Semantik analisis berkenaan sajak beberapa orang penulis
1.0
Pengenalan
Perkataan semantik berasal
daripada perkataan Greek sema yang bererti"tanda"(sign).‘
sema ’juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya
kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Perkataan
semantics telah diperkenalkan oleh
seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun(1883) dalam makalah
beliau yang bertajuk,“Les Lois Intellectuelles
du Langage” .Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik
mempunyai kedudukan tersendiri diluar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar
belakang perubahan makna, hubungan perubahan
makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi.(Aminuddin,1985:16). Daripada
sinilah terbitnya
istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.
2.0
Konsep
semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang
bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang
diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Menurut
Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun,
semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya
yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik
dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti.
Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan
dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan
makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada
hubungan semantik. Kata-kata
dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan
kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang
sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang
maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang
mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi
(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa
perkataan yang mempunyai satu makna).
3.0
Teori-teori berkaitan dengan kewujudan makna serta perubahan
makna
3.1
Teori
kewujudan makna
Teori kewujudan makna
terdiri daripada Teori Behaviourisme, Teori
Analisis Komponen, Teori Tekanan Sosial,
Teori Onomatopedia, Teori Seruan, Teori Ding Dong, Teori Yo-He-Yo, Teori
Isyarat, Teori Permainan Vokal dan Teori
Imejan.
a) Teori
Behaviourisme
Teori Behaviourisme
ini perkenalkan oleh Ivan
Pavlov Teori ini menyatakan
bahawa bahasa wujud daripada operasi rangsangan dan gerak balas. Setiap
rangsangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami ketika bertutur
perlu dianalisa untuk memastikan setiap ujaran ditafsirkan dengan tepat.. Umpamanya ungkapan ‘saya berasa haus’
merupakan gelak balas terhadap rangsangan biologi dalam tubuh penutur. Ungkapan
‘ saya hendak makan tembikai’ terhasil setelah penutur ternampak tembikai yang
merah menyala. Saraf mata penutur menghantar maklumat kepada otak. Otot lidah
pula mengeluarkan air liur (proses biologi), ini akan merangsang keinginan
penutur untuk memakan tembikai dan gerak balasnya adalah ujaran ‘saya hendak makan
tembikai’ dituturkan dari mulut.
b)
Teori Analisis
Komponen,
Teori Analisis Komponen diperkenalkan oleh Jacobson pada tahun 1938. Kemuadian terori ini
diperbaharui oleh Katz dan Fodor pada
tahun 1963. Teori Analisis Komponen memperkenalkan konsep fitur
distingtif. Kata kekerabatan berdasarkan jantina, perbezaan generasi dan darjah
pertalian. Teori ini menganalisis
menggunakan kata-kata kekerabatan. Fitur
(+) dan (-) digunakan untuk menandakan ada atau tiada fitur pada sesuatu
perkataan. Teori ini diperbaharui dengan pengenalan Konsep Penunjuk Semantik
dan Pembeza Semantik. Golongan medan makna manusia
iaitu lelaki, wanita, budak.
Fitur MANUSIA, DEWASA dan
JANTINA digunakan. Bagi LELAKI + MANUSIA + DEWASA.
Bagi BUDAK – DEWASA + LELAKI
+ PEREMPUAN
Warna adalah penunjuk
semantik. Kuning, biru, hijau, merah adalah pembeza semantik.
c) Teori Tekanan Sosial
Teori Tekanan Sosial diperkenalkan oleh Adam Smith. Teori Tekanan Sosial menyatakan
bunyi yang berbeza dicipta berdasarkan pengalaman yang berbeza . Semakin banyak
pengalaman, semakin banyak bunyi digunakan sebagai tanda atau pengertian Bunyi
yang dihasilkan daripada gong, tetuang,
beduk dan sebagainya yang berbeza
mengikut fungsinya seperti kematian, aktiviti gotong-royong dan sebagainya.
Contoh:bunyi buluh yang diketuk diketuk 10 kali membawa maksud ada penduduk kampung yang sakit.
d) Teori Onomatopedia
Teori Onomatopedia diperkenalkan oleh J.G.Herder. Teori ini merujuk sumber bunyi
daripada alam dan haiwan yang merujuk kepada penamaan sesuatu rujukan (benda) yang
disesuaikan dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut. Contohnya manusia
meniru bunyi haiwan atau alam, yang disesuaikan untuk mudah dibunyikan. Contohnya sumber haiwan ‘cak-cak’ ditambah ‘ci’ menjadi ‘cicak’ dan ‘kerik-kerik’
ditambah ‘ceng’ menjadi ‘cengkerik’. Bagi sumber alam contohnya ‘sir’ ditambah
‘de’ menjadi ‘desir’. Bagi contohsSumber persekitaran ‘ring’ menjadi dering dan ‘pang’
menjadi ‘lempang’ dan ‘ting’ menjadi ‘denting’.
e) Teori Seruan
Apabila seseorang kehairanan
keluarlah bunyi [o], berasa sakit [uh], melihat sesuatu yg jijik [i] .Bunyi
seperti ini disebut seruan.
Contoh:
Aduh, sakitnya kakiku!
f) Teori Ding Dong
Teori Yo-He-Yo diperkenalkan oleh Noire. Manusia menghasilkan bunyi akibat penggunaan
otot dalam kerja mengangkat benda berat dan meletakkan barangan tersebut. Ungkapan ‘yeh’ ‘hoh’’heh’’huh’ sering
didengar apabila manusia bekerja. Masyarakat yang tahu mengira pula telah mengira secara beramai-ramai untukmengangkat
sesuatu benda dengan menggunakan bunyi ‘tu’, ‘wa’, ‘ga’, yang bermaksud ‘satu’,
‘dua’, ‘tiga’. Oleh itu bunyi yang
dihasilkan manusia jelasnya mengandungi makna yang tertentu.
g) Teori Isyarat
Wilheim Wundt berpendapat manusia menyampaikan
bahasa menerusi :-
1. Gerakan Mulut/artikulatoris
2. Gerak mulut untuk menghasilkan ujaran
3. Gerakan Mimetik/gambaran
wajah
4. Untuk menyatakan emosi dan
perasaan
5. Gerakan Pantomimik
6. Gambaran gerak tubuh untuk
menyatakan sesuatu gagasan
h) Teori Permainan Vokal
Dipelopori oleh Jaserpen.Ujaran manusia yang
berbentuk bunyi dengung sukar difahami. Penyataan perasaan seperti gembira dan
melambangkan kasih sayang akhirnya mengubah bunyi vokal sehingga teratur dan bermakna.
i) Teori Imejan
Teori imejan merupakan pendekatan saintifik dalam
menghuraikan makna yang telah digunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik
tradisional.Makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada
dalam fikiran seseorang. Apabila sesuatu perkataan disebut, didengar atau
dibaca, maka mental/fikiran akan menggambarkan maksud dan memberi
tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan itu.
