Si Comel VS Si Hodoh

Si Comel menari-nari di atas pokok yang rendang itu. Si Comel berasa gembira kerana ia dibenarkan untuk bersiar-siar ke taman.  Ibunya hanya memerhatikan tingkahnya dari jauh di dalam semak samun. Si Comel mengambil kesempatan itu  untuk  melepaskan kebosanan dengan berlari menaiki dan menuruni pokok. Si Comel begitu asyik melakukan aksi itu . Si Comel tidak perasan ibunya telah lama berlalu dari  tempat itu.  Sedang asyik Si Comel bermain panjat-panjat pokok tanpa di sangka si Comel telah tersilap langkah. Kaki Si Comel tidak mendarat dengan tepat di atas dahan pokok rendang. Tubuh Si Comel melayang laju memasuki lubang yang ada berhampiran dengan pokok itu. 

          Lubang itu amat amat dalam. Si Comel berlari ke sana ke mari untuk mencari jalan untuk keluar dari lubang itu. Si Comel cuba pula untuk memanjat diding lubang itu. Tapi cubaannya tidak berjaya. Si Comel jatuh semula ke dasar lubang itu. Si Comel mengiau ngiau meminta ingin meminta bahntuan daripada ibunya. Si Comel terus berbunyi 'miaw-miaw'  untuk mengambil perhatian daripada penghuni hutan itu. Si Comel mahu keluar dari lubang yang dalam itu.  Si Comel mencuba lagi untuk memanjat dinding lubang itu di kawasan yang berumput. Si Comel ingin menggunakan kukunya untuk mencengkam rumput itu bagi dijadikan tapak untuk dia melompat ke dinding yang lebih tinggi lagi. Usaha Si Comel masih meninggalkan jalan buntu. Si Comel akhirnya menggelonsor lurun hingga ke dasar lubang itu.

         Suara Si Comel mengiau meminta tolong telah didengari oleh anjing yang berada di tepi lubang itu. Si anjing mengintai ke dalam lubang. Si Anjing dapat melihat kelibat seekor anak kucing yang comel terperangkap di dalam lubang itu. Si anjing kasihankan anak kucing itu. Ada kelihatan air mata ditubir mata anak kucing itu. Si anjing hodoh telah berlari mencari alatyang sesuai untuk menaikkan anak kucing itu. Si anjing hodoh menjumpai kayu yang bercabang lalu di bawa ke tepi lubang itu.
" Anak kucing yang comel..ke tepi kamu..aku hendak masukkan kayu ini ke dalam lubang. Nanti kau cuba gunakan kayu ini sebagai titi untuk memanjat ke dinding lubang." Kata anjing yang hodoh itu.
" Si kucing  hanya mengiau manja tanda mengiakan kata-kata si anjing"
Si Anak kucing yang comel sekali lagi cuba memanjat dinding lubang itu. Si anak kucing comel menggunakan kayu yang disandarkan di dinding lubang itu. Si Comel tidak dapat melonjakkan dirinya untuk keluar dari lubang itu. Akhirnya kayu itu jatuh ke dasar lubang. Si kucing Comel turut jatuh juga bersama dengan kayu tersebut. Si Comel menggosok-gosok punggungnya yang sakit akibat  jatuh tadi. Si Comel menggoyangkan ekornya tanda ia tidak mengalami kecederaan. Si Hodoh sekali lari mencari bahan yang boleh digunakan untuk menarik si comel dari lubang itu. Si Hodoh menjumpai tali yang panjang. Si hodoh mencampakkan tali itu ke dalam lubang. Si Comel mengigit tali itu. tiba-tiba tali itu menggelongsor. Si hodoh tidak sempat untuk memegang tali itu. Sekali lagi si Comel jatuh ke dasar lubang. Si Hodoh sekali lagi menghulurkan tali ke dalam lubang. Si Comel cuba menggigit tali itu. Si Hodoh menarik dengan kuat tali itu. Kali ini tali terlekat di tunggul kayu lalu terbelit di situ. Si Comel tergantung untuk semntara waktu. Si Comel berpusing-pusing dihujung tali. Si Comel melepaskan tali itu sekali lagi. Kali ini si comel jatuh ke dasar lubang dalam keadaaan bersedia. Si Hodoh sekali lagi menghulurkan tali. Si Comel sudah bersedia untuk menggigit tali itu dengan kuat. Si Hodoh menarik si comel dengan cermat supaya tali tidak tersangkut di mana-mana tungul lagi. Si Hodoh menarik dengan pantas. Si Comel cuba untuk menstabilkan dirinya. Si comel menggunakan kukunya yang tajam untuk memegang dinding lubang itu. Akhirnya si kucing yang comel berjaya keluar dari lubang itu. Si Hodoh tersenyum melihat si kucing comel yang sudah ada di depan mata. Mereka berlarian ke kawasan tanah yang lapang. Si kucing menerkam si anjing hodoh. Si Anjing hodoh merebahkan dirinya. Mereka bergumpalan seketika. Si anjing hodoh bangun lantas menjilat-jilat wajah si Kucing  Comel.

         Si kucing mengucapkan terima kasih kepada si anjing Hodoh kerana sudi menolongnya keluar dari lubang itu. Mulai saat itu Si Kucing Comel dengan Si anjing Hodoh menjadi sahabat yang baik.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)