RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA MENGGUNAKAN  BUKU  DIBANMI

Tarikh                                      :  20.8. 9.2015
Masa                                       : 7.30 pagi – 8.30 pagi
Tahun                                      : 1 Anugerah
Bilangan murid                        :  4 orang

Mata pelajaran                        : Bahasa Malaysia


Tema                                       : Kemasyarakatan
Tajuk                                       :   Tiga sahabat
Standard kandungan              : 4.2 Membunyikan suku kata

Standard pembelajaran          : 4.2.1 Membunyikan suku kata KV                                                              

Objektif pembelajaran                        :  Pada akhir  pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
               1. Menyebut  3 huruf [b],[u],[a] dan [i] dengan betul
                                                   2..Menyebut  dengan betul suku kata  [ba], [bi], [bu].
                                                   3. Membaca perkataan [ baba], [babi], [babu] , [bubu] dengan                                                              betul.                                             
Elemen merentasi kurikulum    :  Sains, Nilai murni, Muzik, Pendidikan Jasmani
Nilai murni                                :  Hubungan mesra, menghormati rakan,bertolak ansur.
Elemen nilai tambah                : Kemahiran berfikir,  kecerdasan pelbagai, kreativiti dan inovasi
Bahan bantu mengajar             : Video lagu  Ladang Pak Atan, Video bunyi binatang, gambar                                                           burung, ulat, ayam, gambar itik, gambar, donut, pizza, gula-                                                            gula, kek,burger , gambar kartun upin dan ipin, bo bo boy, shin                                                           Can, Doraemon, basikal, kapal terbang, kereta api, kereta,bola                                                               power point, kad suku kata.                                                                                                                                     
Strategi PDP                              :Pemerhatian direktif, kolaboratif
Pengetahuan sedia ada murid: Murid biasa  menyanyi lagu menggunakan video lagu .


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Set induksi
( 5 Minit )

Lagu: Ladang Pak Atan   disediakan dalam CD



1.    Murid mendengar lagu Ladang Pak Atan

2.    Murid menyanyi  bersama video yang ditayangkan.

3.    Murid bersoal jawab tentang lagu.

kreativiti dan inovasi

KBT:Kemahiran berfikir




Langkah 1
( 10 minit )

  Watak burung,ulat, ayam dan itik.

Soalan:
1.    Namakan binatang ini.

2.    Apakah nama huruf ini?
( guru menunjukkan huruf b)

3.    Apakah nama huruf ini?
( guru menunjukkan huruf a)

4.    Apakah nama huruf ini?
( guru menunjukkan huruf i)

5.    Apakah nama huruf ini?
( guru menunjukkan huruf u)
6.    Guru bersoal jawab dihujung penceritaan setiap bahagian akti
viti  Buku DIBANMI.


1.    Murid  diperkenalkan watak burung,ayam dan ulat.

2.    Murid mendengar guru bercerita dengan menggunakan bahan di dalam power point.


3.    Murid bersoal jawab dengan guru.


KBT: Kemahiran berfikir

Nilai murni


KBT: Kecergasan pelbagai

Kecergasan interpersonal




Langkah 2
( 10 minit )

Persahabatan burung dan ayam,burung dan itik, burung dan ulat

Soalan guru:iapakah nama persahabatan  binatang ini?

1.    Apakah  kesukaan  dua sahabat ini ?



1.    Murid mendengar cerita guru
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang persahabatan burung dan ayam.
3.    Murid menjawab soalan menguji ingatan murid.

KBT:
Kemahiran berfikir

Langkah 3

( 15 minit )

 Cantuman suku kata

1.    [ ba+ ba]

2.    [ba + bi ]

3.    [ba+ bu]

4.    [bu + bu]

5.    [bubu baba]

6.    [bubu babu]

1.    Murid mendengar penerangan  guru

2.    Guru bersoal jawab dengan murid.


3.    Murid menjawab soalan menguji ingatan murid.




Kerja berkumpulan  secara kolaboratif

KBAT:
Strategi berfikir secara metakognitif



Nilai murni tolong menolong


Langkah 4

( 10 Minit )

Latihan kumpulan


·         Mencantum  suku kata yang dipelajari.

·         Menunjukkan kepada rakan suku kata yang telah dicantum.





1.    Murid mengambil  suku kata  yang diedarkan guru.

2.    Murid mencantum suku kata  yang diberikan guru.

3.    Murid menunjukkan hasil cantuman kepada guru.



Kemahiran berfikir

Nilai murni-bertolak ansur –tidak berebut menggunakan warna yang disediakan.



Penutup
( 5 Minit )

Nilai murni
1.    Murid semuanya

2.    Murid mengikuti pelajaran dengan baik pada hari ini. Berikan tepukan untuk diri sendiri.
3.    Kita mestilah mengamalkan sikap yang baik.
·         Hubungan mesra dengan rakan.
·         Menghormati rakan.
.



