Wahai mata

Wahai mata..
Jangan kau alirkan air mata
tanpa sebab..
Wahai mata..
renungilah kebaikkan
Wahai mata..
Lihatlah hentakan jari di papan kekunci
Pastikan menulis sesuatu yang baik..
Bukan mencerca..bukan menghina
Catatkan suatu membina minda
Bukan memudarkan rasa
Wahai mata..
Lihatlah tayangan di televisyen
yang menguatkan rohani..
Yang menambahkan pengetahuan..
Yang  menerbitkan sinar keinsafan
Wahai mata...
Telitilah
Pastikan jejari mengarang isu
 Yang  tidak menimbulkan kegelisahan
Menimbulkan kemarahan
Yang memburukkan manusia
Wahai mata..
Ingatkan hati supaya memikirkan kebaikan
Meninggalkan  kekufuran
Wahai mata..
ingatkan jari dan mulut
Supaya memikirkan kebaikan
Wahai mata..
Maafkan jari
Maafkan hati
Kerana bercerita
 yang tidak baik sebentar tadi..
Astagfirullah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)