Kain pelekat terbang


Saya Hamin.  Saya Mus. Kami berdua adalah sahabat yang baik semenjak dari kecil lagi. Ke mana sahaja kami pergi pastinya kami akan bersama. Pada suatu hari Mus dan Hamin berpakat untuk menaiki motosikal  untuk pergi ke pasar malam di simpang Jengka. Mus dan Hamin telah berjanji untuk bertemu di  depan surau di simpang empat kampung mereka. Mus merasakan rancangan mereka ini akan berhasil sekira ayahnya tidak ada di rumah. Ayahya tidak membenarkan Mus untuk menunggang motorsikal di waktu malam kerana Mus masih tidak mempunyai lesen memandu. Mus hanya dibenarkan memandu motorsikal ke sekolah dan juga untuk memberi keperluan yang diperlukan oleh ibunya seperti ikan dan sayur-sayuran. Mus dan Hamin teringin untuk pergi ke pasar malam itu kerana mereka tertarik dengan cerita rakan-rakan yang telah berjaya pergi ke sana tanpa bersama ibu bapa. Mereka merasakan mereka perlukan sedikit kebebasan untuk melakukan makan angin tanpa kehadiran ibu bapa mereka. Mereka merasakan diri mereka telahpun besar dan tidak layak lagi untuk diekori oleh ibu bapa mereka apabila keluar berjalan-jalan. Mereka merasakan diri mereka 'macho' sekiranya berjaya keluar bersiar-siar di pasar malam itu. Mereka telah menjangkau usia enam belas tahaun sekarang. Hamin dan Mus memasang angan-angan dan sudah dapat membayangkan keseronokkan menaiki motosikal ke pasar malam itu. 
        
           Pada petang itu Mus sudah bersiap sedia. Mus sudah menyediakan baju dan seluar yang sesuai di pakai untuk ke pasar malam. Hamin pula awal-wal lagi telah menunjukkan kepada Mus baju dan seluar yang akan dipakainya untuk ke pasar malam nanti.Mereka berjanji akan keluar rumah seawal 7 malam dan akan bersembahyang Maghrib di surau simpang empat kampung mereka. Mus merasa gembira kerana kereta ayahnya tiada di rumahnya. Tentu sahaja ayahnya itu belum balik lagi dari memburu ayam hutan di ladang kelapa sawit  milik mereka. Mus membayangkan rancangan mereka ini akan berjalan dengan lancarkan. Bercahaya mata Mus apabila mengenangkan hasratnya untuk ke pasar malam.

        Mus telah menyarungkan baju dan seluar. Mus telah bersedia untuk keluar setelah meminta izin daripada ibunya. Mus yakin ibunya lebih mudah untuk membernarkan dia keluar rumah berbanding ayahnya  yang mermerlukan  alasan yang munasabah untuk melakukan sesuatu terutama untuk  di waktu malam. Ayah Mus bimbing mus akan merayau-rayau dengan budak-budak yang menghisap dadah. Ayah Mus juga bimbang Mus akan terlibat dengan perlumbaan haram. 

        Mus melangkah dengan perlahan-lahan keluar daripada biliknya. Mus mencapai songkok yang tersangkut di dinding di ruang tamu. Songkok Mus itu sudah agak lusuh kerana ia dibeli pada hari raya pada tahaun lepas. Songkok itu juga menjadi cepat buruk Kerana Mus sering menggunakannya untuk alasan dirinya untuk keluar dari rumah pada waktu malam. Mus memberitahu bahawa dia akan pergi ke surau untuk mendengar ceramah agama daripada Ustaz Daud yang sering mengadakan ceramah di surau mereka. Langkah Mus tiba-tiba terhenti apabila mendengar deruan bunyi enjin kereta memasuki garaj kereta di depan rumahnya. Mus terdengar suara garau ayahnya memberi salam. Mus segera masuk ke dalam biliknya semula. Mus Mencari kain pelekat untuk disarungkan ke badannya. Mus sudah merasa cuak. Mus bimbang rancangannya untuk ke pasar malam akan gagal. Mus takut  mamin menunggu lama kehdiran dirinya. Mus tidak mempunayi cara untuk menghubungi Hamin untuk membatalkan rancangan mereka ini. Mus menguatkan semangat. Mus berhati-hati keluar daripada bilik. Mus mengharapkan ayahnya akan segera ke bilik mandi, memandangkan waktu maghrib akan masuk sekejap sahaja lagi. Mus terjengket-jengket berjalan ke arah pintu rumah.Mus tidak jadi untuk meminta kebenaran daripada ibunya. Mus tekad hendak keluar rumah tanpa diketahui oleh sesiapapun termasuk adik-adiknya.