3.2
Perubahan
makna
3.2.1
Pengertian
perubahan makna
Perubahan semantik atau perubahan
makna seringkali bersamaan dengan perubahan sosial yang disebabkan oleh
peperangan, perpindahan penduduk, kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan,
ekonomi, budaya, dan faktor- faktor lainnya. Perubahan semantik atau perubahan
makna tersebut tentu saja dapat ditinjau dari berbagai segi. Perubahan makna
boleh dibahagikan kepada perluasan makna, penyempitan makna dan pemindahan
makna.
a)
Perluasan
makna
Perubahan pengalaman dan
budaya, konteks dan pengetahuan boleh meluaskan, menyempitkan juga mengubah
makna sesuatu kata. Menurut Abdul
Chaer. 2003. Linguistik Umum, apa yang
dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan makna adalah gejala yang terjadi
pada sebuah kata atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki satu makna,
tetapi kemudian kerana pelbagai faktor memiliki makna-makna lain. Contoh bentuk
peluasan makna menurut Chaer adalah kata “saudara”, pada mulanya bermakna
“seperut” atau “sekandung” kemudian berkembang maknanya menjadi “siapa sahaja
yang sepertalian darah”, akibatnya anak kepada adik-beradik ibu atau
bapa pun disebut saudara, dan lagi siapa pun yang mempunyai asal-usul yang sama
juga disebut saudara. Perkataan “saudara” pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara
kandung” telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ tanpa perlu ada pertalian darah atau kekeluargaan”.
Contohnya pengguna atau penutur bahasa
melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih
luas misalnya “ saudara sesama Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan
lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama.
Daripada contoh di atas, tanggapan penutur terhadap
sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perluasan makna perkataan itu sendiri.
Kemajuan sains dan teknologi banyak
perkataan yang telah mengalami perluasan makna. Sebagai contoh, perkataan
“taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun
bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan
perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako.
Perkataan “ sahaya” berasal dari
bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek
penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi
kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama. Demikianlan
perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna
bahasa memperluaskan makna bahasa itu
mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.
Selain daripada perkataan di atas,
perkataan “semangat” juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada
asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan
ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat
kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan
yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin
berjaya dalam hidup”
Selain daripada perubahan disebabkan
oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan
atau penyebab kepada perluasan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya
perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang
lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki
yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga
sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk
suaminya.
Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya,
kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi
khusus. Penyempitan
makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya memiliki
makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti kata ‘dai’
dalam bahasa Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang
menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai
lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu
‘pendakwah’ sahaja dan tiada makna lain. Keperluan penutur Melayu terhadap kata
ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan makna-makna lain
tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk
tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya
perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang
cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau
dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama,
seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah
pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”. Perkataan “pendeta”
asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang
tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di
sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian” ataupun paderi.
Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah
disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja, tetapi bagi
daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,
sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau
binatang antara kulit dan tulang” ( Kamus Dewan, 1994). Timbulnya kepentingan
membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk
menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang
berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” dijukan khusus kepada
kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan
atau antara ayat dengan ayat.
b)
Pemindahan
atau perubahan makna
Perubahan
makna secara mutlak juga berlaku. Contohnya perkataan pena
yang pada awalnya bermakna selembar bulu angsa. Tetapi sekarang sudah hilang atau lenyap, dan
yang kini masih ada iaitu hanya gambar ikon atau simbolnya saja. Sekarang ini muncul makna baru yang berbeza dengan makna
lama, iaitu menunjuk pada alat tulis yang memiliki tinta.
Perubahan
makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang”
dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “
kumbang dilambangkan untuk lelaki “ dan
“ bunga dilambangkan untuk perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama
sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga
dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah”
dimaksudkan dengan “ keberanian”,“hitam”dipadankan dengan “kesedihan dan
“putih” adalah “kesucian”. Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga
menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai”
dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan
perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “
Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan
kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angin” dan “ keluasan dan lapangnya
langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan
keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu
dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4
Pemindahan
makna juga berlaku dalam
makna asosiatif. Makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah
leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang
berada di luar bahasa. Abdullah Yusof. (2009:6) Makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan
oleh suatu masyarakat bahasa untuk menyatakan suatu konsep lain yang mempunyai
persamaan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau
leksem tersebut. Contoh: kata singa berasosiasi dengan garang. Begitu
juga dengan bidadari yang berasosiasi dengan sesuatu yang cantik dan menawan.
Di samping itu, menurut Ullman Pateda, Mansoer. 2001, Semantik Leksikal. , bahawa antara penyebab perubahan makna itu
adalah kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris ‘paper’
bermakna ‘kertas’ namun dalam bahasa Melayu masa kini kata ‘paper’ sering
diertikan dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar
atau perbincangan. Sekarang ini ‘paper’ juga di gunakan terhadap kertas peperiksaan yang diambil oleh
pelajar di dalam peperiksaan.
Pemindahan makna juga berlaku bagi simpulan
bahasa, peribahasa danbahasa
kiasan. Di dalam simpulan bahasa, peribahasa dan bahasa kiasan makna
yang diperoleh adalah berbeza dengan makna yang ditulis atau diujarkan.
Makna
kiasan adalah makna kata yang didasarkan
atas perasaan atau fikiran yang timbul daripada penyapa
dan manusia yang disapa. Contohnya dalam simpulan bahasa
buah hati, keras hati dan patah hati. Ketiga-tiga simpulan bahasa ini mempunyai
maksud yang berbeza. Di dalam simpulan bahasa buah hati adalah bermaksud kekasih, sementara keras hati adalah degil dan patah hati adalah perasaan kecewa. Perkataan dalam simpulan bahasa mempunyai
satu makna sahaja walaupun terdiri daripada beberapa patah perkataan.
