Memori suatu waktu dahulu

Assalamualaikum..lamanya  saya tidak melihat blog ini...ada aje masalah... paling masalah internet slow..
Dua minggu lalu, saya dapat berkumpul dengan rakan sekolah rendah zaman 1979 hingga1984...saya hanya mencadangkan kepada rakan yang berada di dalam facebook yang baru ditemui...untuk membuka group whatsAp rakan sekolah rendah.  Si YNT dan Si M.A.H yang merupakan ketua dan penolong kelas kami yang mempunyai pengaruh yang kuat berjaya mengumpulkan rakan. Saya yang sememangnya telah terputus hubungan dengan rakan-rakan ini bolehlah berhubung semula. Meriah gila group ni...macam murid sekolah rendah. Rakan-rakanku mempunyai berbagai jawatan dalam membina masa depan masing-masing.  Ada yang berjawatan tinggi, ada yang berjawatan sederhana dan ada yang biasa-biasa sahaja. Rezeki masing-masing.Yang rajin belajar dan rezekinya murah berjayalah dalam pelajaran..yang malas sikit terimalah habuan...ada yang berusaha tapi tidak juga berjaya...rezeki masing-masing..harap-harap semuanya bahagia.  Ada di antara kami yang kawin awal dah nak bermenantu. Mengikut perancangan tahun depan majlisnya. Tahniah N.A.S.K.N.Bermacam ragam gambar keluarga terkini masing.. ditunjukkan .Ada yang beranak satu sahaja, ada yang beranak dua, tiga, empat dan lima..Anak masing-masing semuanya telah besar...ada yang dah mengambil SPM. ada yang dah bekerja. Tak silap saya anak rakan-rakan ni ada yang dah berumur 23 tahun. Besarnya anak mereka. Anak saya belum lagi..baru sahaja berumur 16 tahun. Seorang pulak tu...rezekikan.. 

Ada angan-angan yang nak membuat 'reunion'.Moga-moga berjaya. Ada berbagai masalah seperti keadaan diri masing-masing yang sibuk dan hidup di perantauan, Saya tinggal di Selangor, ada  rakan yang tingal  di Kedah, Pahang Negeri Sembilan.  Moga semangat untuk menjalinkan hubungan silaraturahim ini akan terlaksana.

Sebenarnya aku ada juga group sekolah menengah..group ini kami sedarjat, ramai yang mempunyai pekerjaaan yang sama.. graoup ini juga meriah..mereka semuanya kebanyakkannya berada di Pahang..jadi mudahlah mereka untuk berhubung. Saya juga yang ketinggalan kerana tinggal di Selangor. Tambahan pula suami yang berlainan negeri. Waktu raya kami sibuk ke hulu dan ke hilir untuk balik ke dua-dua negeri. Negeri apa? Nogori...tahukan.. Aku hanya berhubung dengan mereka di alam maya sahaja..

Moga hubungan silaraturahim kami akan terus terjalin.. Saya tiba-tiba  terlalu rindu saat-saat lalu..Saya sayang semua rakan saya..jangan gaduh ya...mungkin betul kata rakan saya..dekat-dekat bau tahi..jauh-jauh bau wangi.. Sekian...terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)