CCTV-jaga-jaga ada yang memerhati


Tempat kerja Mak Lang telah dipasang CCTV. Macam-macam komen daripada kawan-kawan Mak Lang tentang pemasangan ini. Ada yang  mengandaikan perbuatan  mengorek lubang hidungpun dapat   dilihat  melalui CCTV yang dipasang itu.   Kawan-kawan Mak lang tidak senang hati dengan adanya CCTV takut aksi mengangkat kainpun dapat dilihat daripada CCTV.  Malunya kata dek kawan-kawan Mak Lang. Ktata dek GPK CCTV  ini bukan untuk melihat aktiviti guru sebaliknya untuk mengesan kecurian dan salah guna kuasa sesuatu perkara supaya  mudah di kesan.

          Betul juga ya. terbukti ada  Kawan Mak Lang  yang tertinggal dompet duit di atas meja telah kehilangan duit. Tidak lah Mak Lang ketahui jumlah wang yang hilang itu. Perkara ini diketahui secara risikan aje. Syy...jangan buat kecoh ya... perkara telah diselesaikan dengan cara yang baik. Kawan Mak Lang ini dapat mengesan masalah ini melalui penggunaan CCTV. Nah terbukti CCTV amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah sekiranya tiada saksi. CCTV boleh jadi saksi. Hei....CCTV berfungsilah kamu dengan sewajarnya.

          Satu lagi perkara yang mmebuktikan CCTV mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada Manusia Baru-baru ini kawan Mak Lang yang bekerja di sebuah institusi yang berhampiran tempat kerja MaK Lang telah  cuba untuk  menolong rakannya yang telah kehilangan pekerjaaan untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan. Kawan Mak Lang mengambil 'order'  daripada kawan-kawan sekerja . Order ini disampaikan kepada Kawan kepada Kawan Mak Lang yang ingin belajar berniaga ini. Setiap hari menu makanan yang disediakan oleh peniaga ini sentiasa bertukar. Kawan-kawan kepada kawan Mak Lang ini pandai menyedaikan makanan yang jarang dirasai oleh pelanggan-pelanggannya.  Ordernya sentiasa ada setiap hari. Pelanggan-pelanggan ini juga gembira kerana mereka tidak perlu tergesa-gesa lagi pada awal pagi untuk menydiakan makanan untuk anak-anak yang bersekolah petang. Semuanya  telah disediakan dan masih panas lagi. Alangkah gembiranya kerana dapat menikmati makanan yang baru dimasak. Tekak gembira menerima makanan yang masih segar dan harum. Order yang dijalankan oleh Kawan kepada kawan mak Lang ini ala-ala perniagaan korea. Penghantaran makanan dihantar ke tempat kerja mengikut jumlah permintaan. Mak Lang pun suka jika makanan yang panas boleh didapati dengan mudah di tempat kerja. Kawan Mak Lang ini berjaya menolong rakannya ini selama dua bulan lebih.  

            Nak dijadikan cerita, suatu hari Bos tempat kerja Kawan Mak lang ini meneliti CCTV. Dilihatnya ada peniaga yang menaiki motosikal masuk ke dalam kawasan sekolah membawa bungkusan makanan. Bos ini mengesyaki pekerja-pekerja di situ mengorder makanan daripada kawasan luar tempat kerja. Bos ini risau jika komplen akan dibrikan oleh penguasa makanan yang menyewa  tapak perniagaan di tempat itu akan melarikan diri. Tentu prospek perniagaan di tempat itu akan mengalami masalah. Bos bimbang  pandangan pelanggan -pelanggan syarikat itu akan membuat khabar angin bahawa syarikat itu bermasalah. Sememangnya pekerja di syarikat itu dilarang untuk membali makanan di luar. Mereka perlu makan di kantin yang disediakan kepada pekerja. 

               Kawan-kawan kepada kawan Mak Lang ini merungut, mereka masih makan di kantin yang disediakan, ia tidak menjejaskan penjualan di kantin tersebut. Mereka membeli makanan diluar adalah untuk dibawa pulang dan juga untuk anak-anak mereka yang bersekolah petang.

               Ada pekerja di situ pada mulanya amat risau takut merekalah yang menjadi punca kepada tindakan bos mereka itu.Mereka telah membawa makanan yang dibeli daripada rakan kawan Mak Lang itu di makan di kantin. Semasa itu terdapat orang kanan bos yang turut makan di situ. Mereka risau perbuatan mereka itu membuatkan rahsia perniagaan rakan kawan Mak Lang itu terjejas. Ada yang mengatakan ada yang telah membuat peloran kepada bos tentang penjualan makanan di dalam permis perniagaan di dalam waktu bekerja. Ada yang kata  ini perbuatan dengki  seseorang yang mahu menganggu kemudahan perkhidmatan yang baru sahaja beroperasi itu. 

               Ternyata semua andaian diperbincangkan itu adalah tidak benar sama sekali.Bos melihat CCTV. Bos menonton CCTV setelah bosan menonton televisyen. Bos bertanyakan jaga sekolah yang bertugas di pintu depan.Jaga itu berterus terang bahawa perniaga itu membawa makanan untuk pekerja-pekerja di syarikat itu yang mahukan makanan yang telah dibungkus mengikut menu yang diminta oleh pekerja syarikat.

            Kawan Mak Lang telah berjumpa dengan bos syarikatnya itu. Dia menerangkan duduk perkara sebenarnya. Bos memahami. Cuma bos meminta supaya waktu perniagaan dilewatkan sedikit kepada pukul 1.00 tengah hari kerana waktu itu adalah waktu rehat. Pekerja bebas untuk melakukan aktiviti.Kawan Mak Lang tidak mahu melakukan perniagaan lagi. Waktu yang ditetapkan oleh bos itu adalah waktu anaknya telah memasuki sekolah sesi petang. Anaknya tidak sempat untuk menjamu selera dengan selesa. Kawan Mak lang merajuk. Dia tidak mahu membantu rakannya berniaga lagi. Dia juga enggan untuk menjual kerepek kepada rakan-rakan sekerjanya. Kerana CCTV sebuah perniagaan yang baru berambah telah bungkus menjadi kuih bungkus. Kawan Mak Lang mengharapkan rakannya dapat mencari pelanggan yang lain untuk meneruskan pencarian rezekinya.

                                     SEKIAN TERIMA KASIH. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)