       Mus merasa lega kerana pintu rumahnya masih terbuka. Satu tugasnya telah selesai. Mus tidak perlu membuka pintu. Mus berjalan dengan agak lega kerana laluan ke pintu agak 'clear'. Mus mempercepatkan langkah.Mus ingin segera menghidupkan motosikal.Mus perlu segera berlalu dari rumah itu. Tiaba-tiba satu suara terdengar di belakang Mus. " Hendak pergi mana Mus senja-senja ini" Kata ayah dengan tegas. Mus segera berpaling menghadap ayahnya. Mus cuba berlagak setenang mungkin. dah tak lama ayahMus mengusik halkumnya untuk membetulkan suaranya suara tidak bergetar semasa memberikan alasan kepada ayahnya nanti. " Mus hendak ke surau ayah. Mus nak sembahyang Maghrib secara berjemaah. Kawan Muspun ramai yang bersembahyang di masjid. Nanti kami ingin mengadakan 'group studay' periksa dah tak lama ayah" Lancar sahaja Mus memberikan jawapan kepada ayahnya. Mus lega kerana otaknya cepat berfikir untuk mncari alasan yang dirasakan kukuh dan disenangi oleh ayahnya itu. Belajar secara kumpulan untuk peperiksaan. Ayahnya sering mengingatkan dirinya supaya akan belajar untuk menjamin kejayaan dirinya di masa depan. Ayah mengagguk-anggukkan kepala. Ayah seperti bersetuju dengan alasan Mus itu. Mus bersorak di dalam hati. Dia akan dapat keluar rumah pada malam ini. Pembohongan itu sekadar bohong sunat. Hari raya nanti Mus akan minta maaf dengan ayahnya. Mus tersengeh sendirian dengan monolog yang berkumandang di dalam hatinya itu. 

        "Cepat sikit pergi tu, azan dah nak berbunyi dah. Pergi tolong bentangkan sejadah.Nanti balik jangan lambat sangat. "Kata ayah. Mus hanya menganggukkan kepala. Mata Mus bertambah bersinar lagi.Mus gembira. " Pandu motor tu jangan laju sangat. Ni mula malam ni"Kata ayah lagi.Mus terus menganggukkkan kepala.Mus beredar dengan penuh gaya sopan dan santun. Mus takut lakonannya ini disedari oleh ayahnya. Mus ingin segera cabut dari rumah itu.

          " Hoi cepatlah sikit. Dah malam ni.Kenapa lambat sangat. " Bebel Hamin sebaik sahaja melihat kelibat Mus. " Ayah aku ada kat rumahlah" Jawab Mus ringkas. Mus segera memanjat tangga surau untuk menunaikan sembahyang maghrib. Hamin hanya menurut dari belakang. Setelah selesai sembahyang, mus dan Hamin segera menanggalkan kain pelekat. Mus dan Hamin meletakkan kain dan sngkok mereka ke dalam plastik lalu disumbatkan ke dalam raga motorsikal.
        " Motor ni ada minyak dak?" Tanya  Hamin. " Mus melihat meter di motornya. Tak ada minyaklah kena bubuh ni. karang tak pasal-pasal mati tengah jalan" Kata Mus lagi. " Tak apa kita 'tong-tong seringgit sorang'. Kata Hamin meringankan rasa gundah di hati Mus.

           Mus memandu motor dengan tenang ke Simpang Jengka. Hamin tersenyum menikmati agin yang menghembus di mukanya. Kedua-dua topi keledar itu tidak mempunyai penutup cermin. Penutup cerminnya telah patah. Selamat tiba Mus dan Hamin ke psar malam simpang Jengka. Mus dan Hamim seakan-akan mahu menjerit kerana msi mereka untuk keluar tanpa ahli keluarga akhirnya berjaya.

         Mus dan Hamin merayau-rayau di semua bahagian pasar malam. Mereka akan mahu melihat sendiri keadaan di pasar malam itu. Mereka merasa puas setelah dapat melihat pasar malam itu secara 'live'. Mus dan Min mengakui cerita-cerita tentang pasar malam itu adalah benar. Mus dan Hamin memasang niat untuk pergi ke pasar malam itu di lain kali. Mus melihat jan di tangannya. Jarum jam telah menunjukkan pukul 9.30 malam. Peniaga pasar malam kelihatan telah mula berkemas. Mus dan Hamin merasakan mereka pergi bergerak dan beransur untuk pulang ke rumah. Mus sebagai seorang hero ditugaskan untuk memandu motorsikal kapcai itu untuk pulang ke rumahnya. Mus merasa seram kerana jalan mula gelap. Mus terpaksa memerhatikan garisan di jalan itu dengan teliti. Jalan raya itu tidak mempunyai lampu. Mus bimbang juga untuk melalui simpang yang agak merbahaya yang ada di kawasan kampungnya itu. Mus membaca doa didlam hati. Mus memandu dengan sebaik mungkin.Mus dan Hamin tidak berbual di sepanjang jalan itu. Tiba-tiba Mus terlihat sebuah kereta berselisih dengannya. Mus melihat plat kereta itu. CH 707. Mus tahu bahawa itu adalah kereta ayahnya. Mus cuba memperlahankan motorsikalnya. Hamin membisikkan ke telinga Mus bahawa bahaya sedang menunggu kita. Ayah Mus sedang mencari mereka. Hamin yang mengikat kain pelekat di lehernya bagi tujuan merasai nikmat menjadi superman mula kecut. Hamin seakan mahu mengekilkan  badannya  dan duduk di dalam araga motorsikal itu. Mus bimbang dia akan diseret bertemu dengan ayahnya. Ayahnya garang. Dia bimbang dia akan disebat dengan rotan. Ayahnya tidak akan mempertimbangkan keadaan dirinya yang telah meningkat remaja ini. Dia sering dilayan seperti budak hingusan lagi. Hamin telah mula menangis di dalam hati. 