Perubahan makna
juga berlaku dalam makna emotif. Menurut Sipley ( dalam Mansoer Pateda,
200:101) makna emotif adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara
atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau
dirasakan. Contohnya perkataan isteri,
bini, gundik, dan perempuan simpanan. Semuanya adalah melambangkan wanita yang
dimiliki oleh seseorang lelaki. Perkataan di atas adalah mempunyai makna yang
sama tetapi berbeza nilai bahasanya. Perkataan isteri dan bini digunakan untuk
wanita yang sah dinikahi . Tetapi perkataan bini kurang digunakan kerana
kedengaran kasar daripada segi nilai bahasa.
Sementara gundik dan perempuan
simpanan mempunyai makna yang berlawanan dengan isteri iaitu perempuan yang
dimiliki lelaki tanpa dinikahi.
Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan
perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan ‘saya hendak
kencing’ di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau ‘ saya hendak ke
tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu
sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan
yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik
selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan
perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk penggunaan bahasa
secara halus dan sopan.
Pemindahan
makna juga berlaku dalam makna piktorial. Menurut Shipley ( dalam Mansoer
Pateda,2001: 122 ) adalah makna yang muncul akibat bayang pendengar atau
pembaca terhadap kata yang di dengar atau dibaca. Makna piktorial adalah makna
suatu kata yang berhubungan dengan perasaan pendengar atau pembaca. Perasaan muncul
segera setelah mendengar atau membaca suatu seperti ekspresi yang menjijikkan, perasaan benci dan
perasaan gembira. Makna piktorial adalah makna yang menghadapkan manusia dengan
kenyataan terdapat perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata
yang diujarkan oleh penulis. Misalnya, rasa pedas adalah rasa yang boleh
dinikmati oleh lidah. Tetapi akan berubah tanggapan apabila melibatkan alat pancaindera telinga, seperti
Kata-katanya amat pedas. Kata
manis yang seharusnya digunakan oleh
alat perasa lidah berubah tanggapan
apabila melibatkan dengan alat pancaindera
mata, seperti Wajahnya sangat manis.
4.0
Kesimpulan
Perubahan
makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana
bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat
terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa
lain, serta faktor-faktor sosial seperti kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan
ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan
perubahan makna. Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada
peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur
ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang semantik atau makna. Aspek
makna amat penting dalam bahasa.
B. Analisis
sajak
1)
Pahlawan Kemerdekaan ~
Usman Awang
(Kepada
Pahlawan Pahang)
PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)
1.0 Maksud
sajak Pahlawan Kemerdekaan rangkap demi rangkap
a) Rangkap
1
Apabila
ada kematian seorang pahlawan yang tidak diketahui pusara dan tidak dikebumikan dengan
sempurna, penjajah mengatakan bahawa pahlawan itu adalah penderhaka. Hakikatnya itu adalah pahlawan yang
tulen. Peristiwa ini telah berlaku seabad yang lalu di negeri Pahang. Penjajah
datang menakluki Pahang bersama dengan kelengkapan iaitu senapang dan peluru. Penjajah menangkap dan
membunuh pahlawan.
b) Rangkap
2
Sungai
Semantan dipenuhi dengan darah. Sungai
tidak lagi dipenuhi sampah apabila mengalir ke hilir kuala. Bukan lagi rakit sahaja yang
mengalir ke hulu sungai. Sekarang ini sungai Pahang dipenuhi mayat pejuang yang
ditembak tujuh kali di dada pahlawan itu.
c)
Rangkap
3
Hidup
pahlawan adalah bertemankan dengan
derita dan penjara. Pahlawan tidak
mengharapkan jasa mereka mendapat
pengiktirafan. Pahlawan hanya mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Nama
dan jasa pahlawan terukir di jiwa rakyat jelata.
1.1 Maksud
keseluruhan
Sajak
ini menceritakan tentang
perjuangan Pahlawan di Negeri Pahang menentang Penjajah Inggeris yang ingin menakluki Negeri Pahang.
Peristiwa ini telah berlaku seabad yang lalu. Pahlawan Pahang yag mati
dibunuh dianggap sebagai penderhaka. Penjajah Inggeris berperang dengan pahlawan
Pahang dengan menggunakan senapang dan peluru. Air di Sungai Pahang dipenuhi
dengan darah pahlawan yang terkorban. Penjajah Inggeris membunuh pahlawan
dengan menembak pahlawan sebanyak tujuh kali di dada mereka. Pahlawan dapat mengelak diri daripada hidup derita dan hukuman penjara. Pahlawan tidak mengharapkan
pengiktirafan kepada setiap jasa yang mereka curahkan. Pahlawan sanggup
melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membebaskan
negara daripada dijajah oleh penjajah. Setiap jasa pahlawan dihargai dan
tersemat kukuh di jiwa rakyat.
1.2 Tema
Sajak Pahlawan Kemerdekaan yang ditulis oleh Usman Awang ini adalah
bertemakan patriotisme. Penyajak mengiktiraf dan menyanjung jasa pahlawan silam
yang berjuang mempertahankan negara demi
untuk mengekalkan negara menjadi negara yang berdaulat dan tidak dikuasai oleh
penjajah Inggeris. Contoh pengiktirafan
dan sifat sanjungan penyajak adalah:
semangatmu
api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
1.3 Persoalan
Persoalan dalam sajak pahlawan ini adalah tentang
kesetiaan seseorang kepada negaranya. Jika seseorang itu mempunyai sikap
kesetiaan kepada negaranya, seseorang itu mesti sanggup untuk mempertahankan
negaranya daripada dijajah atau dicerobohi oleh penjajah asing. Contohnya dalam
bait berikut:
jika
hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Seseorang yang setia kepada negara mestilah
sanggup berkorban jiwa dan raga dan sanggup menempuhi penderitaan hidup,
kematian dan hukuman demi untuk
mengekalkan kedaulatan negara. Contoh dalan bait berikut.
Untukmu
derita untukmu penjara.
