BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN
1.0
Pengenalan
1.1 Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah pendidikan
Kebangsaan ini menjadi paksi utama dalam pembentukan Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia. Pembinaan kerangka
standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1.2 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa
pengantar di sekolah. Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan
kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan
sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah
air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.
1.3 Fokus
Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah
rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa
dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan
pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan
sosial dan kehidupan harian.
1.4 Kemahiran Bahasa
Kemahiran
bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
1.4.1 Kemahiran Mendengar
Kemahiran
mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,
serta dapat memberikan respons.
1.4.2 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang
betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan
tatabahasa yang betul.
1.5 Penekanan Konsep 5P
Strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang
berikut:
1.5.1 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat
mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran
atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
1.5.2 Penyerapan
Dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai
ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
1.5.3 Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan
segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil
terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
1.5.4 Pengayaan
Program
pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat,
dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan
dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran
dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang
ditentukan.
1.5.5 Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu
murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang
ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud,
alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara
berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
2.0
Pengayaan
Pelbagai persoalan akan
timbul apabila seseorang guru memikirkan tentang aktiviti pengayaan di bilik
darjah. Untuk siapa pengayaan diberikan? Adakah untuk semua murid? Bilakah
aktiviti pengayaan boleh dijalankan? Apakah bahan atau aktiviti yang sesuai
untuk pengayaan. Selain itu terdapat juga perkara yang menjadi sebutan setiap
guru apabila ingin melaksanakan proses pengayaan seperti tidak ada masa, sukar
menyediakan bahan dan kurang jelas cara perlaksanaannya. Jika diamati, masalah-masalah
ini tidaklah sukar untuk diatasi sekiranya guru telah memahami dengan jelas
konsep pengayaan dan menyedari bahawa program pengayaan amat penting dan perlu
diberi kepada murid.
Murid-murid merupakan individu yang berbeza dari segi
fizikal, mental, emosi serta dilingkungi dalam persekitaran yang berbeza. Oleh itu, keupayaan pembelajaran dan
penguasaan sesuatu kemahiran adalah berbeza. Guru harus memberi peluang kepada
setiap individu untuk memperluaskan pengetahuan mereka mengikut keupayaan dan
kemampuan masing-masing. Program pengayaan dirancang agar murid-murid dapat
memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka dan berpeluang
menjalankan aktiviti yang lebih mencabar.
Sesuai dengan perkembangan pendidikan kini yang tidak
lagi berpusatkan kepada guru, program pengayaan ini dapat memberi peluang
kepada murid untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran. Ini amat sesuai
dengan kehendak program pengayaan di mana proses pembelajaran bercorak belajar
sendiri, tanpa perlu banyak bimbingan guru. Melalui proses pengayaan ini murid
dapat memenuhi keperluan dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta dapat merangsang pemikiran mereka.
2.1 Konsep
pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan
kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam kelas
ataupun di luar waktu persekolahan. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk memperkembangkan
lagi minat, kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan
di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri,
kumpulan dan masyarakat.
2.2 Objektif pengayaan
Aktiviti pengayaan
disediakan untuk membolehkan murid:
a.
Menggunakan
kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa bagi memperluaskan lagi
pengalaman dan pengetahuan mereka.
b.
Menjalani
kegiatan-kegiatan yang lebih mencabar kebolehan mereka.
c.
Menggunakan
masa lapang dengan berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat.
d.
Melahirkan
daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja
sendiri.
e.
Memupuk
dan memperkembang asas kepimpinan.
f.
Menimbulkan
minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
g.
Meminati
dan mengusai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai
bahan dan sumber
pengetahuan.
2.3 Kumpulan sasar
Program pengayaan dalam
KBSR adalah dirancang untuk semua murid di dalam kelas sama ada kumpulan
cerdas, sederhana atau lemah. Kesediaan murid untuk mendapat sedikit atau
banyak pengalaman bergantung kepada
keupayaan dan kebolehan masing-masing dalam menguasai sesuatu kemahiran yang
ditetapkan. Dalam hal ini, tidak dinafikan murid-murid yang cerdas akan
mendapat lebih banyak aktiviti pengayaan
berbanding murid yang sederhana dan lemah.
