Reda2

 Mak Lang  ingin menarik perhatian semua tentang cara untuk menghadapi masalah mendatang.. Mak Lang ada contoh seorang kawan MaK Lang baru kenali semenejak Mak Lang bekerja di kawasan ini.

      Sebelum ini dia ada bertandang ke tempat lama mak lang bekerja.  Orangnya berbadan besar. Mak Lang lihat dia sukar untuk menaiki tangga. Dia kata lututnya sudah sakit. Untuk melangkah menaiki tangga memerlukan tenagayang banyak. lutut tidak berdaya untuk menampung berat badannya itu. Mak Lang menanyakan sama ada dia sudah cuba mengurangkan berat badan, kata ada cuba tetapi dia juga menghadapi gastrik yang tidak mengizinkan dia berlapar. Untuk menguruskan badan tidak perlu berlapar tetapi makan dalam jumlah yang sedikit  bagi makanan yang mempunyai karbonhidrat yang tinggi seperti nasi. Mak Lang juga mempunayi masalah yang sama iaitu suka makan nasi. Kawan Mak Lang ada yang telah kurus badannya kerana dia elakkan makan nasi dan mengantikannya dengan roti. Mak Lang nak cuba juga untuk makan roti. Kalau di zaman Mak Lang mengandung dulu untuk makan roti yang berserat cukauplah susah. Mak Lang rasakan seperti makan ubat, roti itu bagi Mak Lang terlalu pahit. Sekarang ini Mak Lang begitu mudah untuk makan roti berserat tinggi. Cuma  makan oat sahaja Mak Lang belum boleh lakukan sepenuhnya. Bagi Mak Lang oat ini agak berlendir dan rasanya kurang sedap. Satu lagi masalah Mak Lang adalah makan peria katak. Petua mengatakan makan peria katak secara mentah dapat mengurangkan diabetes. Mak Lang semasa mengandung selalu menangis semasa  hendak makan  makanan seperti ini. Makan sayur kurang masin, tidak berkuah, kurang manis semuanya membuatkan Mak Lang tidak berselera. Kawan Mak Lang yang juga diserang kencing manis semasa mengandung disarankan untuk makan peria katak juga. Suaminya cukup perihatin menemaninya makan dan turut menyuapkannya. Leganya jika ada yang bersimpati. Kawan Mak Lang yang seorang lagi begitu optimis mengatakan makan peria katak secara mentah sungguh sedap. Dia nampak gembira, walaupun diserang penyakit itu. Positifnya kawan Mak Lang ini. Mak lang tabik springlah dengan dirinya ini.  Kalau Mak Lang seperti itu dapat makan dengan gembira, tiada kesedihan walaupun tanpa suami disisi yang memberikan rangsangan..tentu Mak Lang tidak dihingkapi penyakit dengan mesra dan lama. Apa yang Mak Lang dapat simpulkan sekiranya segalanya kita dapat terima dengan reda semuanya akan berlangsung dengan baik kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sebak pulak Mak Lang rasa.

       Berbalik kepada cerita kawan Mak Lang ini, rupanya dia ini juga menghidapi diabetes@ kencing manis, darah tinggi dan buah pinggangnya juga bermasalah. Kasihan juga Mak Lang rasakan. Mak Lang juga pernah menghadapi darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung. Mak Lang juga pernah menghadapi kencing tidak lawas. Apabila masalah ini mendatang, sampai satu ketika terasakan terlalu sakit dan tak tertahan untuk mengeluarkan air kencing. Apabila pergi ke tandas hanya setitis sahaja air kencing yang keluar. Mak Lang makan perlbagai ubat tradisional seperti merebus akar kangkung yang dicampur sedikit garam lalu diminum airnya, lobak putih dan sebagainya. Tetapi kesannya sementara, jika  terkurang sahaja meminum air masak,  kejadian yang sama akan berulang. Sekarang Mak Lang mengamalkan makan habbatus sauda dan minum air masak selalu. Alhamdulilah setakat ini Mak Lang tidak lagi terkena kencing tidak lawas dan perasaaan sakit teramat sangat semasa untuk membuang air kecil. Habbatus sauda dapat mencuci buah pinggang jika dimakan selalu. Makan habbatus sauda adalah sunnah. 

         Kawan Mak Lang ini pernah mengandung semasa mempunyai ketiga-tiga penyakit ini. Katanya dia pernah dikejarkan ke hospital dengan ambulans  kerana darah tingginya naik mendadak. Hospital adalah rumah keduanya. Mak Lang lihat dia seorang yang amat tenang. Mak Lang tanyakan padanya macam mana dia menghadapi semua penyakitnya ini. Dia kata dia cuba untuk tidak memikirkannnya. Mak Lang juga bertanyakan dirinya berkenaan penerimaan suaminya. Katanya suaminya akan mengurut tempat sakit apabila  dia teramat  sakit dan memerlukan pertolongan. Suaminya juga menghidapi kencing manis. Tahap mana tidak pula Mak Lang diberitahu. Mak Lang juga bertanyakan keadaannya  apabila  jika sekiranya tiba-tiba dia  terasa stres. Kawan Mak Lang kata sekiranya dia stres semua anggotanya badannya akan sakit. Bahunya,  lehernya dan kepalanya akan sakit.  Kawan MakL Lang ini sekarang ini mengamalkan memakan ubat doktor yang bekalkan. Kalau Mak Lang, sekiranya sakit dibahagian leher Mak Lang akan tampal 'koyok' yang berubat. Rasa sakit akan hilang dengan perlahan-lahan. 

