Laporan internship
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA :
ROHANA BINTI ABD.JALIL
NO. KAD PENGENALAN :
PROGRAM :
PPG AMBILAN FEBRUARI 2012
NAMA SEKOLAH :
SK PUNCAK ALAM 3
NAMA PROJEK : TEKNIK BUKU ‘DI BAN MI’
: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA
TERBUKA (KV+ KV)
TEMPOH PELAKSANAAN :
7.30-8.30 PAGI ( I JAM )
1. OBJEKTIF
Melalui Internship, guru dapat:
i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,
akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab
yang diberikan.
iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan
dengan komuniti sekolah/tempat
bertugas dalam pelbagai situasi.
v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk
memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan
pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan
yang berterusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan
ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
2. STRATEGI PELAKSANAAN
2.1
Guru
dan mentor mengadakan perjumpaan untuk perbincangan Program
Internship yang akan saya jalankan selama 4 minggu. Saya
akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas 1 Anugerah.
2.2
Menyiapkan
kertas kerja mengenai Projek Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran yang akan saya
laksanakan di kelas Tahun 1 Anugerah.
2.3
Perbincangan
kali kedua bersama mentor untuk penambahbaikan Projek Inovasi Pengajaran Dan
Pembelajaran yang bertajuk Teknik Buku “DI BAN MI” untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca suku kata terbuka KV+ KV.
2.4
Kumpulan
sasaran ialah 4 orang murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 1 Anugerah .
2.5
Minggu
ke 4 saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas 1 Anugerah
Pendidikan Khas. Rakaman pengajaran saya dibantu oleh rakan saya iaitu Puan Maizatul Akmal, salah seorang guru di SK
Puncak Alam 3.
3. REFLEKSI
3.1
Kekuatan
Projek
Setelah selesai menjalankan Projek Inovasi
Pengajaran Dan Pembelajaran, saya dapati terdapat banyak kekuatan di dalam
projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Di antara
kekuatannya ialah kesemua objektif pengajaran dan pembelajaran
telah dapat dicapai. Hal ini telah membuktikan kejayaan penggunaan teknik Buku “DI BAN MI” dalam membantu murid 1 Anugerah Pendidikan Khas menguasai
kemahiran membaca suku kata KV+KV dalam dua aspek yang diuji iaitu membaca
perkataan bersuku kata KV+KV dan membaca frasa ayat yang dipelajari dengan betul.
Buku
‘DI BAN MI’ ini mempunyai tema iaitu kemasyarakatan. Guru telah memilih
kehidupan binatang yang dekat di hati murid. Guru memilih lagu Pak Atan ada ladang untuk diguanakan sebagai set
induksi. Lagu ini menceritakan tentang binatang dan bunyi-bunyi binatang.
Binantang –binantang ini hidup gembira di ladang Pak Atan. Muzik lagu ini yang
ceria membolehkan murid-murid untuk menari sambil mengikut lirik lagu. Bunyi-bunyi binatang
yang ada di dalam lagu meransang murid untuk bergembira disamping menyebut
bunyi-bunyi binatang tersebut. Guru
bersoal jawab dengan murid berkenaan binatang yang terdapat dalam lagu. Guru
menarik minat murid untuk menjurus kepada isi pelajaran. Guru memulakan
pelajaran dengan memperkenalkan empat sahabat binatang yang tinggal di ladang
Pak Atan. Binatang yang dipilih adalah burung, ayam, itik dan ulat. Binatang
ini dipilih kerana murid amat biasa melihatnya di dalam televisyen dan juga
didalam buku. Binatang ini digunakan untuk memperkenalkan huruf. Guru telah
memilih burung untuk mewakili huruf konsonan
[b], ayam mewakili huruf vokal [a], itik mewakili huruf vokal [i] dan
ulat mewakili huruf vokal [u]. Guru akan
bercerita kepada murid sifat luaran binatang ini. Guru ingin memperkenalkan