2.4 Murid pengayaan
Murid pengayaan ialah murid
yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiran abstrak.
Mereka mempunyai kemampuan untuk menganalisa sesuatu
dan membezakan antara yang penting dan kurang penting seperti dalam kefahaman dan
menganalisis teks. Murid-murid ini juga mempunyai kelebihan koordinasi
pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Mereka
berupaya menerima konsep-konsep baru,
boleh mengingati kembali dan cerdas serta berpengalaman tentang alam
sekeliling. Murid ini juga mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas dan kreatif. Mereka berkebolehan
belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Murid-murid mempunyai darjah
kecerdasan yang tinggi berbanding rakan-rakan sebaya yang lain.
2.5
Prinsip program pengayaan
Guru harus mengambil kira
beberapa perkara dalam usaha untuk menyediakan aktiviti pengayaan. Aktiviti
yang disediakan harus memberi penekanan kepada aktiviti yang bersikap kreatif
dan eksperimental. Aktiviti ini juga
harus menekankan murid membuat kerja
sendiri dan hasilan kendiri. Aktiviti
juga harus menggunakan daya usaha sendiri. Aktiviti yang dirancang juga perlu memberi peluang murid untuk membina sifat kepimpinan sosial. Aktiviti juga
mestilah menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah. Aktiviti yang dijalankan juga mesti
melibatkan pembacaan luas.
2.5.1 Langkah-langkah
menjalankan program pengayaan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan.
1. Kumpulan Mengikut Kebolehan
Murid dibahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi dengan aras
kesukaran yang berbeza.
2. Aktiviti Pengayaan Serentak Dengan Aktiviti Pemulihan
Murid cerdas dan sederhana
menjalankan aktiviti pengayaan manakala murud-murid
lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan
cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti
pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi tumpuan
atau perhatian kepada murid-murid lambat yang menjalakan aktiviti pemulihan.
3. Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Pelbagai
Kebolehan
Murid-murid cerdas dilatih
membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan. Murid-murid cerdas
dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam
kumpulan masing-masing.Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti
yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan
ialah kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.
2.5.2 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan
1. Pilihan Murid
Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak
formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid untuk
memilih dan menjalankan aktiviti yang disediakan. Bagi murid cerdas dan
sederhana bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan
aktiviti pengayaan yang diberikan adalah
berbentuk belajar sendiri.Tumpuan guru lebih diutamakan untuk membimbing dan
membantu murid-murid yang lambat. Memandangkan murid-murid lebih senang
berinteraksi dengan rakan sebaya, guru bolehlah pada masa-masa tertentu
mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka. Cara
ini buka sahaja berfaedah kepada
murid-murid yang lambat, tetapi juga berfaedah kepada murid-murid yang cerdas
kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di
samping itu, bakat kepimpinan dapat dikembangkan dan semangat kerjasama dapat dipupuk diantara mereka. Setelah
murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka
hendaklah diberi penghargaan, contohnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan
perbincangan kelas.
2. Pilihan Guru
Aktiviti pengayaan biasanya
dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut keupayaan mereka.
Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia
hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk
sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
2.5.3 Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Untuk melaksanakan aktiviti
pengayaan, guru haruslah mengambil kira beberapa perkara seperti objektif,
ruang dan tempat, masa, aktiviti dan bahan.
a. Objektif
Guru perlu melihat kumpulan
sasar mereka supaya aktiviti yang diberi sesuai dengan kemampuan serta tahap
pencapaian murid. Semasa menentukan objektif kumpulan dalam aktiviti pengayaan
guru perlulah memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti objektif
kumpulan hendaklah berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang sama. Peringkat
kesukaran bagi objektif kumpulan hendaklah berbeza dan bersesuaian dengan
kebolehan dan taraf pencapaian kumpulan masing-masing.