         Kawan Mak Lang ini cepat sangat bersimpati dengan nasib anak-anak muridnya. Selepas itu dia akan berfikir mengapakah perkara itu akan terjadi. Contohnya baru-baru ini dia menceritakan kepada Mak Lang bahawa ada di antara anak muridnya yang baru masuk ke kelas yang diajarnya itu meruapakan murid yang nampak bagus. Sebagai guru keadaan fizikal murid juga boleh membantu guru untuk  meneka  keadaan prestasi murid itu. "Seperti ikan di air jantan betina telah diketahui" bagi orang yang pakar. Kawan Mak Lang ini menyelidiki latar belakang murid barunya ini. Murid ini meraupakan anak seorang pensyarah dan ibunya adalah suri rumah. Sebelum ini murid ini  tinggal  di Kuala Lumpur kerana ayahnya bekerja di sana. Sekarang ini ayahnya tidak dapat meneruskan pekerjaaannya kerana menghidapi kanser tahap 4. Ibunya pula sibuk menguruskan ayahnya dan membuat kuih untuk menampung perbelanjaan. Diri murid ini  terabai kerana kesusahan hidup. Kawan Mak Lang mula memikirkan masalah murid ini dan merasakan  murid ini terlalu kasihan. Dia mencari jalan untuk mengatasi masalah murid ini supaya cepat pandai  membaca. Keadaan ini akan membuatkan dirinya stres.


      Semalam Kawan Mak Lang ini juga ada menambah cerita, sebenarnya dia juga pernah marah dan meletus seperti gunung api mengeluarkan laharnya. Dia stres kerana suaminya terlalu sibuk. Kawan Mak Lang ini tidak berdaya untuk menguruskan anak kecilnya  yang terlalu rapat jarak kelahirannya. Pada mulanya dia dan suaminya hanya berperang secara senyap. Mereka hanya berbalas mesej. Kalau Mak Lang mesti sudah protes hebat. Ha..ha..ha Mak Lang bukan penyabar oraangnya.  Akhirnya suami kawan Mak Lang ini telah meminta Kawan Mak Lang menulis luahan rasanya. Setelah selesai mereka bertukar cerita. Kawan Mak Lang menulis semua perasaan  rasa tidak puas hatinya. Sedangkan si suami tidak menulis sebarang perkataan. Si Suami memberitahu kepada kawan Mak Lang, dia tidak menulis sebarang ketidakpuasan hati kerana dia menerima segala kelebihan dan kekurangan isterinya, dengan reda. Dia tetap menyayangi isterinya sampai bila-bila. Dengan pengakuan suaminya itu kawan Mak Lang mula    sedar dan reda. Satu kebaikkannya suaminya mula membantu kawan Mak Lang menjaga anak-anak.

         Kalau ikutkan Mak Lang, kawan Mak Lang ini adalah orang yang terlalu tenang. Di mukanya tidak ada sebarispun perasaan ketidakpuasan hati. Berlainan sekali kerektornya berbanding Mak Lang. Kawan Mak Lang ini pernah duduk di sekolah sehingga 9 malam kerana menunggu suaminya mengambilnya daripada kerja. Kawan Mak Lang ini tidak pandai memandu. Segala pergerakkannya diuruskan suaminya. Sabarnya Kawan Mak Lang ini. Mak Lang tidak mungkin akan berada di sekolah selama itu. Mak Lang akan berusaha balik walaupun dengan teksi. Kawan Mak Lang sanggup menungggu suaminya bersama-sama anak-anak  di sekolah selama itu? Sungguh menakjubkan.

          Bagi Mak Lang kehidupan kita dizaman ini, perempuan dan lelaki mesti sama-sama kena pandai berdikari. Barulah kita mudah untuk berurusan. Ia boleh menenangkan diri dan mengelakkan kebergantungan kepada individu tertentu. Sekian sahaja. Ini untuk dijadikan iktibar kepada manusia semua. Sabar, reda,  tidak mudah melenting, mencari penyelesaian dengan tenang, tidak berkata kasar akhirnya akan dapat menyelesaikan masalah. Walaupun masalah itu besar, ia akan menjadi kecil jika kita mempunyai sikap yang baik  seperti di atas. Mak Lang akhiri dengan satu pandangan  cerdik pandai

                     BERSYUKURLAH  KEPADA  ALLAH   ATAS NIKMATNYA  
                                                      KERANA KITA
                                          MASIH HIDUP
                                    MASIH BOLEH BERTAUBAT
                              MASIH BOLEH MEMPERBAIKI DIRI
                     MASIH BOLEH MENCARI REZEKI
             MASIH BOLEH BERSAMA ORANG TERSAYANG

                                                          .........Sekian........              
                                    
                 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)