Jurnal Buku DIBANMI
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA SUKA KATA TERBUKA PENDIDIKAN KHAS DENGAN
MENGGUNAKAN BUKU DIBANMI
Oleh :
Rohana binti
Abd.Jalil
Program
Pensiswazahan Guru (PPG)
IPG Kampus
Bahasa Melayu
ABSTRAK
Penyelidikan
tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid Pendidikan Khas menggunakan Buku DIBANMI. Tinjauan masalah
mendapati bahawa murid tidak berupaya untuk membaca perkataan suku kata terbuka terutamanya yang
melibatkan pola KV+KV bagi huruf [b],
[a], [i], dan [u] seperti [baba],[ babi], dan [babu].Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti sama ada penggunaan Buku DIBANMI dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam meningkatkan kemahiran membaca suku
perkataan suku kata terbuka. Kajian ini menggunakan alat kajian pemerhatian
berstruktur, analisis dokumen, ujian
awal dan
ujian akhir yang dijalankan pada penilaian akhir. Data dianalisis
menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratus dan naratif). Kajian ini juga
ini telah dijalankan kepada 3 orang murid Pendidikan Khas 1 Anugerah yang berada dalam kategori yang lemah
ketika belajar kemahiran membaca suku
kata terbuka. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan kemahiran membaca
yang sangat ketara pada penilaian akhir berbanding penilaian awal. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa teknik Buku DIBANMI sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dijalankan
sebagai langkah ansur maju dan penambahbaikkan kepada kajian ini adalah
dengan menyediakan bahan seperti Buku DIBANMI menggunakan huruf vokal dan konsonan serta tema yang lain pula.
Kata kunci
: kemahiran membaca, suku kata terbuka, Buku DIBANMI.
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia (KSSR) yang telah diperkenalkan secara berperingkat mulai 2011
telah digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan
idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) penguasaan membaca masih lagi
diberikan penekanan dan merupakan satu elemen yang masih diberikan perhatian
utama. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia juga memberikan tumpuan kepada
empat kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam usaha untuk
memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi menjadikan mata
pelajaran Bahasa Malaysia menarik dan
berdaya saing, Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah menambahkan satu elemen
baharu iaitu seni bahasa. Sementara didik hibur menjadi pendekatan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM
2011), telah mencadangkan penyerapan teknik didik hibur dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Teknik didik hibur dalam bilik darjah akan
menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Secara
umumnya Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011),
telah mencadangkan atau menetapkan ciri dan cara perlaksanaan seni
bahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri didik hibur yang difokuskan untuk dilaksanakan
dalam bilik darjah adalah sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti
yang menarik dan pelbagai. Teknik didik
hibur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta
berpusatkan murid. Teknik didik hibur
menggunakan bahan bantu belajar multimedia kepada murid bermasalah membaca akan
memberikan impak yang lebih positif bagi
mewujudkan persekitaran baru yang kaya
dengan maklumat bahasa. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid Pendidikan Khas menggunakan pendekatan
didik hibur berbantukan bahan multimedia interaktif beserta pendekatan membaca menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi
Kata. Gabungan kaedah di atas telah dirangkum oleh pengkaji dengan menamakan
Buku DIBANMI. Nama Buku DIBANMI ini
terbentuk melalui gabungan enam perkataan iaitu DI untuk Didik hibur, BAN pula diambil daripada perkataan berbantukan bahan dan seterusnya MI adalah singkatan daripada perkataan multimedia
interaktif. Buku DIBANMI ini menggunakan
perisian powerpoint, lagu-lagu dan bahan pengajaran yang dimuat turun dari youtube serta gambar-gambar
binatang, kartun animasi, binatang,
makanan serta perminanan yang menarik
yang terdapat di dalam internet. Buku
DIBANMI juga merupakan satu teknik
pengajaran yang menyeronokkan dan murid
tidak belajar dalam keadaan tertekan. Aktiviti
Buku DIBANMI membolehkan murid menyanyi, menari, bergerak, dan melakukan latih
tubi pembelajaran dengan cara yang
menghiburkan.