huruf [b],[a],[i],dan [u] kepada murid. Guru memulakan cerita dengan
menceritakan sifat luaran burung. Guru menyebutkan bulu burung, paruh,kaki,
makanan burung dan beberapa ciri lain.( lihat lampiran yang disediakan )
mengenali sifat burung. Guru namakan burung ini dengan nama [b]. Guru akan
menyebutkan huruf[b] sehinggalah habis pengenalan diri untuk burung. Setelah
itu guru bertukar kepada huruf vokal [a].Guru juga akan bercerita sifat luaran
ayam. Guru namakan ayam ini adalah [a]. Guru akan menyebutkan huruf [a] sahaja
tanpa menggunakan perkataan ayam. Perkara yang sama digunakan untuk
menceritakan huruf [i] dan [u] yang
diwakili oleh itik dan ulat. Guru menamakan binatang ini dengan nama [i] dan
[u] Selesai sahaja setiap pengenalan guru akan membuat ujian minda kepada
murid. Soalan yang ditanyakan siapakah nama binantang ini? Murid akan menyebut
[b] untuk burung,[a] untuk ayam, [i] untuk itik dan [u] untuk ulat. Guru mahu
membiasakan murid dengan huruf yang ingin diperkenalkan oleh guru. Guru juga
menunjukkan huruf [b],[a],[i],[u] dalam powerpoint tanpa berserta gambar
binatang lagi.Semasa pengenalan binatang ini guru menggunakan video yang diedit
daripada lagu untuk menyebutkan setiap huruf yang diperkenalkan guru. Murid
akan menyebut huruf itu dengan nada yang diperkenalkan video itu. Latih tubi
juga dibuat untuk membiasakan murid
menyebut huruf. Guru juga menyediakan lagu [ a,b,c] daripada rakaman video
untuk dinyanyikan murid semasa memperkeanalkan watak itik untuk mengelakkan
murid bosan menyebut huruf terlalu lama. Guru tidak menghadapi masalah
memperkenalkan huruf [b],[a],[i],[u] dengan cara ini. Murid dapat menyebutkan
huruf dengan kuat setiap kali huruf ditunjukkan. Menunjukkan murid telah
mengenali huruf yang diperkenalkan oleh guru.
Aktiviti
bercerita juga dilakukan oleh guru semasa pemperkenalkan suka kata [ba],[bi]
dan [bu]. Guru perdengarkan lagu sahabat kepada murid untuk untuk memberitahu
bahawa persahabatan perlu berlaku dikalangan hidupan di dunia ini. Guru
memperkenalkan persahabatan burung dan
ayam, iaitu [b] dan [a]. apabila binatang ini bertemu mereka menamakan
persahabatan mereka dengan nama [ba].
Guru mahu menonjolkan suku kata [ba] kepada murid. Guru menambahkan
maklumat [ba] supaya murid mengingati suku kata tersebut. Guru kaitkan suku kata [ba] sukakan kartun spongebob, Doraemon, Shin Chan,
Boboboy, dan Upin dan Ipin. Murid berminat untuk menyebut suku kata kerana dikaitkan dengan kartun yang disukai oleh mereka. Guru memperkenalkan persahabatan burung dan
itik. [ b] dan [i] ini akan membentuk suku kata [bi]. Guru untuk mengajak murid cuba untuk
mengingati suku kata guru mengaitkan
suka kata [bi] dengan permainan seperti basikal, bola, kapal terbang dan
kereta bomba kepada murid. Murid-murid ini berminat dengan permainan seperti
ini. Guru juga memperkenalkan suku kata [bu] dengan menceritakan persabahatan
burung dan ulat. [b] dan [u] akan membina persahabatan yang dinamakan [bu].Untuk
menguatkan fikiran murid guru memperkenalkan makanan yang diminati murid untuk
dipadankan dengan suku kata [bu]. Makanan tersebut adalah pizza, bunger, donut,
gula-gula lollipop,dan kek. Murid bersemangat untuk menyebutnya kerana makanan
yang guru tunjukkan sememangnya menjadi kegemaran mereka terutama gula-gula
lolipop. Setiap suku kata diulang-ulang oleh murid dengan menyebut suku kata itu bersama sotong
suku kata. Murid berminat untuk menyebut sukukata yang diperkenalkan bersama video
sotong. Setiap pengakhiran pengenalan suku kata disertakan dengan ujian
minda untuk memberi peluang murid menyebutkan suku kata yang dipelajari.
Bahagian
terakhir adalah mencantumkan suku kata [ba],[bi],[bu] menjadi perkataan.