         Kereta  terus mengekori mereka. Hamin bertambah kecut. Kaki Mus sudah mula mengeletar. Mus telah membayangkan akibat akan menimpa dirinya yang perlu bersoal jawab dengan ayahnya. Tiba-tiba kain pelekat yang berada di leher Hamin telah terurai dengan tanpa disangka. Kain itu telah menutupi cermin depan kereta ayah Mus. Mus melihat akayahnya memebrika signal untuk berhenti. Mus terus memecutkan motosikal untuk mencari tempat persembunyian. Mus perlu bertenang.Mus perlu mencari alasan yang boelh diterima oleh ayahnya. Mus  dan Hamin telah merehatkan diri mereka di surau simpang  empat kampung mereka. Mus tidak berhasrat untuk melarikan diri. Dia mahu bertanggung jawab dengan kesalahannya itu. Hamin berat hati untuk meninggalkan Mus. Mus meminta Hamin pulang ke rumah. Hamin perlu menyiapkan latihan matematik yang belum disiapkan lagi. Mus tidak mahu hamin didenda lagi pada hari esok dengan Cikgu Mazlan.

          Mus segera pulang ke rumah. Mus mengetuk pintu rumahnya. Pintu dibuka oleh adiknya  Milah. Milah terus memberitahu bahawa ayahnya telah tahu pembohongan abangnya itu. Ayahnya mencari abangnya dengan marah tadi. Ibu memandang Mus dengan tajam.Telinga Mus ditarik dan lengannya di cubit.Ibu meminta Mus segera memnunaikan sembahyang Isyak. Ibu tahu Mus akan dileteri oleh ayahnya dengan teruk. Mus perlu bersedia.

           Pintu rumah berbunyi menandakan ayah telah  sampai dan akan masuk ke rumah pada bila-bila masa sahaja. Mus mula kecut perut. Mus segera memegang tangan ayahnya untuk bersalaman. Mus mencium tangan ayahnya. Ayahnya menarik tangannya. Ayahnya mengangkat tangannya seakan-akan ingin menampar Mus. Ayahnya tidak jadi melakukannnya setelah melihat gelengan daripada ibunya. " Kamu ke aman tadi Mus?" Tanya ayah dengan garang dan berwajah Masam. " Mus memandang muka ayahnya." Mus ke pasar malam ayah" Mus menjawab perlahan. " Buat apa ke pasar amalam. Kamu mahu beli apa? Makan malam telahpun disediakan oleh ibumu" Serang ayah dengan soalan yang bertutbi-tubi. " Mus nak mencari pengalaman ayah, Mus nak buat karangan mengenai psar malam di Simpang Jengka. Cikgu nak Bukti gambar sekali."Mus menjawab dengan tenang. Mus tidak pasti mengapa jawapan itu muncul di kepalanya. Niat Mus tadi hanyalah untuk mengaku kesalahannya.   Mus bimbang pula jika ayahnya meminta gambar yang diambilanya.

          Ayahnya kelihatan terdiam apabila mendengar alasannya itu. " Baiklah  ayah terima alasan kamu. Sekarang ayah hendak kamu pergi ambil buku dan peralatan menulis kamu dan tulis karangan tentang pasar malam sekarang juga. Ayah hendak kamu juga membuat latihan matematik. Tadi ayah tengok kamu begitu berminat melihat  peniaga  ikan dan ayam.  Kamu mesti pandaikan matematik kamu. Kamu tidak dibenarkan gagal lagi. kamu jika mahu membeli baju dan seluar baru kamu mesti menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Ayah akan belikan baju jaket yang kamu pegang di pasar malam tadi. " 

          Mus terkedu dengan penernangan ayahnya. Rupanya ayahnya telah lama memerhatikan perlakuannya di pasar malam. Ayahnya mungkin menyedari gelora hati anak remaja yang selalu bermiant untuk melakukan sesuatu yang baru. Mus berjanji dengan dirinya untuk menghadiahkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran kepada ayahnya. Keprihatinan ayahnya itu amat dihargai oleh Mus sebagai anak.Mus bersyukur dirinya tidak dimarahi dah dihukum  dengan hukum dengan hukuman yang berat.

                         SEKIAN TERIMA KASIH


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)