1.    Murid menyanyikan lagu Ladang Pak Atan.

2.    Murid mendengar kesimpulan yang guru berikan tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.


kreativiti dan inovasi

Pergerakan kenestatik

Penerapan nilai  murni.







B. Aplikasi
Di dalam set induksi saya memilih lagu Tolong kami bantu kami untuk memulakan pengajaran. Saya memilih untuk menggunakan lagu tolong  kami bantu kami bagi menarik minat murid mengikuti  pelajaran. Lagu ini diperkenalkan  dalam filem Tiga Abdul. Ramai khalayak  yang mengetahui dan berminat dengan lagu  P.Ramlee ini. Lagu ini juga menarik dan sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan iaitu  sikap tolong menolong. Lagu ini bersesuaian dengan kaedah yang saya gunakan iaitu mengalami dan menghayati. Murid boleh menghayati lirik lagu dengan menyesuaikan dengan pengalaman masa lalu murid. Jika lirik lagu ini dihayati  ianya  boleh menimbulkan rasa insaf dalam diri murid-murid. Dengan cara ini murid mudah untuk menghayati cerita akan diperkenalkan nanti oleh guru.
            Di dalam langkah pertama, saya menayangkan  sorotan cerita berkaitan pengemis yang sedang meminta sedekah.  Saya  gunakan video ini untuk menarik minat murid terlebih dahulu  untuk menceritakan pengalaman mereka tentang  situasi semasa berjumpa dengan individu yang  memerlukan bantuan. Saya juga mahu murid menceritakan pengalaman mereka menerima bantuan orang lain kerana berberapa masalah contohnya dihantar pulang oleh guru kerana ketinggalan bas dan sebagainya. Menurut Saedah Siraj ( 1985), dalam Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman dan Amanah Mohd.Noor, asas  kepada kaedah ini ialah pengalaman, perenungan dan penganalisisan. Murid dilatih membuat analisis pengalaman sendiri secara bebas tanpa terikat kepada pendapat orang lain ,teks yang dikaji mahupun pangarang itu sendiri.  Saya juga ingin mencungkil perasaan murid apabila seandainya mereka juga terdiri daripada insan yang memerlukan pertolongan seperti peminta sedekah ataupun anak-anak yatim.  Mengikut kaedah mengalami menghayati, murid perlu menghayati dahulu seni sastera yang diperkenalkan dahulu  dalam bilik darjah. Penghayatan akan berlaku dengan adanya pertembungan antara pengalaman lama dengan pengalaman yang baru didapati daripada karya.
            Saya menggunakan teknik  soalan terbuka dan  video peminta sedekah yang sedang meminta sedekah dan cara mereka menerima layanan daripada orang ramai. Teknik ini  menggabungkan pengalaman murid atau peristiwa   yang akan dipelajari daripada karya sastera  dan menimbulkan penghayatan dari isi pelajaran iaitu sikap tolong menolong sesama makhluk. Contoh soalan yang saya akan ajukan  kepada murid adalah: Pernahkan kamu melihat situasi orang meminta pertolongan? Di mana tempat itu? Bagaimanakah tindakan kamu? Adalah kamu pernah mengalami peristiwa ditolong oleh orang lain?  Apakah perasaan kamu jika kamu melihat peminta sedekah dilayan dengan kasar oleh orang ramai. Kamu rasa patutkah perkara ini berlaku?  Video ini akan melahirkan perasaan yang mendalam dalam jiwa murid dan mereka mudah untuk menghayati peristiwa itu.Mereka juga boleh mengingati semula pengalaman yang pernah mereka alami.Dengan cara ini lebih mudah murid meluahkan isi hati dan perasaan  mereka berkenaan peristiwa itu.
            Di dalam langkah yang kedua guru mengedarkan petikan Burung Merpati dan Semut kepada murid. Guru meminta murid untuk membaca petikan dan memahami petikan itu. Murid perlu menyelami isi karya secara mendalam. Murid perlu diberi masa dan peluang untuk membaca karya dan memperoleh kesan keseluruhan cerita untuk penghayatan. Petikan ini mengisahkan tentang seekor Burung Merpati yang sanggup menolong  Semut yang kelemasan di dalam sungai. Semut jatuh ke dalam sungai akibat kakinya  tergelincir semasa mencari makanan. Burung Merpati menolong Semut dengan cara  memberikan sehelai daun kepada semut yang sedang kelemasan.  Pada masa yang lain pula, Semut  telah membalas jasa Burung Merpati dengan cara mengigit kaki pemburu yang ingin menembak Burung Merpati.Guru perlu memberikan peluang untuk mengkritik, menganalisa dan membuat penilaian kepada sikap watak dalam karya. Dengan cara ini murid dibiasakan untuk meluahkan pendapat tentang sesuatu perkara serta belajar untuk berfikir secara kritis. Sekaligus bakat murid dalam menjana idea baru dapat diperkembangkan dan murid belajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mereka pelajari di dalam cerita Burung Merpati dan Semut.   Dengan cara ini juga  murid akan dapat  mengesan isi cerita dengan lebih mudah kerana isi cerita  itu adalah sama dengan perkara yang difikirkan oleh mereka pada masa itu. Justeru itu murid  lebih menghayati peristiwa  yang sedang dipelajari dengan lebih berkesan.    