Seseorang
yang setia tidak akan mengharapkan pengiktirafan dari negara atas segala jasa
yang mereka curahkan. Contohnya di dalam
bait ayat di bawah ini:
bukan
bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
semangatmu api negara berdaulat
1.4 Bentuk
Sajak
Pahlawan mempunyai empat rangkap. Bilangan baris setiap rangkap tidak sama. Terdapat tiga hingga 6 baris dalam setiap
rangkap. Di dalam rangkap pertama terdapat lima baris ayat. Sementara di dalam
rangkap kedua ada tiga baris ayat. Di dalam rangkap ketiga terdapat enam baris
ayat dan rangkap yang keempat ada lima baris ayat. Bilangan perkataan dan suku kata dalam satu ayat adalah tidak sama. Terdapat
antara satu hingga lima perkataan dalam
satu baris. Contohnya baris sajak
Pahlawan Kemerdekaan yang mempunyai satu
perkataan adalah:
Pahlawan!
Contohnya baris sajak Pahlawan Kemerdekaan yang mempunyai lima perkataan adalah:
maka
engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Rima akhir sajak ini juga bebas. Di dalam rangkap
pertama rima akhirnya adalah b,a,a,a,a,a. Di dalam rangkap kedua rima akhirnya
adalah b,a,a,a. Sementara di dalam rangkap yang ketiga rima akhirnya adalah
a,b,c,d,d,d dan di dalam rangkap yang keempat rima akhirnya adalah a,b,b,c,c.
1.5 Gaya bahasa
a. Pemilihan
katanya atau diksinya yang indah (puitis
) adalah di rangkap keempat, baris yang kelima
iaitu namamu terukir di jantung rakyat.
b.
Penggunaan unsur gaya bahasa personifikasi ada di dalam
rangkap 3 baris yang keempat iaitu arus
merahnya menjulang mayat. Arus merah
telah diberikan sifat manusia iaitu menjulang mayat.
c.
Penggunaan unsur gaya bahasa hiperbola adalah di dalam
rangkap yang keempat baris yang keempat
iaitu semangatmu api negara
berdaulat. Semangat pahlawan telah
dibuat perbandingan melampau sebagai api
untuk sebuah negara yang
berdaulat ( tidak dijajah).
d. Contoh
unsur bunyi yang terdapat di dalam sajak
Pahlawan Kemerdekaan adalah asonansi iaitu pengulangan bunyi vokal a, di dalam
rangkap pertama baris keempat iaitu jika namamu tanpa bunga.
e.
Pengulangan perkataan adalah mu dan
jika telah digunakan penyajak di dalam sajak ini bagi membuat penekanan dan menarik perhatian.
Contohnya di dalam rangkap pertama di
dalam baris kedua,ketiga,dan keempat seperti berikut:
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
Pengulangan perkataan bukan juga ada digunakan di dalam sajak ini iaitu di dalam rangkap yang ketiga di dalam baris kedua dan ketiga.
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
bukan rakit mudik ke hulu
1.6 Nada
Nada Sajak
Pahlawan kemerdekaan adalah mengajak
manusia untuk melihat sejarah perjuaangan pahlawan Negara dalam mengharungi
saat negara akan dijajah oleh Penjajah Inggeris. Penyajak menyanjung semangat
pahlawan yang sanggup berkorban jiwa dan raga di dalam usaha untuk
mempertahankan kedaulatan Negara tercinta. Penyajak hendaklah mempunyai nada
tinggi, tegas dan lantang dalam menyampaikan mesej dalam sajak ini. Sajak
Pahlawan Kemerdekaan adalah bernada patriotik.
1.7 Nilai
Nilai yang terdapat di dalam sajak ini adalah kesetiaan.
Penyajak menyatakan bahawa pahlawan yang
terkorban yang digelarkan sebagai
penderhaka oleh penjajah merupakan pahlawan yang
tulen. Pahlawan ini sanggup berjuang menentang penjajah demi kesetiaan
untuk mempertahankan kedaulatan negara
tercinta.
Penyajak
juga menegaskan bahawa pahlawan ini juga mempunyai sifat keberanian menentang penjajah yang mempunyai
senjata yang lebih canggih iaitu senapang dan peluru yang tidak dimiliki oleh
pahlawan.
Penyajak
juga menyifatkan pahlawan ini seorang yang sanggup berkorban jiwa
dan raga dalam perjuangan menetang penjajah. Pahlawan sanggup menempuh
penderitaan hidup, kematian dan hukuman penjara kerana sebuah perjuangan bagi
memastikan kedaulatan negara terjamin.
Penyajak
juga menyanjung tinggi sikap pahlawan yang
tidak mengharapkan pengiktirafan di atas setiap jasa yang telah mereka berikan
untuk negara tercinta.
1.8 Pengajaran
1. Setiap
warganegara mesti mempunyai semangat
kesetiaan kepada negara.
2. Sikap
keberanian untuk mempertahankan hak dan
kedaulatan negara mesti tersemat di
dalam setiap jiwa warganegara.
3. Warganegara yang sejati akan sanggup berjuang
bermati-matian untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.
4. Warganegara
yang unggul tidak akan mengharapkan balasan bagi setiap jasa dan keringat yang dicurahkan kepada Negara tercinta.
2)
Analisis
sajak Baha Zain bertajuk Remaja
REMAJA
(untuk para fasilitator dan peserta MPR)
(untuk para fasilitator dan peserta MPR)
Kulihat senyum mereka
cempaka harum sewaktu pagi
dimandi cahaya, seakan mendung tak pernah ada
disirami sinar, seakan senja tak bakal tiba.
Kalau aku piala dahaga merindukan masa lalu
kudengar muzik bergetar dalam dadamu
meraikan masa depan yang pasti berkunjung
kembara panjang yang remang berliku.
kalau aku hampir sampai ke perhujungan
kulihat waktu merayap memanjat urat-urat usiamu
engkau adalah ibu dan bapa , tua-tua masa depan
penyair yang bersuara berani, berbicara tentang kebenaran
seniman yang tegak berdiri, melukiskan warna zaman.
kudengar muzik bergetar
mencari arah di persimpangan
mencari wajah perjalanan
teriring doa dan,
Amin
Baha Zain
Dusun Permai
13 Disember, 2008
2.0 Maksud
sajak Remaja rangkap demi rangkap
a.
