Harapan yang tidak kunjung padam

Peristiwa itu
Sungguh memilukan
Ditinggalkan orang tersayang
Dihari berbahagia
Tanpa ucapan dan pamitan
Mahupun penjelasan
Ditinggalkan dengan seribu persoalan
Rayuan tidak diendahkan
Dia terys berlalu pergi
Dengan menitipjan pandangan
Tanpa suara
Tanpa harapan dan kemaafan

Hari itu
Pertemuan bertaut kembali
Masing-masing
dengan status yang baru
Masing-masing menceriakan diri
Bersama peneman di sisi
Cuba menutup hasrat di hati
Yang masih  segar
Dengan mampatan kerinduan
Kasih masih belum berpaling
Masih setia menanti

Kerinduan tidak bisa diucap
Kerana seribu kerayuan
Pujukan ahli keluarga
Dan rakan taulan
Tidak dapat melegakan
Ingin mengunggapkan
Hasrat hati
Tapi takut ditinggalkan lagi
Hati terus berteka- teki
Sukarnya untuk menguruskan
Sebuah hati
Yang pernah kecewa
Bayang- bayang duka
Masih terus mengekori
Walaupun kepercayaan itu
Masih terpahat kukuh
Tapi
Tetap diganggu gugat
Perasaan bimbang
Yang masih menghantui diri
Sukarnya hidup
Dalam situasi ini...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)