Perkataan yang akan wujud adalah [baba],[babi],[babu] ,[bubu] dan frasa ayat
iaitu [babu baba],[bubu baba][bubu babu].Guru akan meminta murid untuk mencantumkan
suka kata ini di kad suku kata dan dilekatkan di dinding. Guru meminta murid
membaca suku kata tersebut. Guru menguatkan lagi ingatan murid dengan menyediakan latihan di
dalam powerpoint. Guru menunjukkan contoh gambar [baba] iaitu bapa, contoh
[babu] iaitu orang gaji ,[bubu] sejenis alat menangkap ikan dan [babi] sejenis
binatang. Guru memperkenalkan cantuman suku kata bermakna kepada murid dan diharapkan
dengan cara ini akan menambahkan keazaman murid untuk menyebut suku kata yang
diperkenalkan oleh guru. Penyertaan
murid sepanjang aktiviti amat memberangsangkan. Semua murid aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
Murid teruja dengan penggunaan buku
“DI BAN MI “ ini kerana masing-masing berminat untuk menyanyi serta menyebut
huruf yang diperkenalkan oleh guru. Murid juga lebih mudah menguasai kemahiran membaca perkataan dan frasa
ayat dengan hanya mengingati suku kata
yang diperkenalkan guru yang warna-warna
dan menarik minat murid. Teknik buku “ DI BAN MI” membolehkan murid belajar mengingati suku kata
yang dipelajari dengan cara latih tubi yang tidak membosankan murid kerana
terdapat nyanyian dan gambar binatang yang berwarna-warni serta kartun yang dekat di hati murid. Murid berminat untuk belajar dengan
adanya buku “DI BAN MI”.
3.2
Kelemahan
Projek
Walaupun
banyak terdapat kekuatan pada Projek Inovasi pengajaran Dan pembelajaran ini,
namun ada juga kelemahannya. Antaranya ialah kemudahan peranti paparan (LCD)
hanya ada di tempat yang tertentu sahaja. Jadi saya sukar untuk mengadakan sesi
pengajaran. Saya perlu menempah
penggunaan bilik ini. Di sekolah ini penggunaan bilik media adalah seperti
‘pisang panas’, berebut-rebut guru mahu menggunakannya. Ini menyukarkan sedikit
pengajaran yang menggunakan bahan multimedia. Kalau sekadar pengajaran individu di komputer
riba juga boleh dilakukan.
Teknik ini juga membolehkan murid
menyanyi. Lagu-lagu ini mudah bagi setengah-setengah murid untuk kuasainya.
Pengajaran secara kelas yang ramai tidak boleh dilakukan kepada murid
Pendidikan Khas. Murid khas suka menunjukkan kelebihan masing-masing dan
menganggu pengajaran guru. Contohnya murid hiperaktif yang telah mengetahui isi pelajaran kerana
telah diberikan latih tubi akan menunjukkan aksi yang merangsangkan murid-murid
lain untuk beraksi seperti mereka semasa lagu dikeudarakan. Walaupun sebenarnya
murid ini masih teragak-agak untuk menyebut suku kata. Buku “ DI Ban MI” ini
sesuai untuk di ajar secara individu kerana perhatian murid boleh
tertumpu kepada buku “ DI BAN
MI”. Murid khas tidak boleh dipaksa untuk belajar. Keupayaan mereka terhad. Dengan
pengajaran individu, guru juga boleh
mengajar mengikut had daya tumpuan murid.
Pelaksanaan Teknik Buku
DI BAN MI” hanya mengambil masa
45 minit. Jadi bagi murid Pendidikah Khas yang mempunyai daya tumpuan yang
terhad akan cepat mengeluh kerana terpaksa belajar dengan begitu lama. Saya
merancangkan aktiviti ini mengikut bahagian dan secara individu untuk mengelakkan masalah bosan murid terjadi.
Tetapi semasa aktiviti inovasi pengajaran yang harus dirancang adalah 1 jam.
Saya perlu menampakkan objektif
pelajaran saya iaitu mengenal huruf
[b],[a],[i],[u] dan membaca suku kata
KV+KV serta perkataan bersuku kata KV+KVsekaligus.
Murid-murid saya mempunyai daya tumpuan yang berlainan. Sukar juga untuk
memastikan semua murid dapat apa yang dipelajari dalam masa yang ditetapkan.