Rangkap
1
Penyajak
mengibaratkan senyuman remaja adalah
seumpama haruman bunga cempaka di waktu pagi. Senyuman remaja sentiasa
bersinar dan bercahaya.
b.
Rangkap
2
Penyajak
merasakan debar jiwa remaja untuk menghadapi liku-liku kehidupan pada masa
hadapan.
c.
Rangkap
3
Penyajak
menjelaskan bahawa perjuangan kehidupannya telah berakhir. Tetapi bagi diri remaja pula adalah sedang meniti
usia untuk menjadi pewaris peneraju perjuangan umat di masa hadapan. Remaja akan menjadi penengak kebenaran
dan dan memimpin ke arah kemajuan di masa hadapan.
d.
Rangkap
4
Penyajak
menekan bahawa perjalanan hidup harus diteruskan. Perjalanan itu haruslah
dengan mendapat keberkatan daripada yang maha kuasa yang sentiasa
mengiringi setiap kehidupan manusia.
2.1 Maksud
keseluruhan sajak bertajuk Remaja
Sajak
Remaja tulisan Baha Zain ini adalah nasihat daripada penyajak kepada remaja.
Penyajak merasakan kehidupan remaja
adalah merupakan kehidupan yang bahagia tanpa ada sebarang masalah. Penyajak juga dapat
merasakan bahawa jiwa remaja yang tidak sabar untuk melalui masa hadapan yang
penuh dugaan.Penyajak mengingatkan remaja supaya bersedia untuk menjadi
pemimpin pada masa hadapan. Remaja haruslah menjadi pemimpin yang memimpin ke
arah kebenaran semasa menerokai
kemajuan. Remaja juga haruslah memilih arah perjalanan hidup yang baik berdasarkan ajaran agama.
2.2 Tema
Tema
sajak adalah nasihat kepada remaja supaya menjadi pemimpin masa hadapan
yang memimpin ke arah kebenaran semasa menerokai kemajuan.
2.3 Persoalan
Persoalan
dalam sajak Remaja tulisan Baha Zain
adalah tentang nasihat seorang yang dewasa kepada remaja untuk menghadapai masa
yang mendatang. Penyajak mengetahui kehidupan remaja adalah sentiasa gembira
tanpa ada masalah besar yang melanda. Contoh bait yang menerangkan tentang
persoalan ini adalah:
Kulihat senyum mereka
cempaka harum sewaktu pagi
dimandi cahaya, seakan mendung tak pernah ada
disirami sinar, seakan senja tak bakal tiba.
cempaka harum sewaktu pagi
dimandi cahaya, seakan mendung tak pernah ada
disirami sinar, seakan senja tak bakal tiba.
Remaja mempunyai gelodak rasa
gementar untuk mengharungi kehidupan pada masa akan datang yang penuh dugaan. Contoh bait yang menerangkan tentang persoalan
ini adalah:
kudengar muzik bergetar dalam
dadamu
meraikan masa depan yang pasti berkunjung
kembara panjang yang remang berliku.
meraikan masa depan yang pasti berkunjung
kembara panjang yang remang berliku.
Kehidupan remaja akan menjadi dewasa
dan tua pada masa hadapan. Semasa itu remaja haruslah mampu menjadi pemimpin
yang memimpin ke arah kebaikan dan disamping berusaha meraih kemajuan. Contoh
baik yang menerangkan persoalan ini adalah:
kulihat waktu merayap memanjat
urat-urat usiamu
engkau adalah ibu dan bapa , tua-tua masa depan
penyair yang bersuara berani, berbicara tentang kebenaran
seniman yang tegak berdiri, melukiskan warna zaman
engkau adalah ibu dan bapa , tua-tua masa depan
penyair yang bersuara berani, berbicara tentang kebenaran
seniman yang tegak berdiri, melukiskan warna zaman
Setiap langkah dalam kehidupan
mestilah mengikut garis panduan yang diajarkan oleh agama supaya perjalanan
hidup tidak tersasar ke arah jalan
kehidupan yang merosakkan. Contoh bait yang menerangkan persoalan ini adalah:
kudengar muzik bergetar
mencari arah di persimpangan
mencari wajah perjalanan
teriring doa dan,
Amin
mencari arah di persimpangan
mencari wajah perjalanan
teriring doa dan,
Amin
2.4 Bentuk
Sajak
ini mempunyai 4 rangkap. Rangkap pertama mempunyai empat baris. Rangkap yang kedua
mempunyai 4 baris. Sementara yangkap
yang ketiga adalah mempunyai lima baris.
Rangkap yang kelima mempunyai lima
baris. Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris juga bersifat bebas. Jumalah
patah perkatah yang paling sedikit adalah satu patah perkataan iaitu perkataan amin di rangkap keempat dan baris yang kelima. Sementara patah perkataan yang terbanyak
adalah di rangkap yang ketiga dan baris
yang keempat. Rima sajak Remaja karya
Baha Zain adalah bebas. Rangkap pertama rimanya adalah a,b,a,a. Di dalam
rangkap yang kedua rima akhirnya adalah a,a,,b,a. Sementara rangkap ketiga rima
akhirnya adalah a,b,a,a,a dan rangkap yang keempat rima akhirnya adalah
a,b,b,b,b.
2.5 Gaya Bahasa
a. Pemilihan
katanya atau diksinya yang indah (puitis
) adalah di rangkap keempat, baris yang kelima
iaitu:
Kalau aku piala dahaga merindukan masa lalu
b. Penggunaan unsur gaya bahasa personifikasi ada di dalam
rangkap 3 baris yang pertama iaitu:
kulihat waktu merayap memanjat
urat-urat usiamu .
Waktu
telah diberikan sifat manusia iaitu merayap
dan memanjat urat-urat usiamu.
c.
