Aduhai perasaan


Kadang-kadang
runtutan perasaan amat memilukan
rasa kasih menjerat perasaan
perasaan rindu, cemburu
tidak dapat dielakkan
menimbulkan pelbagai persoalan
ada yang dizahirkan
tak kurang juga dipendamkan
masalah perasaan elakkan
supaya tidak menyakitkan  perasaan
dan sebagai langkah untuk protes kepada yang tersayang
ingin meninggalkan tapi masih sayang
masih mahu meraih perhatian  ( Isteri yang dikahwini kerana menyahut cabaran)

dari teman yang masih mengharapkan
menanti jawapan pasti tapi tidak memaksa
masih mengawal gelonjak perasaan
melayan bicara,
bertemu  seketika
bertegur sapa dengan  sang isteri berduka lara
mendengar luahan perasaan
sanggup menerima apa sahaja
walaupun perlu berbalah dengan suami 'terego'
(Lelaki yang mengisi gadis yang dipunyai)


Sang suami yang berkarisma tinggi,
Pantang dicabar di dalam kerjaya
dan masalah perasaan
sentiasa yakin diri
kelemahan  diri dilipat kemas
ego tetap dipentingkan
menang tetap diutamakan
walaupun perlu mengguris perasaan
Pendapat orang lain tetap ditelan
tetap mahu menghadapi  dengan penuh strategi
ego yang tinggi masih menampal tebal di sanubari suami
tidak mahu nampak lemah di depan si isteri
mahu menunjukkan kekebalan dari godaan
suka berahsia
tidak menyedari kesalahan yang dilakukan
hati sudah berubah rentak
sanggup mengalah
demi seorang isteri
ego telah ditolak tepi
mencari isteri walaupun
pasti  kelemahan diri bisa ditontoni
Melayan setiap kerenah isteri
dengan kelembutan
dengan menzahirkan kasih sayang
melalui ucapan dan perlakuan
terkadang-kadang emosi mengusai
demi sebuah hati
yang tak rela berkongsi
dan merasa cemburu -Zaim Adzfar

sang puteri manja  tetapi  tetap berusaha
meraih cinta
untuk menang menghuni  jiwa  si arjuna hati
dengan perbagai cara
demi menghuni hati Zaim Adzfar
Walau sering dikecewakan
(Perempuan yang menghalalkan cara untukmendapatkan jejaka idaman hati)



Best betul jika pandai mengolah ayat..menyusun kata..sehingga mampu menggoyangkan perasaan manusia yang bergelar pembaca..







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)