1.2 Refleksi
pengajaran dan pembelajaran lalu
Pengkaji
mengajar Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Tahun Satu
Anugerah bagi Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Pada tahun 2015
ini, terdapat murid-murid yang
baru menjejaki kaki ke Program Pendidikan Khas Intergrasi, iaitu seramai 7 orang. Murid ini terdiri daripada murid yang mengalami masalah
gangguan pertuturan, masalah pertuturan yang tidak jelas dan lima orang lagi
boleh bercakap dengan baik. Di dalam
Tahun 1 Anugerah mempunyai seramai 7
orang murid yang terdiri daripada dua
orang perempuan dan lima orang lelaki.
Murid perempuan di kelas ini berusia tujuh tahun dan lapan tahun. Murid
perempuan yang berusia lapan tahun adalah merupakan murid Sindrom Down yang boleh bertutur
tetapi kurang jelas isi percakapannya. Dia juga merupakan murid yang
manja dan sukar diajak untuk mengikuti
pelajaran. Dia belum boleh mewarna dan
menulis dengan baik. Seorang lagi murid perempuan di kelas 1 Anugerah adalah merupakan murid Autisme yang hidup dalam
dunianya yang tersendiri. Sementara lima orang murid lelaki pula, tiga
daripadanya berumur tujuh tahun, dan dua orang lagi berumur sembilan
tahun. Dua orang murid lelaki yang berusia sembilan
tahun merupakan murid Sindrom Down dan slow learner. Tiga orang
murid lelaki yang berusia tujuh tahun
ini merupakan murid yang petah dan lancar bertutur. Murid ini aktif dan berani bersuara bagi menjawab pertanyaan guru. Murid-murid ini
mempunyai masalah tingkah laku iaitu hiperaktif. Mereka masih boleh menerima dan memahami arahan guru.
Dalam sesi pengajaran yang lalu, pengkaji telah
merancang untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran membaca mengikut
silibus Pendidikan Khas yang menggunakan
Standard Kandungan 4.2 membunyikan
suku kata, sementara Standard Pembelajaran pula ialah 4.2.1 membunyikan suku kata KV kepada
murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengkaji telah
merancang memperkenalkan huruf
[a], [b], [u], [i] dan suku kata terbuka
[ba], [bi], [bu] kepada murid dalam jangka masa seminggu.
Pengajaran pengkaji
ini mendapat perhatian daripada murid untuk beberapa ketika sahaja. Murid
hanya memberikan perhatian kepada pengajaran pengkaji semasa tayangan video nyanyian lagu Mari membaca a,b,c. Murid ini
cepat bosan dan selalu mengadu kepenatan. Dua orang pelajar perempuan suka
beralih tempat duduk. Mereka suka duduk dilantai bagi melakukan aktiviti mewarna
di dalam buku kegemaran yang dibawa dari rumah. Murid Pendidikan Khas ini juga suka ke tandas. Apabila seorang murid ke
tandas, murid yang lain akan mengikuti
langkah itu juga. Sementara murid lelaki
Sindrom Down
suka menyendiri akan membawa dirinya ke sudut bilik. Dia juga suka naik
ke atas meja. Jika mempunyai peluang
pelajar lelaki ini akan berlari keluar kelas.
Daripada pemerhatian pengkaji,
setelah menunjukkan huruf-huruf yang ada di dalam video hanya tiga orang sahaja
yang mampu mengikut bacaan susunan abjad sehingga [z]. Hasil daripada
lembaran kerja dan kad huruf yang saya tunjukkan, pengkaji dapati mereka
mengenali huruf seperti [a], dan
[b]. Dari pengalaman pengkaji sebagai
guru Pendidikan Khas, murid lelaki yang berusia tujuh tahun ini mempunyai
potensi untuk menguasai kemahiran membaca secara ansur maju.
Sikap mereka yang selesa, seronok untuk belajar dan tidak takut untuk berinteraksi dengan guru
menyakinkan pengkaji bahawa mereka berpotensi untuk maju dalam kemahiran
membaca. Pengkaji sebagai guru, mempunyai kewajipan untuk memastikan
murid-murid dapat mengikuti pelajaran sekurang-kurangnya dapat mengenali
beberapa huruf vokal dan konsonan.