Penggunaan unsur gaya bahasa anafora atau pengulangan kata pada awal baris adalah di dalam rangkap yang
keempat baris yang kedua dan ketiga iaitu
:-
mencari arah di persimpangan
mencari wajah perjalanan
mencari wajah perjalanan
d) Penggunaan unsur gaya bahasa metafora iaitu perbandingan
secara langsung ditemukan dalam sajak
Remaja tulisan Baha Zain didalam rangkap pertama baris pertama dan kedua iaitu:
Kulihat senyum mereka
cempaka harum sewaktu pagi
cempaka harum sewaktu pagi
Senyuman remaja dibandingkan secara langsung
dengan cempaka harum sewaktu pagi.
d. Contoh
unsur bunyi yang terdapat di dalam sajak
Pahlawan Kemerdekaan adalah aliterasi
iaitu pengulangan bunyi konsonan s, di dalam rangkap pertama baris keempat iaitu ndisirami sinar,seakan senja tak bakal tiba.
e)
Berapa bentuk pengulangan kata ditemui di
dalam sajak ini yang telah digunakan
penyajak di dalam sajak ini bagi membuat
penekanan dan menarik perhatian seperti kulihat,
kudengar, Contohnya di dalam rangkap pertama baris pertama dan rangkap keempat baris pertama.
1. Kulihat senyum mereka
2. kudengar muzik bergetar
2.6 Nada
Nada Sajak
Remaja merupakan nasihat kepada remaja
supaya menjadi pewaris yang berani didalam menyuarakan pendapat ke arah
kebenaran dan memimpin ke arah kemajuan
berdasarkan dan mengikut garisan kebenaran undag-undang. Remaja juga harus
menitik beratkan setiap tingkah laku dan perbuatan adalah mengikut lunas-lunas
yang baik dan memilih arah perjalanan hidup yang
berdasarkan ajaran agama. Sajak ini merupakan nasihat dan seruan kepada
remaja supaya menghargai masa remaja dan
menjadi bersedia mendokong tanggungjawab di masa depan. Sajak ini sesuai bernada sinis.
2.7 Nilai
Nilai yang
terdapat di dalam sajak remaja ini
adalah:
1.
Remaja tidak perlu terlalu ghairah
untuk menghadapi masa depan yang sememangnya penuh cabaran.
2.
Remaja perlu berani dan bersedia
untuk menempuh dugaan hidup pada masa hadapan.
3.
Remaja perlu bijaksana di dalam
membuat keputusan yang melibatkan masa hadapan.
4.
Remaja perlu mempunyai keyakinan
diri yang tinggi dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan ke arah kebaikan.
5.
Remaja perlu mempunyai sifat
rasional itu dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara yang dibuat dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.
2.8 Pengajaran
1.
Kita mesti berani menempuh dugaan
hidup.
2.
Kita hendaklah dapat membezakan
perkara yang baik dan perkara yang buruk.
3.
Kita hendaklah yakin diri dan mempunyai pendirian yang tetap.
4.
Kita
perlu bijaksana di dalam membuat keputusan yang melibatkan masa hadapan.
5.
Setiap perkerjaan yang dibuat mestilah diiringi dengan doa.
3. Analisis sajak Pendekar hasil nukilan
Nassury Ibrahim
Pendekar
(buat anakku)
Perlahan-lahan dia
membuka langkah mengangkat tangan
kemudian menari rentak perwira
sebentar dia berada di kiri
sebentar dia berada di kanan
telinga dan matanya di gerak lawan
dia tahu dia mesti hati-hati
berdepan dengan lawan
dia tahu dia mesti hati-hati
meski di luar gelanggang
dengan gerak tari dia lepas pukulan
dengan gerak tari dia tumpas lawan
demikian hidup
kita adalah pendekar
berlawan dengan waktu
mencari hidup beriktiraf.
Nassury ibrahim 1989
3.0 Maksud
sajak Pendekar rangkap demi rangkap
1.
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan pergerakan
pendekar semasa memulakan langkah.
2.
Rangkap 2
Penyajak menggambarkan pergerakan
pendekar yang sentiasa berubah ke kiri dan ke kanan sambil memerhatikan
pergerakan musuh yang ditentang.
3.
Rangkap 3
Penyajak
menerangkan bahawa seorang pendekar yang bijak perlu sentiasa berwaspada dengan
reaksi musuh yang ditentang.
4.
Rangkap 4
Penyajak
seorang pendekar perlu berwaspada terhadap
musuh pada setiap masa.
5. Rangkap 5
Penyajak
menerangkan bahawa pendekar yang akan menang dalam pertarungan adalah pendekar
yang bijak menggunakan pergerakan untuk membuat pukulan bagi menumpaskan lawan.
6. Rangkap 5
Penyajak
mengaitkan manusia dengan pendekar. Penyajak mengibaratkan kehidupan manusia
adalah seperti pendekar. Manusia perlu bergelut dengan waktu contohnya mentelaah
buku bagi mendapatkan kefahaman, membuat rujukan untuk mendapatkan bahan,
membuat kajian untuk mendapatkan pandangan masyarakat . Semuanya dilakukan bagi
memastikan kejayaan bagi setiap yang
perkara diusahakan. Kejayaan sesuatu
usaha yang dilakukan oleh seseorang individu itu akan menjadikan individu itu dipandang tinggi oleh masyarakat dan
membuatkan mereka mempunyai status yang tinggi di sisi masyarakat.
3.1 Maksud keseluruhan
Penyajak mengaitkan manusia dengan
pendekar. Penyajak mengibaratkan kehidupan manusia adalah seperti pendekar.
Pendekar membuat segala pergerakan yang dipelajari bagi menumpaskan musuh yang
ditentang demi sebuah kejayaan. Sementara
manusia perlukan asas ilmu pengetahuan, mempunyai strategi dan perancangan yang
terperinci, sanggup menghadapi masalah dan menyelesaikannya dengan baik serta cekap membahagikan masa .
Perkara ini penting bagi menjamin
sebuah kejayaan bagi seseorang individu.
Kejayaan seseorang individu itu akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka
juga akan memperoleh satu tingkat status yang tinggi di sisi masyarakat.
3.2 Tema
Tema
sajak adalah nasihat kepada anak-anak supaya
berusaha menggunakan segala akal,
kudrat dan tenaga dan kemahiran yang
dimiliki serta bijak menggunakan masa
bagi memastikan diri memperolehi
kejayaan.
3.3 Persoalan
I.
Seseorang perlu asas pengetahuan
untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya dalam rangkap yang pertama
Perlahan-lahan dia
membuka langkah mengangkat tangan
kemudian menari rentak perwira
II.
Perlu mempunyai strategi untuk
memastikan usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil. Contoh dalam bait di
bawah:
dengan gerak tari dia lepas pukulan
dengan gerak tari dia tumpas lawan
III.
