Alamak ....alamat
Di pinggir sebuah hutan, tinggal seorang lelaki yang digelar Pak Pandir. Pak Pandir tinggal berseorang di pondok yang amat usang. Pak Pandir terasa sunyi kerana sering berseorangan. Kawan-kawan Pakdir seperti Si Monyet, Mak Bayan dan Sang Tupai sering meninggalkan dirinya berseorangan mereka pergi ke tengah hutan untuk mencari makanan. Tinggallah Pak Pandir keseorangan melayan rasa hatinya yang sunyi. Pak Pandir merasa tidak mempunyai selera untuk makan dan minum. Mak Bayan dan Si Tupai ada meninggalkan drinya sedikit nasi dan juga buah-buahan. Si Monyet juga ada memberinya setandan kelapa muda untuk dijadikan minuman. Pak Pandir hanya ingin melayan perasaannya yang kerinduan kepada seseorang.
Tiba-tiba Pak Pandir teringatkan kawannya yang tinggal di hujung kampung. Pak Pandiritergerak hati untuk bertandang ke rumah temannya itu. Pak Pandir segera bersiap mengemaskan diri. pak Pandir menjamah sedikit makanan pemberian teman-temannya itu. Pak Pandir bergegas dengan segera bertemu dengan sahahatnya Lebai Malang.
Kedatangan Pak Pandir disambut dengan gembira oleh Lebai Malang. Mereka berdua begitu gembira bercerita saat - saat lucu yang pernah mereka lalui bersama.Mereka juga mengimbau kenangan merrka di zaman persekolahan. Pak Kaduk dan Pak Pandir tertawa tekekeh- kekeh apabila mengingati saat mereka mengayat kawan- kawan perempuan di zaman persekolahan.
Tiva- tiba kesunyian melanda dan menganggu kerancakan mereka berbicara.Pak pandir dan Lebai Malang saling berpandangan. Masing- masing menanti bual bicara dimulai oleh satu sama lain. Pak Pandir memulakan bicara bagi memadamkan kebisuan bicara antara mereka. Pak Pandir menceritakan masalah yang dihadapi oleh dirinya itu.Dia tering tidak lena tidur, tidak berselera untuk makan dan ketika mandipun badannya tidak basah.Air seolah- olah tidak membasahi tubuh badannya. Lebai Malang hanya menundukkan kepala seperti memikirkan sesuatu. Setelah betkeadaan begitu Lebai Malang juga turut nenghadapi masalah yang sama. Pak Pandir dan Lebai malang merasakan diri mereka menghadapi masalah ingin bercinta dan mencari pasangan. Mereka memerlukan seseorang untuk selesaikan masalah mereka. Lantas mereka bercadang untuk berjumpa dengan burung pungguk untuk meminta nasihat. Nasihat daripada orang yang pernah menghadapi masalah cinta. Langkah ini penting supaya mereka tidak tersalah langkah san turut kecewa seperti Si Pungguk yang sering rindukan bulan.
Si Pungguk terkejut dengan kedatangan Pak Pandir pada malam itu. Setelah diterangkan tujuan kedatangan mereka kepada Si Pungguk , tiba- tiba Si Pungguk menangis hiba.Si pungguk dalam sedu sedannya menadihatkan Pak Pandir dan Kevai Malang supaya meluahkan isi hatinya itu kepada yang dimibati supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Pak Pandir dan Lebai Malang gembira dengan saranan Burung Pungguk itu. Kegembiraan itu hanya sementara sahaja. Mereka merasakan hasrat mereka ini akan tidak dapat dilaksanakan kerana mereka tidak tahu cara untuk meluahkan isi hati. Mereka juga tidak dapat untuk untuk berjumoa dengan pujaan hati yang tinggal jauh daripada mereka.Mereka hanya pernah bertukar- tukar alamat sahaja. Mereka juga tidak pandai menulis. Tangan mereka sudah kelas untuk menulus di kalam batu.Kalam batu juga berat untuk mereka usung untuk bertemu kekasih hati. Kedua- dua sahabat murung seketika.
Tiba- tiba mereka terdengar bunyi burung belatuk mematuk batang pokok. Muka kedua - dya sahabat itu cerah semula. Si Belatuk itu mampu menolong mereka. Si Belatuk nampu menulis surat di daun . Berlarian kedua sahabat itu untuk bertemu dengan si Belatuk penulis jalanan di hutan itu. Si Belatuk berhenti mematuk batang pokok getah itu. Si Belatuk memahami orang yang datang berjumpa dengannya pasti ingin neminta tolong untuk menulis surat kepada keluarga, anak- anak dan juga kekasih. Si Belatuk bersedia untuk membantu sesiapa sahaja. Belumpun sempat Pak Pandir san Lebai Malang memberitahu tujuan kedatangan Si Bekatuk telahpun mengambil daun getah dan bersedia untuk menulis.