1.2 Refleksi Nilai Pendidikan
Melalui Falsafah
Pendidikan Guru, matlamat utamanya adalah untuk melahirkan guru yang
berpandangan progresif dan saintifik. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya
ingin menjadi guru yang progresif dan membuat keputusan secara saintifik dalam
pengajaran melalui penyelidikan tindakan. Saya ingin menjayakan pengajaran dan
pembelajaran dengan teknik yang lebih bersistematik dan berkesan. Saya juga
perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang
perkembangan murid. Oleh yang demikian, saya telah melibatkan beberapa orang
murid yang berpotensi prestasinya ketika
sesi pengajaran murid Pendidikan Khas yang
lepas supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata
terbuka seterusnya tidak ketinggalan
untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Justeru, saya
berharap pengaplikasian Buku DIBANMI ini
dapat memenuhi hasrat saya untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan.
1.3 Tinjauan Masalah
Masalah
atau isu yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah menguasai kemahiran
membaca suku kata terbuka dalam
kalangan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengkaji mengesan
masalah membaca perkataan suku kata terbuka ketika melaksanakan
pengajaran menggunakan kemahiran membaca seperti di bawah:
1.
Standard
kandungan : 4.2 Membunyikan suku kata
2.
Standard
pembelajaran : 4.2.1 Membunyikan suku kata KV
Murid tidak berkeupayaan untuk menamakan dan
menyebut huruf [a], [b], [c] dan tidak berkeupayaan untuk membunyikan suku
kata terbuka KV seperti [ba], [ca] yang
telah diperkenalkan oleh pengkaji dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah membuat tinjauan masalah peringkat awal dengan menggunakan tiga instrumen yang telah dipilih iaitu Analisis Dokumen,
Pemerhatian Berstruktur dan Ujian Pra.
B. Pemerhatian berstruktur
Pengkaji dapati murid berminat dengan
aktiviti nyanyian, menonton animasi kartun dan bercerita. Sikap
positif murid ini akan digunakan pengkaji untuk membina bahan tindakan yang
sesuai dengan minat murid bagi
meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka Pendidikan Khas.
Dari analisis ini juga didapati dua
daripada tiga murid yang dipilih adalah
mereka yang suka bergerak semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji
akan menggunakan hasil pemerhatian ini untuk membina aktiviti yang membolehkan
murid bergerak semasa membuat aktiviti
tindakan yang disediakan. Pengkaji perlu
menyediakan aktiviti yang membolehkan murid berseronok dan tidak tertekan untuk belajar. Pengkaji dapati murid berminat
dengan aktiviti nyanyian, menonton animasi kartun dan bercerita dengan
pengkaji.
Sikap positif murid ini akan
digunakan pengkaji untuk membina bahan
tindakan yang sesuai dengan minat murid
bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka
Pendidikan Khas. Dari analisis ini juga didapati dua daripada tiga murid yang dipilih adalah
mereka yang suka bergerak semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji
akan menggunakan hasil pemerhatian ini untuk membina aktiviti yang membolehkan
murid bergerak semasa membuat aktiviti
tindakan yang disediakan. Pengkaji perlu menyediakan aktiviti yang membolehkan murid berseronok dan tidak tertekan untuk belajar.
C. Ujian awal
Ujian awal
dilakukan adalah untuk menguji keupayaan
responden berkenaan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka.Pengkaji
menguji responden dengan menggunakan Instrumen Literasi Membaca Pendidikan
Khas. Di dalam ujian awal responden diuji dengan menggunakan konstruk 1 sahaja
iaitu keupayaan menyebut konsonan dan
vokal. Pengkaji
melakukan ujian awal ini untuk mengumpul
maklumat kemahiran membaca yang
dikuasai responden bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca suku kata terbuka mengikut keupayaan responden. Setelah pasti
masalah responden , pengkaji merancang
aktiviti untuk mengatasi masalah responden
iaitu kemahiran membaca suku kata terbuka. Dapatan ujian menunjukkan
responden (A) dan responden (B) mengecam
dan boleh menamakan huruf [a], [u], [b],
[i], sementara responden (C) hanya mengecam dan boleh menamakan huruf [a]
sahaja. Pengkaji memilih huruf yang mudah diingati oleh responden untuk
merancang tindakan. Menurut Profesor Emeratus
Isahak Haron (2012) huruf yang mudah diingati dan dikuasai murid adalah
[a], [b], [c], [i], [u] kerana kerap digunakan dalam Bahasa Melayu. Analisis
data ujian awal ini menunjukkan keupayaan responden di dalam kemahiran membaca
berdasarkan konstruk di dalam Instrumen Literasi Membaca Pendidikan Khas.