Perlu perancangan terperinci dalam usaha mencipta kejayaan. Contohnya dalam bait
di bawah:
sebentar dia berada di kiri
sebentar dia berada di kanan
telinga dan matanya di gerak lawan
IV.
Seseorang itu juga mesti bersedia
untuk menghadapi risiko yang yang mungkin
akan dihadapi dan cara mengatasi masalah itu.
dia tahu dia mesti hati-hati
berdepan dengan lawan
dia tahu dia mesti hati-hati
meski di luar gelanggang
V.
Perlu cekap membahagikan masa untuk membuat sesuatu kerja
bagi menjamin kejayaan.
kita adalah pendekar
berlawan dengan waktu
VI.
Kejayaan seseorang itu akan menjadi
manusia diterima dan disanjung oleh masyarakat. Contohnya dalam bait berikut:
mencari hidup beriktiraf.
3.4 Bentuk
Sajak ini mempunyai
enam rangkap. Rangkap pertama
mempunyai tiga baris. Rangkap yang kedua
mempunyai tiga baris. Sementara yangkap
yang ketiga adalah mempunyai dua baris.
Rangkap yang keempat mempunyai dua baris. Rangkap yang kelima mempunyai dua baris. Rangkap yang keenam mempunyai empat baris. Jumlah patah kata dan suku kata
dalam setiap baris juga bersifat bebas. Jumlah patah perkataan yang paling
sedikit adalah dua patah perkataan iaitu perkataan perlahan-lahan dia di
rangkap pertama dan baris pertama. Sementara patah perkataan yang terbanyak adalah di rangkap yang kedua dan baris yang ketiga.
Rima sajak Pendekar karya Nassury
Ibrahim adalah bebas. Rangkap pertama
rimanya adalah a,b,a. Di dalam rangkap yang kedua rima akhirnya adalah a,b,b.
Sementara rangkap ketiga rima akhirnya adalah a,b, dan rangkap yang keempat
rima akhirnya adalah a,b. Sementara rangkap ke lima dan keenam mempunyai rima
akhir a,a dan a,b,c,d.
3.5 Gaya
Bahasa
1.
Penggunaan unsur gaya bahasa personifikasi ada di dalam
rangkap enam baris
yang keempat iaitu:
berlawan dengan waktu
waktu
telah diberi sifat manusia berlawan
dengan waktu .
2. Penggunaan unsur gaya bahasa anafora atau pengulangan kata pada awal baris adalah di dalam rangkap yang
kelima baris yang pertama ,kedua dan
rankap kedua di baris pertama dan kedua iaitu :-
dengan gerak tari dia
lepas pukulan
dengan gerak tari dia
tumpas lawan
sebentar dia berada di
kiri
sebentar dia berada di
kanan
3.
Penggunaan unsur gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan
huruf vokal ‘e’ menimbulkan keindahan rentak bunyi.
Pengulangan bunyi memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contoh perulangan asonansi adalah dalam rangkap
pertama baris ketiga iaitu:
kemudian
menari rentak perwira
4.
Penggunaan unsur gaya bahasa aliterasi iaitu pengulangan
huruf konsonan ‘n’ menimbulkan
keindahan rentak bunyi. Pengulangan bunyi memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contoh perulangan
asonansi adalah dalam rangkap ketigaa baris kedua iaitu:
berdepan
dengan lawan
3.6 Nada
Nada Sajak
Pendekar merupakan nasihat kepada anak-anak supaya menjadi manusia yang mempunyai
ilmu pengetahuan, mempunyai
strategi dan membuat perancangan yang terperinci di dalam tugasan yang hendak
dilakukan, sanggup menghadapi masalah dan
mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah . Anak-anak juga perlu bijak
menggunakan masa semasa melakukan tugasan.
Perkara ini penting bagi menjamin
sebuah kejayaan bagi seseorang
individu. Kejayaan seseorang individu itu akan dipandang tinggi dan disangjung tinggi oleh masyarakat. Sajak ini sesuai bernada sinis.
3.7 Nilai
Nilai
yang terdapat di dalam sajak Pendekar ini adalah:
1.
Anak-anak perlu ada asas pengetahuan tentang sesuatu
perkara yang hendak dilakukan.
2.
Anak-anak ada strategi semasa melakukan perkara yang dirancang.
3.
Anak-anak perlu merancang dengan
terperinci perancangan yang mahu
dijalankan.
4.
Anak-anak perlu berani
menerima risiko dan perlu bersedia dengan langkah-langkah untuk
menyelesaikan masalah.
5.
Anak-anak perlu cekap dan bijak
membahagikan masa supaya tugasan dapat diselesaikan mengikut masa yang
ditetapkan.
6.
Kejayaan anak-anak akan membuatkan
anak-anak diterima dan diiktiraf oleh masyarakat.
3.8 Pengajaran
1.
Kita mesti ada asas pengetahuan
untuk melaksanakan suatu tugasan yang dipilih.
2.
Kita hendaklah merancang dengan
teliti segala perancangan dibuat.
3.
Kita hendaklah mempunyai strategi
untuk melaksanakan tugasan.
4.
Kita
perlu bijaksana membahagikan masa semasa menjalankan tugasan.
5.
Kita mesti berani menerima risiko
dan bersedia dengan langkah-langkah untuk
menyelesaikan masalah.
6.
Kejayaan yang kita dikecapi akan diiktiraf oleh masyarakat.
Analisa sajak
Wau
Kau
sebenarnya bukan wau
kau
sebenarnya bukan kau
tapi
kertas sobekan
terkatung-katung
megah
di
langit kesuraman
berdansa
demi
mekar mewangi
bibir
kelana.
Layang
kau bermusim
kau
cambah detik ke detik
tika
tandang temasya
langit
perlu jadi pelangi
tamu
akan kunjungi.
Pabila
tonil tamat
temasya
tamat
langit
kembali kesuraman
kau
kembali kepiatuan
bercumbu
buana
bergelumangkan
lumpur
bergelimangkan
onak
kucup
ratusan kaki
sorakan
perwiraanmu
di
langit mega.
Esok,
lusa dan selamanya ...
akan
diundang kau
akan
dilayangkan kau
ke
angkasa
demi
mencorakkan langit kesuraman
demi
menceriakan wajah kebengisan
kerana
kau ialah WAU!
