranku
mengapa igauan tanpa jemputan itu menziarahiku lagi
tetamu itu tidak ku undang
Yang meninggalkan memori duka
tidak mengharapkan kedatangannya
Aku tidak mahu terus berpura-pura
Tidak berdaya untukku melangkah dan ku jejaki tempat itu
Yang meninggalkan memori luka
Mengapa aku tidak kau lepaskan
Mengapa mahu merebek luka lama
Atau mahu mengaburi mata
bahawa itu adalah kawasan terbaik dunia
Bagiku luka itu tidak perlu diubati lagi
kerna aia akan pulih dengan peredaran masa
aku tidak perlukan pujukan
aku tidak bisa melupuskan
segalanya dengan sekelip mata
Harapanku
Moga aku mampu berdiri
Tanpa
pamitan peristiwa itu
yang mampu membuatkan
hatiku membuak kembali

22.5.20169.27 am
Puncak Alam




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)