Datanya adalah seperti berikut:
Jadual 4
Analisis data keupayaan menamakan
huruf vokal dan konsonan
Bil
|
Responden
|
Keupayaan menamakan
huruf vokal
|
Keupayaan menamakan huruf konsonan
|
1
|
R (A)
|
[a], [i], [u]
|
[b]
|
2
|
R (B)
|
[a], [u], [i],
|
[b]
|
3
|
R (C)
|
[a]
|
-
|
1.4 Objektif
1.4.1 Objektif Umum
Kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka
dalam kalangan murid Pendidikan Khas dengan menggunakan Buku DIBANMI.
1.4.2 Objektif khusus
1.
Buku DIBANMI
dapat meningkatkan kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka yang melibatkan huruf [b], [a], [i], [u]
dalam kalangan murid Pendidikan Khas.
2.
Buku
DIBANMI dapat meningkatkan kemahiran membaca frasa ayat suku kata terbuka
yang melibatkan huruf [b], [a], [i], [u] dalam kalangan murid Pendidikan Khas.
1.4.3 Soalan Kajian
1.
Dapatkah Buku DIBANMI meningkatkan kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka yang
melibatkan huruf [b], [a], [i], [u]
dalam kalangan murid Pendidikan Khas?
2.
Dapatkah buku DIBANMI meningkatkan kemahiran membaca
frasa ayat suku kata terbuka yang
melibatkan huruf [b], [a], [i], [u] dalam kalangan murid Pendidikan Khas?
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Bagi
merealisasikan hasrat kerajaan ini Kementerian Pendidikan melakukan
transformasi dalam Sukatan Pelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) dengan memasukkan elemen seni sastera
dan menjadikan didik hibur sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2011), ‘Didik’ bermaksud
mengajarkan sesuatu pelajaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
’Hibur’ dalam konteks pengajaran bermakna pembelajaran yang menyenangkan atau
mengirangkan serta berasa seronok. Strategi
ini dimasukkan dalam KSSR sebagai
satu transformasi kurikulum persekolahan. Aspek Seni Bahasa merujuk kepada
keupayaan murid untuk mengungkapkan dan mengapresiasikan bahasa, memahami dan
menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian
aktiviti secara didik hibur. ( KPM 2010).
Zamri dan Mohamed Amin
(2008), pula berpendapat multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan
cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Perlaksaannya kepada murid yang bermasalah dalam
kemahiran membaca atau menulis akan memberikan impak yang lebih positif.
Teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video
serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu disamping
kaya dengan maklumat bahasa. Murid-murid
yang menggunakan multimedia interaktif
sebagai medium akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan lebih fleksibel dan lebih bebas untuk
mencari ilmu pengetahuan.
Menurut Doyle kajian (2007),
komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi
penggunaan teknik yang bersistematik dan berpusatkan murid. Pendapat ini
disokong oleh kajian Norabeerah, Halimah dan Azlina (2011), dengan menambah bahawa bahan
multimedia yang digunakan haruslah bergantung kepada kebolehan murid dan
bersesuaian dengan kandungan yang hendak disampaikan oleh guru. Bahan bantu
mengajar multimedia yang dipilih oleh
guru haruslah sesuai dengan murid untuk menjamin keberkesanan pengajaran. Bagi memastikan perkembangan yang cepat bagi murid dalam menguasai kemahiran
membaca, Modul Kaedah Gabungan Bunyi Kata turut diintergrasikan. Menurut
Mashudi Bahari (2012), penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan
susunan bahan pembelajaran dan pengajaran serta peningkatan kemahiran
secara ‘developmental’.
Teknik bercerita memberikan peluang
kepada murid mendengar dengan teliti, bertutur dengan berkesan, dan
mengingkatkan kemahiran membaca dan menulis. Ini telah dibuktikan oleh Cohen
(1996) melalui Noor Ainsha (2009:12), yakni kajiannya terhadap peningkatan
perbendaharaan kata dan pencapaian dalam kemahiran membaca dalam kalangan
kanak-kanak gred dua. Dalam kajian itu, cerita didapati memberikan kesan kepada
tahap pencapaian kemahiran membaca dan peningkatan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid.
E.Greene melalui Noor Ainsha
(2009:14) berpendapat bahawa bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan
bahasa, pergerakan, dan mimik muka untuk melontarkan idea serta meransang daya imaginasi audien. Bercerita juga boleh
dianggap sebagai seni sastera dan seni
teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah
buku.
