kertas kerja internship

KERTAS KERJA INTERNSHIP

NAMA                                    :PN.ROHANA BINTI ABD.JALIL
NAMA SEKOLAH               :SK PUNCAK ALAM 3
PROGRAM                            :PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN                 FEBRUARI 2012
KELAS                                   :BM ( A )
TAJUK INOVASI                 :PENGGUNAAN PENDEKATAN  DIDIK HIBUR  ‘DI BAN MI’          UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA  SUKU              KATA TERBUKA MURID PENDIDIKAN KHAS.
MATA PELAJARAN                        :BAHASA MALAYSIA  (PENDIDIKAN KHAS).
TEMPOH PERLAKSANAAN :60 MINIT
1.0              PENGENALAN
Sistem pendidikan yang sering berubah-ubah mengikut tuntutan kepimpinan dan zaman menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) turut sama berubah. Dalam pendidikan yang melibatkan proses pemindahan ilmu (daripada guru kepada murid/ pelajar), maka hal ini amat berkaitan rapat dengan kemahiran guru menguasai strategi, kaedah, teknik, dan pendekatan dalam pengajaran.

Justeru dalam zaman yang serba canggih dan pasti kemajuan akan turut membawa bersama-sama perubahan dan pembaharuan, adalah wajar proses P&P itu disuburkan dalam bentuk yang serba baharu, sesuai dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Hal inilah yang sering disebut sebagai inovasi.
Inovasi merupakan proses membuat perubahan atau penambahbaikan daripada sesuatu produk yang sedia ada. Inovasi ialah proses yang terhasil dari gabungan kreativiti misalnya modifikasi, adaptasi, pembaikan struktur dan meningkatkan prestasi sesuatu produk sedia ada.

2.0       Rasional Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Gunakan pelbagai kaedah untuk  membantu murid mencapai objektif pengajaran. Haruslah bersesuaian dengan keperluan murid, gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.
3.0       Pernyataan Masalah
Melalui pemerhatian dan hasil  pengajaran guru, dan perbincangan bersama rakan guru murid mempunyai kesukaran untuk mengenal huruf dan membaca sukukata bagi murid-murid ‘slow learner’ di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
4.0       Objektif Inovasi P&P
1.         Murid dapat mengenal menyebut  huruf [b],[a],[u] dengan betul.
2.         Murid dapat membaca perkataan  bersuku kata terbuka seperti [baba], [bubu], dan [babu] dengan betul.

5.0       Konsep Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Guru membina bahan bacaan multimedia yang dinamakan ‘DI BAN MI’ dengan menggunakan pendekatan didik hibur untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Pendidikan Khas. Bahan bacaan mutimedia ‘DI BAN MI’ diharapkan dapat membantu murid untuk mengenal huruf contohnya huruf [a],[b],[u] dan seterusnya  mengenal suku kata [ba] dan [bu] dan membaca perkataan yang terbentuk daripada suku kata yang diperkenalkan. Perkataan tersebut ialah [baba],[bubu] dan [babu]. Guru boleh memperkenalkan murid dengan frasa seperti [bubu baba], [bubu babu],[babu baba] dan lain-lain lagi. Apabila murid telah menguasai  kemahiran ini guru boleh menambahkan lagi huruf,  contohnya seperti [i] untuk menambahkan pengetahuan murid kepada suku kata [bi]. Guru boleh mengajak murid untuk membina perkataan baru seperti [babi], [abu],[abi], dan sebagainya. Penggunaan bahan bacaan multimedia ‘DI BAN MI’ ini diharapkan murid lebih seronok belajar  dan lebih cepat pandai membaca.

5.1       Kumpulan Sasaran
Projek Inovasi ini hanya melibatkan seramai 8 orang murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3   di daerah Kuala Selangor, Selangor. Murid ini terdiri daripada 4 perempuan dan 3 lelaki. Enam orang murid berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Seorang murid di kelas ini telah mula pandai membaca suku kata terbuka sementara enam murid lagi masih gagal untuk mengenal huruf dan membaca suku kata terbuka.  Dari pemerhatian saya hanya 4 orang yang berpotensi untuk pandai membaca sementara . 3 orang lagi menghadapi masalah pertuturan dan tingkah laku.

5.2       Strategi / Pelan Pelaksanaan  Inovasi

1.    Guru memperkenalkan bahan bacaan multimedia ‘DI BAN MI’ dalam pengajaran.
2.    Guru memastikan murid gembira menyebut huruf, suku kata dan perkataan dengan video yang mempunyai animasi.
3.    Murid dapat membuat latih tubi penyebutan suku kata dengan bahan animasi yang disediakan oleh guru yang diubah suai daripada video.
4.    Aktiviti nyanyian digunakan untuk mengelakkan murid bosan.
5.    Murid membuat latihan pengukuhkan dengan secara lisan setelah selesai setiap langkah dalam  pengajaran yang menggunakan bahan bacaaan multimedia ‘DI BAN MI’





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)