Rindu

Beberapa hari ini
Hatiku terasa sayu
Berita itu mendebarkan hatiku
Perasaan hiba terus meruntun hatiku
Mereka bagaikan diriku sendiri
Andainya diriku ditimpa musivah
Nyawaku diragut pergi
Bagaimana anakku?
Hatiku bertambah pilu
Hari ibu kunjung tiba
Aku sebak hati pilu
Umpama jatuh ke batu
Sukar dirungkai
Rinduku seperti tidak kunjung padam
Aku rindu
Aku juga diperlukan
Dan dirindui
Dambaan rinduku
Disulami perasaan bersalah
Kerana perlu berjauhan darimu
Moga dirimu terus dilindungi
Ketahuilah aku sayang padamu





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)