            Di dalam langkah yang ketiga saya meminta murid di dalam  kumpulan untuk membina dialog tentang cerita Burung Merpati dan Semut. Setiap kumpulan mempunyai 5 ahli. Setiap ahli digalakkan untuk memberikan idea kepada ketua kumpulan untuk menghasilkan dialog cerita Burung Merpati dan Semut. Saya akan merangsang penghayatan murid dengan menggunakan video cerita Burung Merpati dan Semut dan juga dengan menggunakan gambar bersiri tentang perjalanan cerita. Murid akan bekerjasama dalam kumpulan untuk membina dialog cerita Burung Merpati dan Semut dengan cara mereka sendiri.  Kumpulan murid akan mempersembahkan lakonan kumpulan masing-masing di depan kelas dengan menggunakan watak Burung Merpati, Semut dan  pemburu.  Murid dapat membina dialog dengan baik dan seterusnya dapat melakonkan watak kerana murid telah menghayati perjalanan cerita Burung Merpati dan Semut. Murid digalakkan untuk membuat  dialog yang menarik untuk dipersembahkan kepada  penonton semasa sesi lakonan.
            Di dalam langkah keempat, saya menyediakan latihan kepada   murid yang menguasai kemahiran dan murid yang lemah. Murid yang menguasai kemahiran  perlu  menyambung ayat daripada bahagian A dan B untuk membentuk cerita  Burung Merpati dan Semut. Murid  yang mempunyai idea yang lain boleh juga mengolah ayat menjadi lebih menarik. Guru perlu menggalakkan kreativiti murid disamping mencungkil idea baru yang  kritis daripada murid. Murid perlu dibiasakan untuk meluahkan ilham yang bernas dalam penulisan yang dihasilkan.
            Bagi murid yang lemah, mereka perlu mencantumkan suku kata di dalam kumpulan A dan B. Murid juga digalakkan untuk cuba  membuat frasa ayat berkenaan cerita Burung Merpati dan Semut  daripada lembaran kerja yang diberikan guru. Guru perlu memberikan galakan sama rata kepada  setiap murid untuk mengeluarkan idea kreatif mereka. Galakan daripada guru ini akan menimbulkan inspirasi murid untuk mencuba melakukan yang terbaik seperti semut yang berusaha memanjat  anggota badan pemburu sehingga dapat  mengigit tangan pemburu sekaligus berjaya menyelamatkan Burung Merpati daripada ditembak.  
            Di dalam langkah yang terakhir saya meminta murid menyanyikan lagu tolong  kami bantu kami dan juga  menerapkan nilai-nilai murni yang ada di dalam cerita Burung Merpati dan Semut.  Nilai murni yang boleh diterapkan adalah sikap tolong menolong, sikap hormat menghormati,  dan belas kasihan sesama insan.  Murid perlu dirangsang untuk menjadikan nilai murni   yang ada dalam cerita itu sebagai pengajaran yang berkesan untuk dijadikan pedoman untuk mengharungi  liku-liku hidup di dunia sebenar. Cerita Burung Merpati   yang mengandungi nilai-nilai murni   mampu membantu kanak-kanak mempelajari cara menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana kaedah  penyelesaian yang digunakan oleh watak cerita. Cerita Burung Merpati dan Semut  mengajar  murid mencari jalan untuk menyelesaikan masalah,  menunjukkan cara  tindakan yang betul serta akibat sesuatu perbuatan sama ada positif atau negatif.  Nilai murni yang ditonjolkan pada watak cerita sama ada berdasarkan pengalaman yang sebenar mahu pun rekaan sememangnya memberi kesan positif pada diri kanak-kanak.  Cerita Burung Merpati dan Semut memberi tunjuk ajar  kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positif apabila  murid menghadapi masalah pada masa depan. Cerita  yang memaparkan   tentang masalah yang dihadapi watak    dan cara penyelesaian masalah oleh watak dalam sesebuah cerita  wajar diterapkan kepada kanak-kanak selalu. Hal ini bertujuan memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang realiti kehidupan  yang sebenar di samping membantu mereka menangani sesuatu permasalahan dengan bijak dan rasional. Bahan sastera juga  membentuk manusia agar menjadi lebih sensitif terhadap kehidupan dan boleh mengambil iktibar berdasarkan kehidupan masyarakat seharian.


   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)