Rohizan Yaakub dan Hazri Jamil
(2009:9) dapatan kajian menjelaskan
bahawa bercerita adalah aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam
mana-mana mata pelajaran bagi menghidupkan pengajaran. Bercerita dapat
meningkatkan kemahiran kefahaman
kanak-kanak pada pelajaran dan dapat
meransang kanak-kanak melahirkan idea ataupun pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai
pengalaman yang menyeronokkan.
Kajian yang dijalankan Aspalaila
Ramli dan Maslinda Mahmu (2006), melalui
Edi (2010) meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan dua suku
kata terbuka dan tertutup KV+KVK. Kajian
ini mendapati program latih-tubi, aktiviti nyanyian, dan kelas bimbingan telah
dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan KV+KVK
Abdul Rasid
Jamian, Norhasimah Hashim dan Shamsuddin Othman (2012) pernah menjalankan
kajian yang bertajuk Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran
kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Program Bimbingan Membaca dan
Menulis (PROBIM). Hasil kajian mereka mendapati penggunaan multimedia membantu
murid untuk mengenal vokal dan konsonan.
Perisian multimedia berupaya membantu murid menyebut dan membunyikan suku kata
terbuka. Penggunaan multimedia dapat meningkatkan keupayaan murid-murid (PROBIM) di dalam kemahiran membaca. Penggunaan multimedia interaktif ini dapat
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas sehingga mencapai
objektif kemahiran membaca seperti
ditetapkan. .
Dalam kajian
tindakan yang dilakukan oleh Wan Mohd Zulfaqar Bin Yahya dan Nordin Bin Shaari
(2014), mendapati kemudahan bahan bantu multimedia interaktif seperti Papan
Interaktif Kata dapat meningkatkan kemahiran membaca sukukata
terbuka KV+KV pelajar tahun 3. Sementara
Kajian oleh Mat Zaidi Dahlan yang menggunakan Kaedah IT Bestari meningkatkan Pembelajaran Kemahiran membaca murid-murid
Pemulihan Khas Tahun 2 juga membuktikan teknologi maklumat merupakan
bahan bantu yang paling praktikal untuk
mengajar kemahiran membaca sukukata
terbuka KV+KV.
3.0 METODOLOGI
3.1 Kumpulan
sasaran
Seramai tiga
orang responden telah dipilih. Tiga orang responden yang dipilih adalah responden lelaki yang berumur 7 Tahun. Tiga
orang responden ini dari kelas Tahun 1 Anugerah Program
Pendidikan Khas Intergrasi di Kuala Selangor. Responden (A),(B) dan (C) boleh
menyebut perkataan dengan jelas dan boleh
bertutur dengan lancar. Responden (A),(B) dan (C) mudah mengingati lirik lagu terutama lagu Mari
membaca a,b,c. Ketiga-tiga responden
juga aktif bersoal jawab dengan pengkaji semasa aktiviti bersoal jawab
dalam pengajaran dan pembelajaran.Ketiga-tiga responden juga memahami dan boleh
mengikut arahan semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Responden
(A), (B) dan (C) berminat dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai pergerakan kinestatik seperti menari dan menyanyi.
3.2 Alat kajian
3.2.1 Ujian
Awal
Instrumen yang
digunakan untuk membuat tinjauan masalah adalah
analisis dokumen, pemerhatian berstruktur berkenaan tingkah laku responden
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ujian awal dan ujian akhir.
Ujian awal dilakukan adalah untuk
menguji keupayaan responden berkenaan
kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka. Pengkaji menguji murid dengan
menggunakan instrumen literasi membaca Pendidikan Khas. Di dalam ujian awal
responden diuji dengan menggunakan konstruk 1 sahaja iaitu Keupayaan menamakan konsonan dan vokal. Dapatan ujian
menunjukkan responden (A) dan responden (B)
boleh menamakan huruf [a],[u],[b] sementara responden (C) hanya boleh
menamakan huruf [a] sahaja. Pengkaji memilih huruf yang mudah diingati oleh
responden untuk merancang tindakan. Menurut Profesor Emeratus Isahak Haron huruf yang mudah diingati dan
dikuasai murid adalah [a], [b], [c], [i], [u] kerana kerap digunakan dalam
Bahasa Melayu.
