Kisah terlebih teruja
Kisah ini terjadi kepada kawan kepada kawan Mak Lang. Kawan Mak Lang itu diberi nama Si K. Si K ini begitu teruja untuk melihat gajinya yang kerana dijangka banyak pada bulan tersebut. Gajinya dijangka banyak kerana kerja dia banyak melakukan kerja lebih masanya. Si K ini pergilah ke ATM untuk melihat dan mengeluarkan gajinya. Apabila sampai gilirannya, Si K pun mencucukkan kad ke mesin ATM. Dia memasukkan nombor pin. Tetapi mesin ATM itu memberitahu bahawa nombor yang diberikan adalah salah. Si K mencuba sekali lagi. Sekali lagi mesin ATM itu mengatakan bahawa nombor yang diberikan oleh Si K adalah salah. Si K merasakan adalah mustahil nombor yang ditekannya itu adalah salah. Dia telah menggunakan nombor itu selama 24 tahun. Si K merasakan mesin itu mengalami kerosakan. Si K mengambil keputusan untuk meninggalkan mesin ATM. Begitu kecewa sekali Si K. Si K menenangkan dirinya. Dia perlu mencari bank yang lain merealisasikan keinginannya itu.
Si K membelek-belek kad yang digegangnya itu. Alangkah terkejutnya si K apabila dilhatnya kad yang digunakan adalah kad ATM Bank Rakyat sedangkan si K sedang berurusan dengan bank Malayan Bangking. Si K hanya menggelengkan kepalanya dengan kecuaian dirinya itu. Mak Lang ingin mengingatkan supaya kita sentiasa teliti membuat segala pekerjaaan. Kita tidak perlu tergopoh gapah supaya tidak melakukan kesalahan'
Ulasan
Catat Ulasan