Pak Pandir segera memberitahu alamat dan nama buah hatinya itu kepada Si Belatuk. Apabila nama Si Mak Tuah, terus berubah muka Lebai Malang. Tidak disangka bahawa idaman hati mereka adalah orang yang sama. Lebai Malang cepat sagaja reda kerana dia sentiasa bernasib malang dan tidak mampu memiliki apa yang diimpikan. Lebai Malang cuba untuk berlapang dada. Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. Pak Pandir begitu gembira kerana hasratnya bakal terlaksana. Surat cintanya telah siap di tulis oleh si Belatuk. Surat itu dikeringkan sementara oleh Si Belatuk . Air liurnya pada daun perlu dikeringkan dahulu. Kini tiba saat Lebai Malang menulis surat.Lebai Malang tidak mempunyai gadis lagi untuk diutuskan surat.Kekasihnya telah dirampas oleh Pak Pakdir tanpa disengajakan. Untuk mengelakkan dia dicopkan sebagai penipu, Lebai Malang menyebutkan sepotong nama yang kononnya kekasih hatinya. Lebai Malang menyebutkan nama Mak Andeh.Pak Pandir tersengih mendengar nama itu. Dalam hatinya itu adalah nama bekas kekasihnya. Pak Pandir tidak mahu berhubungan dengan kekasihnya itu lagi.Dia ingin pucuk muda yang boleh menjanjikan kebahagiaan pada dirinya. Dia memerlukan kesaktian daripada nama Mak Tuah itu.Dia telah lama hidup miskin.Dia mahu mulakan hidup baru. Pak Pandir mahu hidup kaya dan senang lenang tanpa menyedari dia telah mengguris hati sahabatnya Lebai Malang.
Apabila surat itu telah kering, Si Belatuk melayangkan surat itu dengan menggunakan paruhnya. Maka berebut - rebutlah jedua dya sahabat itu untuk mengambil daun yang sedang melayang itu. Pak Pandir lebih tangkas untuk menangkap kedua- dua helai daun itu. Lantas Pak Pandir menyerahkan salah satu kepada Lebai Malang.
Pak Pandir tidak sabar- sabar untuk menghantar surat itu. Pak Pandir ingin segera menemui Si Bangau yang sering menghantar surat. Lebai Malang terpaksa meluaskan langkahnya untuk mengikuti langkah Pak Pandir yang tangkas.Pak Pandir tidak nenyedari suratnya telah tercicir.Lebai Malang mengutip surat itu lalu disimpannya. Pak Pandir terus berjalan tanpa sedikitpun menoleh ke belakang. Lebai Malang telah beberapa kali berhenti menghikangkan penat.Pelawaan Lebai Malang untuk berehat sebentar tidak diendahkan oleh Pak Pandir. Pak Pandir ingin memastikan misinya dapat diselesaikan dengan segera.
Apabila Pak Pandir sampai ke sarang Sang Bangau, didapati Sang Bangau lesu dan tudak bermaya.Sang Bangau nengalami demam selesema. Sang Bangau mengambil cuti sakit untuk beberapa hari. Terkilan Sang Bangau kerana tidak dapat menolong Pak Pandir. Sang Bangau menyarankan Pak Pandir menemui Burung Nuri untuk menolongnya. Lebai Malang yang baru sahaja sampai diheret dengan kuat oleh Pak Pandir untuk segera mengikutnya menemui Burung Nuri yang digelar Kakak Tua.
Setiba di runah Si Nuri, Pak Pandir segera memanggil si Nuri dengan Kuat." Nuri, Nuri". Tiada suara yang menyahut panggilan Pak Pandir itu. Lebai Malang pula mencuva nasib untuk memanggil Si Nuri.
"Assalamualaikum Kakak Tua, kamu ada di rumah?"
Panggil Lebai Malang dengan berhemah.Tidak lama kemudian muncullah Burung Nuri dari sarangnya.
" Oh Lebai Malang dan Pak Pandir, apa tujuan gerangan tuan hamba datang ke teratak hamba ini? Hamba baru balik melawat pemerintah kita Nabi Sulaiman" Terang Si Nuri keadaan dirinya itu.
" Hamba ingin berehat seketika. Penat sungguh apabila terbang jauh ini."
Pak Pandir sudah mula mahu menunjukkan marahnya.Dia kepenatan berjalan seharian untuk mengeposkan suratnya ini.Tapi ada sahaja masalah yang timbul.Lebai Malang meminta Pak Pandir supaya bersabar. Lebai Malang menerangkan tujyan kedatangan mereka ke situ. Si Nuri menganggukkan kepala dan sedia untuk menolong Pak Pandir dan Lebai Malang menghantarkan suratnya. Lalu Si Nuri memanggil dua ekor Burung Raja Udang untuk datang ke sarangnya itu.Menurut Si Nuri surat Pak Pandir dan Lebai Malang akan dimasukkan ke dalam mulut Burung Raja Udang.Surat itu hanya akan dikeluarkan apabila sampai ditempat yang ditetapkan.
Surat itu dimasukkan ke dalam mulut dua ekor Burung Raja Udang oleh Si Nuri. Burung Rasa Udang menyebutkan alamat yang akan dihantarnya. Burung Raja Udang pertama memberitahu bahawa dia akan menghantar surat kepada Mak Andeh. Kedua- dua sahabat itu tersenyum lebar.Surat ini datangnya daripada Pak Pandir. Apabila terdengar perkataan itu Pak Pandir segera ingin menerkam Burung Raja Udang.Burung Raja Udang segera terbang tinggi akibat terkejut.Burung Raja Udang kedua menurut langkah rakannya.Kedua- dua mereka menuju je destinasi yang telah ditetapkan.
Pak Pandir menangis teresak- esak.Dia tidak menyangka Burung Belatuk telah tersalah tulis nama pasangannya. Sikap tamaknya telah memakan dirinya sendiri.Pak Pandir reda jika itu memang jodohnya. Lebai Malang ketawa di dalam hati.Si Belatuk telah mengetahui niat dirinya yang mahukan Mak Tuah. Levai Malang terus menyabarkan Pak Pandir.Dia akan terus bersahabat dengan Pak Pandir sampai bila - bila bahi mengelakkan Pak Pandir melakukan tibdakan yang bodoh seperti mandi di dalam air panas yang mengelegak.
SEKIAN TERIMA KASIH KEPADA TEMAN YANG MEMBERI IDEA....

Ulasan
Catat Ulasan