3.2.1 Ujian Akhir
Ujian akhir dijalankan oleh pengkaji
selepas intervensi ketiga. Ujian akhir dilaksanakan untuk membuktikan bahawa Buku DIBANMI telah berjaya
dan berupaya memastikan responden (A), (B) dan (C) dapat meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dan frasa ayat suku kata terbuka.
Pengkaji
menggunakan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam menjalankan kajian
tindakan ini.
3.2.3
Proses perancangan tindakan
Tindakan
|
Proses
perancangan tindakan
|
Minggu
|
Intervensi 1
|
o
Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku
DIBANMI.Ujian minda dijalankan dibahagian satu hingga empat Buku DIBANMI.
|
Minggu 2
|
Intervensi 2
|
o
Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku
DIBANMI.Ujian minda dijalankan dibahagian satu hingga empat Buku DIBANMI.
|
Minggu 3
|
Intervensi 3
|
o
Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku
DIBANMI.Ujian minda dijalankan dibahagian satu hingga empat Buku DIBANMI.
|
Minggu 4
|
4.0 KEPUTUSAN
1.Dapatkah Buku
DIBANMI meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka yang melibatkan huruf [a], [b], [i] dan [u] dalam kalangan
murid Pendidikan Khas?
Jadual
5 Keputusan Ujian Penilaian Membaca Suku Kata Terbuka
|
Keputusan Penilaian Semasa dan Ujian Akhir
|
|||||||||||
Responden
(A)
|
%
|
Responden
(B)
|
%
|
Responden
(C)
|
%
|
|||||||
B1
|
B2
|
B3
|
B1
|
B2
|
B3
|
B1
|
B2
|
B3
|
||||
Latihan 1
|
4/4
|
0/3
|
0/4
|
36
|
4/4
|
0/3
|
0/4
|
36
|
4/4
|
0/3
|
0/4
|
36
|
Latihan 2
|
4/4
|
3/3
|
0/4
|
64
|
4/4
|
3/3
|
0/4
|
64
|
4/4
|
2/3
|
0/4
|
55
|
Latihan 3
|
4/4
|
2/3
|
1/4
|
64
|
4/4
|
3/3
|
4/4
|
100
|
4/4
|
2/3
|
¾
|
82
|
Ujian Akhir
|
4/4
|
3/3
|
1/4
|
73
|
4/4
|
3/3
|
4/4
|
100
|
4/4
|
2/3
|
3/3
|
82
|
Peningkatan
( % )
|
73% -36% =
37%
|
100%- 36% =
64%
|
82%- 36% =
46%
|
Hasil analisis data membaca perkataan
suku kata terbuka didapati responden
(A) telah berjaya meningkatkan kemahiran
membaca sebanyak 37 peratus. Pada awalnya responden (A) hanya menguasai
kemahiran membaca sebanyak 36 peratus sahaja. Sementara responden (B) pula
telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata
terbuka sebanyak 64 peratus. Responden
(B) adalah responden yang paling cemerlang berbanding responden (A) dan
responden (C). Pada peringkat awal responden (B) hanya menguasai 36 peratus
sahaja kemahiran membaca perkataan suku
kata terbuka. Responden (C) telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka sebanyak 46 peratus. Pada peringkat awal di intervensi pertama responden ini hanya menguasai 36 peratus sahaja kemahiran membaca perkataan
suku kata terbuka.
Soalan 2
2.Dapatkah Buku DIBANMI meningkatkan
kemahiran membaca frasa suku kata terbuka yang melibatkan huruf [a], [b], [i]
dan [u] dalam kalangan murid Pendidikan
Khas? Pengkaji telah menganalisis data yang dikumpulkan semasa latihan 1,
latihan 2 dan latihan 3 serta ujian akhir. Data
adalah seperti di bawah:
Responden
|
Ujian Akhir
|
|||||||
|
Soalan 1
|
%
|
Soalan 2
|
%
|
Soalan 3
|
%
|
Soalan 4
|
%
|
R(A)
|
|
100
|
|
100
|
|
75
|
|
100
|
R(B)
|
|
100
|
|
100
|
|
100
|
|
100
|
R(C)
|
|
100
|
|
100
|
|
75
|
|
100
|
Responden (A), (B), dan (C) telah dapat meningkatkan kemahiran membaca frasa ayat suku kata
terbuka semasa ujian minda minggu ketiga intervensi. Responden (A), (B) dan (C) memperkukuhkan
lagi fakta apabila berjaya membaca frasa ayat suku kata terbuka semasa ujian
akhir yang dijalankan oleh pengkaji.
