REDA

Reda

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah naksud reda adalah  rela.  Bukan reda untuk hujan yang dah berhenti tu. Reda yang mengaitkan dengan perasaan. Kalau dalam ombak rindu mengatakan Lisa Surihani mengatakan  reda itu rela, Pasrah itu menyerah .Izzah adalah pasrah bukan reda. Kita selalu mengatakan bahawa kita reda dengan ketentutan yang telah berlaku. Begitu senangkah untuk kita reda ? Saya fikir perkara ini sukar untuk dilakukan oleh semua orang lakukan. Tidak semudah menyebut perkataan itu R.E.D.A. 

Mak Lang  ingin bincangkan tentang hal ini dari sudut pengalaman mak lang sendiri. Semasa mak lang berumur dua puluah dulu, masa baru berkahwin, waktu masih mudah, mak lang ini memang manja sekali. Sekarang ini di waktu tua ini mak lang boleh kontrol kemanjaan itu. Tapi perasaaa ingin marah tetap boleh berlaku kepada mak lang, tapi masih boleh dikawal. Tolong jangan sakiti daku. Orang kata kalau tak nak disakiti , jangan menyakiti. Tapi kita kadang-kadang tidak sengaja menyakiti. Eloknya kita diamkan diri aje ketika bersama dengan rakan-rakan. Kita jangan banyak membuat  banyak kenyataan,Kita tengok sahaja. Apabila telah terluka jangan jawab ungkapan itu yang dilontarkan oleh orang itu. Mungkin dia sakit...Kita diam..walaupun hati panas juga..terasa ingin menjawab..aku juga ingin menang.Tapi ramai yang mengatakan anda perlu diam jika ada yang menyerang...kalau tidak tahan cabut lari..supaya otak tidak serabut..dan kita juga akan sakit jiwa seperti dirinya. Sakit jiwa ini bukannya semestinya gila...tapi hati jadi tidak tenteram selalu..Terima kasih kak Zai yang selalu menasihati saya supaya sentiasa cool..walaupun kak Zai  jauh dari pandangan mata, jauh dari halwa telinga, tapi semuanya jadi dekat dengan adanya telefon.
Kita kembali kepada perasaan reda..
Dulu masa mak lang muda..mak lang pernahlah mengandung..mak lang tak pandai kereta lagi masa tu..semua urusan nak harapkan suami..gaji kecil pulak tu..baru kerja katakan. Naik teksi yang disewa RM10 ringgit pergi dan RM 10 masa balik.. Kalau sekali sekala tak apalah..ini kena selang sehari..masalah ini timbul apabila mak lang mendapat darah tinggi semasa kandungan berusia 6 bulan. Tak lama kemudian disahkan ada darah tinggi pulak... Sedihnya rasa..mak..jauh..nak ajak pergi teman jumpa doktor...nak ajak suami tak boleh ..dia kerja..ada kerja ada gaji..Sedihnya masa itu..sbab apa mak lang terlampau sedih...sebabnya duit mak lang sikit, mak lang nak kena gunakan untuk semua bayaran..takut tak ada simpanan..buatnya ada perkara mendesak..di mana mak lang nak korek duit. Faktor yang sebenarnya adalah tidak ada perasaan reda. Mak lang rasa mak lang tidak bernasib baik..orang lain mengandung elok aje boleh pergi kerja..tak perlupun berulang alik ke hospital, Orang lain suami aje yang selalu hantar semasa membuat pemeriksaan kesihatan..Mak Lang pulak kena pergi sendiri..semua perkara ini membuatkan mak lang sedih. Kalau dah lemah..penyakit lagilah mudah menyerang dan lekat di badan..sehingga bersalin mak lang ada masalah lagi..mak lang tak kencing...besarnya perut mak lang masa tu macam ada baby lagi..rupa-rupanya pundi kencing mak lang tak dapat berfungsi seperti sedia kala..kesan daripada masalah ketika bersalin iaitu mak lang terlalu banyak meneran untuk mengeluarkan bayi... mak lang duduk lama di hospital. 25 hari.orang lain berpantang di rumah..mak lang berpantang di hospital. Tekanan darah mak lang naik semula. Mungkin mak lang risau takut dengan masalah diri dan anak yang masih tahan di hospital kerana kuning dan ada kuman di paru-paru. semuanya menimpa diri mak lang. Mak lang sedih lagi. Kemudian mak lang dikeluarkan dari hospital...mereka hanya meminta mak lang membuat terapi kemutan supaya pundi kencing dapat berfungsi dengan baik semula.  Mak lang cuba tenangkan diri. Disamping berurut dengan bidan yang menatakan bahawa  pundi kencing mak lang ditekan dengan 'batu merian'. Mak lang bertenang, tidak lama kemudian  mak langpun dapat rasa semula perasaan ingin kencing. Fahamkan rasa ingin kencing macam mana? Selepas itu Mak Lang bertekad untuk reda dengan semua ujian Allah. Mak Lang ingin berhijrah. Mak Lang pergi mengambil KSPK( sijil perguruan Khas Satu Tahun) untuk memastikan mak lang boleh berdikari. Mak lang naik bas ke Kuala Lumpur. Mak Lang jalan kaki daripaa seksyen 15 Shah Alam ke Sekyen 20. mak lang nak belajar jadi kuat. Masa tu anak mak lang baru berumur 1 tahun tepat.

Nanti sambung lagi ya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)