1.0 Konsep kepelbagaian sosio budaya 1.1 Pengenalan Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di sekolah dilhat sebagai budaya yang diiktiraf sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Konsep kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia perlu diperkenalkan dan ditanamkan dijiwa pelajar sejak mereka masih kecil lagi. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama. adat resam, latar belakang perlu disatu padukan sehingga bole
Ulasan
Catat Ulasan