Responden (A), (B) dan (C) telah
dapat membaca empat frasa ayat di dalam ujian akhir yang dijalankan secara
individu. Pengkaji dapati responden (A)
dan (C) lebih mudah membaca frasa ayat suku kata terbuka yang tidak mempunyai
suku kata [bi]. Sementara responden (B)
yang telah berjaya membaca frasa ayat
suku kata terbuka dengan lancar. Responden (A), (B) dan (C)yang telah mempunyai
pengalaman menyebut perkataan suku kata terbuka menjadikan mereka lebih mudah
untuk menyebut frasa ayat suku kata terbuka.
Responden
(A), (B) dan (C) telah dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata
terbuka dari konstruk 1 sebelum intervensi ke konstruk 3 selepas intervensi.Ujian akhir telah menunjukkan
kesahahan dan kebolehpercayaan data.Pengkaji telah berjaya merancang satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dinamakan Buku DIBANMI untuk meningkatkan kemahiran membaca
perkataan suku kata terbuka responden (A), (B) dan (C).
5.0
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Dapatkah Buku DIBANMI meningkatkan kemahiran
membaca perkataan suku kata terbuka
dalam kalangan murid Pendidikan Khas?
Bagi menjawab persoalan kajian ini,
terdapat 2 alat kajian yang telah digunakan iaitu ujian minda semasa intervensi
dan ujian akhir. Dalam penilaian awal didapati responden tidak menguasai
kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka. Namun begitu, selepas intervensi
Buku DIBANMI diperkenalkan kepada semua responden didapati berlaku perubahan
yang sangat ketara pada responden. Dapatan daripada ujian minda dan ujian akhir
menunjukkan perubahan. Dapatan analisis daripada ujian akhir yang menggunakan konstruk 1 hingga konstruk 3 di
dalam instrumen membaca literasi membaca kesemua murid selepas intervensi
dijalankan dapat membaca perkataan suku kata terbuka bagi huruf yang dipelajari seperti [b], [a], i],
[u]. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian tersebut,telah berlaku
peningkatan yang ketara selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian
menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan minat dan keseronokkan murid dalam
kemahiran menamakan huruf vokal dan
konsonan [b], [a], [i] dan [u] serta berupaya membunyikan suku kata dan membaca
perkataan dengan betul. Hasil dapatan kajian ini juga menyokong penggunaan Buku
DIBANMI sebagai salah satu teknik yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran
membaca perkataaan suku kata terbuka murid Pendidikan Khas.
Dapatkah
penggunaan Buku DIBANMI dapat
meningkatkan kemahiran membaca frasa ayat suku kata terbuka dalam kalangan murid Pendidikan Khas?
Bagi menjawab persoalan kajian ini,
terdapat 2 alat kajian yang digunakan iaitu ujian minda semasa intervensi menggunakan konstruk
instrumen literasi membaca Pendidikan
Khas, Ujian akhir yang menggunakan konstruk instrumen literasi membaca Pendidikan Khas.Ujian ini dibuat
secara individu. Dapatan analisis
daripada ujian minda semasa intervensi
dan ujian akhir selepas
intervensi dijalankan menunjukkan bahawa kesemu murid dapat membaca frasa ayat
suku kata terbuka. Selain itu, murid juga menunjukkan mereka gembira semasa
aktiviti Buku DIBANMI dijalankan. Dapatan daripada kesemua alat kajian menunjukkan
bahawa Buku DIBANMI dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata
terbuka. Kesimpulannya
kemahiran didik hibur seperti bercerita dan nyanyian dengan berbantukan bahan
multimedia dalam pengajaran kemahiran membaca jika dilaksanakan dengan
menggunakan Buku DIBANMI secara cekap
dan teratur akan meningkatkan kemampuan menguasai kemahiran membaca suku kata
terbuka dalam kalangan murid Pendidikan
Khas. Murid berminat untuk belajar jika teknik pengajaran yang digunakan sesuai
dengan naluri mereka. Apabila murid sudah berminat, sesuatu kemahiran yang diajarkan akan lebih
mudah dipelajari seterusnya difahami oleh mereka.