Dewan
Sastera, Januari 2003
4.0 Maksud sajak sajak Wau Nukilan Raja Rajeswari Seetha Raman
Rangkap 1
Penulis
mentafsirkan wau sebagai kertas yang dicarikkan yang sedang melayang-layang di
langit yang mendung. Wau melayang
seumpama menari untuk menghiburkan
pengunjung yang datang.
Rangkap 2
Permainan
wau adalah bermusim. Permainan ini berkembang dari semasa ke semasa.Ketika
pesta wau dijalankan langit bertukar menjadi berwarna-warni dipenuhi warni. Ini menjadi tarikan untuk
pengunjung datang untuk memeriahkan pesta wau.
Rangkap 3
Apabila
pesta wau berakhir, langit kembali redup. Wau tidak di pedulikan lagi. Wau akan
tersadai di bumi, dipalit dengan lumpur, dan disaluti oleh akar yang menjalar, dipijak oleh ratusan kaki
. Wau hanya hebat di atas langit sahaja.
Rangkap 4
Wau
akan terus diterbangkan di udara. Wau digunakn untuk menghiasi langit yang
redup dan menceriakan wajah yang sedang marah. Itulah sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh sebuah wau.
4.1 Maksud keseluruhan
Sajak
ini menceritakan tentang wau. Wau mengikut pendapat penulis sajak
adalah kertas yang dicarikkan dan dilayangkan ke udara. Wau ini akan melayang
untuk menghiburkan pengunjung yang datang. Semasa pesta wau dijalankan langit
akan menjadi bewarna-warni dipenuhi wau yang pelbagai warna dan rupa. Apabila pesta wau berakhir, langit akan
kembali suram. Wau akan terus
dipinggirkan. Wau akan tersadai di bumi,dipalit dengan lumpur dan disaluti oleh
akar yang menjalar dan hanya layak dilanyak dengan kaki. Permainan wau akan
terus dimainkan. Wau mampu mencantikkan langit yang redup dan menceriakan wajah
yang sedang marah. Itulah peranan sebuah wau.
4.2 Tema
Tema
sajak adalah perasaan simpati penulis sajak kepada sebuah wau. Wau hanya digunakan apabila pesta
wau yang dijalankan secara bermusim. Apabila pesta wau telah tamat, wau tidak
mempunyai nilai lagi. Wau hanya dibiarkan tersadai di atas tanah, dipalit
dengan lumpur, dan disaluti oleh akar
yang menjalar dan dibiarkan dilanyak
dengan kaki.
4.3 Persoalan
1.
Perlu sikap menghargai sesuatu
perkara sepanjang masa.
2.
Perlu menyayangi dan mengekalkan tradisi
warisan seperti wau.
4.4 Bentuk
Sajak ini mempunyai
empat rangkap. Rangkap pertama
mempunyai lapan baris. Rangkap yang
kedua mempunyai lima baris. Sementara
yangkap yang ketiga adalah mempunyai
sepuluh baris. Rangkap yang
keempat mempunyai dua baris. Rangkap yang kelima mempunyai dua baris.
Rangkap yang keenam mempunyai
tujuh baris. Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris juga
bersifat bebas. Jumlah patah perkataan yang paling sedikit adalah satu patah
perkataan iaitu perkataan berdansa di rangkap
pertama dan baris keenam. Sementara patah perkataan yang terbanyak
adalah empat patah perkataan. Setiap
rangkap ada sahaja yang mempunyai empat patah perkataan. Rima sajak adalah bebas. Rangkap pertama rimanya adalah
a,a,b, c,b,d,e,d. Di dalam rangkap yang kedua rima akhirnya adalah a,b,c,b,d,d.
Sementara rangkap ketiga rima akhirnya adalah a,a,b,b,c,d,e,f,a,c dan rangkap
yang keempat rima akhirnya adalah a,b,b,a,c,c,d.
4.5 Gaya Bahasa
1. Pemilihan
katanya atau diksinya yang indah (puitis
) adalah di rangkap pertama, baris yang kelapan
iaitu:
bibir kelana
2.
Penggunaan unsur gaya bahasa personifikasi ada di dalam
rangkap kedua baris
yang ketiga iaitu:
Tika tandang temasya
Temasya
telah diberi sifat manusia iaitu tandang.
3. Penggunaan unsur gaya bahasa anafora atau pengulangan kata pada awal baris adalah di dalam rangkap
pertama baris yang pertama ,kedua dan
rangkap keempat di baris lima dan keenam iaitu :-
Kau
sebenarnya bukan wau
kau
sebenarnya bukan kau
demi mencorakkan langit kesuraman
demi menceriakan wajah kebengisan
4
Penggunaan unsur gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan
huruf vokal ‘e’ menimbulkan keindahan rentak bunyi.
Pengulangan bunyi memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contoh perulangan asonansi adalah dalam rangkap
pertama baris ketujuh dan rangkap keempat
baris ketujuh iaitu:
demi mekar mewangi
kerana
kau ialah WAU
5.
Penggunaan unsur gaya bahasa aliterasi iaitu pengulangan
huruf konsonan ‘t’ menimbulkan keindahan rentak bunyi.
Pengulangan bunyi memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contoh perulangan asonansi adalah dalam rangkap
kedua baris ketiga iaitu:
tika tandang temasya
4.6 Nada
Nada
Sajak wau merupakan perasaan simpati
kepada nasib wau yang akan digunakan apabila musim pesta wau tiba dan wau
seakan terbiar apabila musim pesta wau berakhir. Nada yang sesuai adalah
melankolik.
4.7 Nilai
Nilai
yang terdapat di dalam sajak Wau ini
adalah:
1.
Masyarakat perlu menghargai warisan
tradisi seperti wau.
2.
Peranan wau sebagai warisan tradisi mesti diiktiraf sepanjang
masa bukannya bermusim seperti sekarang.
3.
Wau perlu diberikan disimpan dengan
baik walaupun setelah tamat sesuatu
pesta wau.
4.8 Pengajaran
1.
Kita mesti menghargai warisan
tradisi seperti wau.
2.
Kita hendaklah menyimpan wau dengan
baik walaupun selepas temasya.
3.
Kita perlu menghormati dan menyayangi hasil kerja diri sendiri dan
orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan