Catatan

Sikap manusia adalah masalah semasa

Aku kadang-kadang terfikir tentang sikap manusia.. muda ke tua ke..sama saja... macam-macam perangai.. yang tak tahan yang suka membuat orang susah hati.. agaknya orang macam ni memang dah berjanji hidupnya nak membuatkan orang mmeperkatakan tentang dirinya ke? tak paham aku.. kerja ..bila diminta mengantikan orang untuk membuat kerja tdia tidak memberikan alasan macam kebanyakkan orang yang akan memberikan berbagai alasan tidak tidak menolak tugas tetapi Esoknya dia akan cuti sakit.. senang bebenor dia dapat cuti sakit memang kerap berlaku begini memmang dia sekadar mahu pergi kerja sahaja tugasan sampingan yang diberikan kepadanya akan diberikan kepada orang lain pula memang tidak bertanggungjawab langsung... tapi bagus juga dia tidak sibuk untuk berusaha untuk kenaikkan pangkat tapi kalau orang yang malas mahu buat kerja kemudian menggunakan  kebijaksaan otaknya menggunakan kuasa tidak dijalan yang betul memijak orang lain demi untuk dirinya meningkat maju...

Nilai seorang perempuan

            Nilai seorang perempuan Jika seorang perempuan itu cepat dilamar Pastinya ibu bapa dan si dara merasa gembira kerana pasti awal dapat melangkah ke alam rumah tangga Pasti gelaran anak dara tua bukan milik mereka. Tambah gembira jika si jejaka pilihan hati ibu bapa dan si gadis sunti...  Lebar senyuman jika si teruna orang berada.. Ibu bapa bernafas lega pasti anaknya hidup bahagia.. Bertambah manis jika si teruna mempunyai rupa segak bergaya.. Tambah yakin ibu bapa pabila si teruna menjaga anak mereka seperti bidadari syurga Semua kelengkapan disediakan..semua kemahuan di turutkan Lelaki seperti ini menjadi idaman semua.. Pasti ada gadis lain yang sudi berkongsi kasih.. Tambhan pula si peria senang menunjukkan simpati kepada mereka yang sedang derita Jangan terkejut mahligai kedua bakal terbina Si perempuan satu..menangis tersedu Si suami ada madu baharu.. Perempuan pertama..menjeruk rasa Lalu ditibai di madu baru.. Dengan...
Imej
               Akar  beachresort. P.Dickson 19.12.2016 kami tiga beranak berjalan-jalan ke  P.Dickson..lama dah tidak bercuti ke sini semenjak pwristiwa tsunami  2004. Masa tu anak berumur 4tahun. Sekarang ni umurnya sudah 16 tahun. Lama betul nak menjejakkan kaki ke daerah ini.         Puncak Alam tiada air sekarang ini.Menurut berita, ketiadaan air adalah sampai 24.12.2016.Hoi..lamanya...         Lepas ni nak jalan-jalan ke Kuala Lumpur.Permintaan anak tunggal kami. Di bawah ni saya belanja gambar di P.D.. Semoga gembira selalu...
Imej
              SAHABAT SMKJ2 Pada 9/12/2016..sy bersama teman2 dr smkj2 telah bertemu di dlm facebook. Borak2 tentang sekeping  potret.Tanpa disangka tercetuslah ide nak membuat group what up..Best ye jumpa rakan lama.Inilah gambar kelas di tingkatan 5. Ada lagi yang tidak ditemui.Hilang dalam kesibukkan masa. Semoga persahabatan kami kekal selamanya.

Anakku

Dengarlah anakku Kelahiranmu adalah satu rahmat buat ibumu ini Penantian ibu selama 3 tahun terlerai dengan kelahiranmu Susah senang dan kesedihan ibu mengandungkanmu Semuanta berakhir bila melihat wajahmu Walaupun ibu tidak bisa terus memelukmu dengan erat sewaktu unurmu 1hari hingga 25 hari Kerana masalah kesihatanmu dan ibumu Tetapi semuanya berakhir jua Ibu sayang kamu Jadikah kamu anak yang berpekerti mulia Bijaklah kamu untuk bekalan dunia Semoga kamu sukses di dunia dan akhirat..anakku Aamiin..

Kesakitan itu

Kesakitan itu sungguh memilukan Meresap ke seluruh jiwaku aku tidak bisa untuk menghampirinya lagi jauhlah dikau dari igauanku Bila bersendirian  rakaman peristiwa itu menerawang di fikiranku mengapa igauan tanpa jemputan itu menziarahiku lagi tetamu itu tidak ku undang Yang meninggalkan memori duka tidak mengharapkan kedatangannya Aku tidak mahu terus berpura-pura Tidak berdaya untukku melangkah dan ku jejaki tempat itu Yang meninggalkan memori luka Mengapa aku tidak kau lepaskan Mengapa mahu merebek luka lama Atau mahu mengaburi mata bahawa itu adalah kawasan terbaik dunia Bagiku luka itu tidak perlu diubati lagi kerna aia akan pulih dengan peredaran masa aku tidak perlukan pujukan aku tidak bisa melupuskan segalanya dengan sekelip mata Harapanku Moga aku mampu berdiri Tanpa pamitan peristiwa itu yang mampu membuatkan hatiku membuak kembali 22.5.20169.27 am Puncak Alam

Harapan yang tidak kunjung padam

Peristiwa itu Sungguh memilukan Ditinggalkan orang tersayang Dihari berbahagia Tanpa ucapan dan pamitan Mahupun penjelasan Ditinggalkan dengan seribu persoalan Rayuan tidak diendahkan Dia terys berlalu pergi Dengan menitipjan pandangan Tanpa suara Tanpa harapan dan kemaafan Hari itu Pertemuan bertaut kembali Masing-masing dengan status yang baru Masing-masing menceriakan diri Bersama peneman di sisi Cuba menutup hasrat di hati Yang masih  segar Dengan mampatan kerinduan Kasih masih belum berpaling Masih setia menanti Kerinduan tidak bisa diucap Kerana seribu kerayuan Pujukan ahli keluarga Dan rakan taulan Tidak dapat melegakan Ingin mengunggapkan Hasrat hati Tapi takut ditinggalkan lagi Hati terus berteka- teki Sukarnya untuk menguruskan Sebuah hati Yang pernah kecewa Bayang- bayang duka Masih terus mengekori Walaupun kepercayaan itu Masih terpahat kukuh Tapi Tetap diganggu gugat Perasaan bimbang Yang masih menghantui diri Sukarnya hidup...