5.1 Kesimpulan
Kesimpulannya,
penggunaan Buku DIBANMI dapat meningkatkan
kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka murid Pendidikan Khas. Hal ini
adalah berdasarkan hasil analisis kesemua data yang menunjukkan perkara yang
sama iaitu peningkatan sebanyak 100 peratus pada kemahiran membaca frasa
ayat untuk semua responden dan kemahiran
membaca perkataan peningkatan sebanyak 37% untuk responden (A), 64% peratus
untuk responden (B) dan 46% untuk
responden (C).
Walau bagaimanapun, kajian lanjutan
diperlukan untuk mencapai objektif-objektif lain bagi memperkukuhkan lagi
kajian yang dijalankan. Pengaplikasian buku DIBANMI ini tidak hanya terhad kepada huruf vokal dan
konsonan yang digunakan pengaji sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan boleh
dilaksanakan dengan melibatkan semua huruf vokal dan konsonan dengan
menggunakan kaedah yang sama bagi
membantu muri meningkatkan kemahiran membaca perkataan dan frasa ayat.
Hasil dapatan memberi implikasi
bahawa berlakunya peningkatan tahap keupayaan murid untuk membaca perkataan dan
frasa ayat suku kata terbuka bagi huruf [b], [a], [i] dan [u]. Menyedari
kejayaan ini, maka kajian lanjutan yang berkaitan boleh dijalankan adalah
dengan menyediakan bahan pengajaran membaca suku kata terbuka yang melibatkan
abjad yang lain. Selain itu, penyediaan cakera padat untuk bahan yang
mengaplikasikan teknik ini juga boleh dibangunkan supaya murid dapat
menggunakan teknik ini secara digital dan berupaya menjalankan pembelajaran
kendiri. Hal ini juga selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang
semakin pesat di dalam dunia pendidikan.
Seterusnya,
diharap kajian ini dapat membuka jalan kepada usaha-usaha lain dalam menerokai
cara meningkatkan lagi tahap pemahaman dan kemahiran murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah secara khususnya dan dalam mata pelajaran lain
secara umumnya.
6.0 RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian,Norhashimah
Hashim,Shamsudin Othman.(2012). Multimedia Interaktif mempertingkatkan
Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid- Murid
PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Universiti Putra Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan.( 2008). Buku manual Kajian
Tindakan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Edi Mohd Ezral (2011). Penggunaan Teknik Nyanyian dapat
meningkatkan Penguasaan Kosa kata Dalam Kalangan Murid Pra Sekolah. Latihan
Ilmiah: IPGKampus Bahasa Melayu.
Hanidah Ahmad. (2009). Meningkatkan
Kemahiran Membaca Perkataan yang mengandungi Suku
Kata KV+KVK melalui teknik
latih tubi. Open Universiti Malaysia, 1-55.
Mohd.Ali Muda(1994).Isu Kreativiti dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan.Warta Pendeta.Jurnal Pendidikan Terengganu 1( 1):
53-60
Isahak Haron.(2012).Literasi 2M.Membaca dan
Menulis Bahasa Malaysia KSSR (Program
Linus) Tahap 1.Petaling Jaya: Penerbitan Ilmu bakti Sdn.Bhd.
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof,
Zaridah Ramli.(2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mashudi Bin Bahari,Zainiyah bt
Md.Zain,Dr.Nurfarah Lo Abdullah.( 2012).Didik
Hibur: Satu Alternatif Pendekatan Pengajaran membaca
dalam KalanganPelajar Linus.Kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Pendidikan bandung, 14- 15 Jun 2012
di Universiti Bandung.
Mohad Anizu Mohdnor & Ernie Suliana
Md.Shariff (2010).Prestasi Kemahiran Motor
Halus dan Motor Kasar Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement
Assessment Battery For Children( MACB).Jurnal Of Science Dicect Volume23,
Issue I June 2004,49-60 Universiti
Teknologi Malaysia.
Noor Ainsha (2009), Keberkesanan Teknik bercerita Dalam Mengajar Kemahiran Mengeja KV+KVK Dalam Kalangan Murid
Pemulihan Di SK KiarLIlmiah: IPG Kampus Bahasa
Melayu.
Rohizani Yaakub& Hazri Jamil(2009).Panduan bercerita untuk Pra Sekolah.Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Ulasan
Catat Ulasan