Teknik buku ‘DI
BAN MI” ini hanya terbatas kepada suku kata [ba],[bi],[bu] sahaja. Guru perlu menyediakan bahan lain untuk
aktiviti suku kata yang seterusnya. Guru
perlu sentiasa rajin mncari bahan untuk pengajaran murid. Bahan yang ada
dipasarkan perlu juga diteliti untuk disesuaikan dengan kebolehan murid-murid. Oleh itu guru harus sentiasa memikirkan
beberapa teknik atau kaedah yang lain agar murid lebih mudah faham dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Ini boleh mendatangkan minat murid seandainya
proses pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan pelbagai teknik dan kaedah.
Guru seharusnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk meningkatkan
prestasi pencapaian murid.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk
mengatasi kelemahan Projek Inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya membuat kumpulan yang kecil dan sama
kebolehan agar kebolehan murid untuk menguasai kemahiran dapat
dilaksanakan dengan lebih licin. Prasarana dan peralatan kelengkapan pengajaran
sekarang juga haruslah yang lengkap dan kondusif agar pengajaran dapat dilakukan
dengan mudah dan murid mudah bergerak
untuk membuat pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti latih tubi perlu dilperbagaikan supaya murid
Pendidikan Khas tidak cepat bosan. Teknik
buku ‘DI BAN MI” ini akan lebih berkesan sekiranya murid boleh melihat
aktiviti ini seperti rancangan
pembelajaran yang dibuat di dalam televisyen. Murid akan mempelajarinya secara
tidak formal. Murid Pendidikan Khas akan dapat menguasai kemahiran
membaca tanpa perlu mematuhi undang-undang seperti di dalam kelas. Sekiranya mereka tidak jemu untuk menonton
kartun contohnya ‘Doraemon’ meraka juga
tidak akan jemu untuk menonton pembelajaran yang direka khas ini.
Guru
juga boleh membina pelbagai teknik untuk menarik minat murid dalam aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru kelas lain juga boleh
menggunakan Teknik buku “DI BAN MI” ini
untuk mengajarkan kemahiran membaca suku akta terbuka KV+KV yang melibatkan
huruf yang dipelajari.
Permainan bahasa juga boleh menjadi
salah satu aktiviti yang menyeronokkan murid dan mencabar minda murid. Murid
boleh memberi idea dan bergerak menjalankan aktiviti. Hal ini menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua murid berpotensi
untuk maju dalam pelajaran tetapi guru yang perlu berusaha untuk membawa murid
keluar dari kepompong kegagalan. Apa yang dapat dilihat, murid boleh berjaya
jika mendapat bimbingan dan panduan yang khusus daripada guru, tetapi murid
akan menjadi tidak semangat jika tidak dipedulikan oleh guru sewaktu mereka
gagal di dalam bilik darjah. Aspek kognitif murid juga boleh dikembangkan melalui
pembelajaran yang konsisten dan tidak terpesong daripada landasan yang
bersesuaian. Seorang guru tidak perlu mempunyai perasaan takut untuk membuat
tranformasi di dalam pendidikan.
Pengajaran dan
Pembelajaran yang dijalankan ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara bagi
pencapaian minat murid dalam
pembelajaran. Murid dapat menyebut suku kata mengikut intonasi yang disebutkan
oleh haiwan yang disediakan oleh guru
dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Murid berminat untuk
menyebut huruf dan suku kata semasa
pembelajaran berlangsung. Murid yang lebih pandai dan mempunyai suara yang kuat
dapat membantu murid yang lambat untuk menyebut
huruf dan suku kata yang diperkenalkan.
Murid-murid kelihatan berminat
untuk belajar dan berusaha untuk mengenali dan menyebut huruf yang diperkenalkan guru. Murid-murid gembira dapat bergerak dan
bernyanyi dengan lagu-lagu semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Murid juga berani menjawab soalan-soalan dalam buku
“ DI BAN MI”. Guru perlu membina banyak lagi latihan yang menggunakan perisian
powerpoint ini. Murid berminat untuk belajar dengan menggunakan
perisian ini. Kesimpulannya pengajaran dan pembelajaran ini berjaya mencapai
objektif dengan inovasi penggunaan teknik
buku DI BAN MI.
Disediakan oleh,
...............................................
( ROHANA BINTI ABD.JALIL)
Ulasan
Catat Ulasan