Peringkat pencapaian minimum bagi setiap kumpulan hendaklah bersesuaian dengan
kebolehan kumpulan masing-masing.
b. Ruang dan Tempat
Dalam konteks KSSR,
biasanya murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas,
sederhana dan lambat. Pada dasarnya, bilangan murid dalam setiap kumpulan
adalah berbeza. Kebiasaannya kumpulan sederhana adalah lebih besar bilangannya
berbanding kumpulan cerdas dan lambat. Walaupun begitu, murid tidak kekal dalam
kumpulannya berdasarkan pencapaiannya dan juga mata pelajaran. Penyusunan
kerusi meja bergantung kepada kesesuaian aktiviti yang dijalankan.
Guru juga boleh menjalankan pengayaan kepada murid yang
telah menghabiskan aktiviti berkumpulan di ruangan khas yang disediakan.
Misalnya di dalam sesuatu kelas disediakan ruangan pengayaan secara terancang.
Guru perlu memastikan pergerakan murid semasa pengayaan adalah terkawal dan
aktiviti yang dibuat hendaklah memenuhi keperluan murid yang terlibat.
c. Masa
Program pengayaan boleh
dijalankan pada masa yang ditentukan setiap hari. Guru boleh memilih masa tertentu dalam mana-mana
mata pelajaran bagi menjalankan aktiviti
pengayaan. Ini dapat memberi peluang kepada semua murid menjalankan aktiviti secara
serentak. Selepas menjalankan aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran murid-murid
boleh melakukan aktiviti pengayaan bagi tujuan pengukuhan untuk kemahiran yang
dipelajari. Murid akan membuat aktiviti pengayaan selepas menguasai sesuatu
kemahiran atau sekumpulan kemahiran. Murid yang menguasai kemahiran yang diajar
lebih awal daripada murid yang lain akan diberikan aktiviti pengayaan. Murid-murid yang cerdas akan diberikan program
pengayaan sementara yang lambat lambat menguasai kemahiran yang diajar akan
diberikan program pemulihan. Murid-murid
yang lambat ini yang diamanahkan kepada kumpulan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
d. Aktiviti
Dalam program pengayaan
pelbagai aktiviti boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Bagi
aktiviti individu, guru hendaklah memberi arahan yang jelas supaya murid dapat
memjalankan aktiviti dengan berkesan. Bagi aktiviti berkumpulan pula, guru
boleh meminta murid yang cerdas membimbing murid yang lemah. Dengan cara ini
murid berpeluang mengembangkan bakat kepimpinan serta keyakinan diri dan
semangat kerjasama dapat di pupuk.
e. Bahan
Bahan merupakan pekara yang
penting dalam sesuatu aktiviti pengayaan. Bahan-bahan ini mungkin boleh dibeli,
disediakan oleh guru ataupun bahan semulajadi yang terdapat di persekitaran
sekolah. Dalam memilih atau
menyediakan bahan-bahan ini guru seharusnya membuat pertimbangan tentang
beberapa perkara seperti:
a)
Ada
kaitan dengan kemahiran yang dipelajari.
b)
Menarik
dan mencabar.
c)
Sesuai
dengan kebolehan murid.
d)
Sesuai
dengan minat dan bakat murid.
e)
Bahan
yang digunakan sejajar dengan peringkat kemahiran murid.
f)
Peringkat
kesukaran sesuai dengan tahap murid.
Oleh
kerana aktiviti pengayaan merupakan aktiviti yang bercorak belajar sendiri,
maka bahan-bahan yang digunakan hendaklah mengandungi arahan-arahan atau
penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti dengan
sempurna tanpa banyak bergantung kepada guru.
3.0 Pemulihan
Terdapat
sebilangan murid sekolah rendah yang tidak dapat menguasai kemahiran bahasa seperti
lisan, membaca dan menulis dengan baik. Malahan masih ada
pelajar pada peringkat menengah yang masih gagal menguasai kebolehan berbahasa
dengan baik. Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada di antara
murid-murid tersebut tidak boleh bercakap dan menulis disebabkan
ketidakupayaan mental atau kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran
mereka. Golongan kurang upaya ini hanya terdiri dari bilangan yang amat kecil berbanding
kanak-kanak lain yang merupakan majoriti kanak-kanak normal yang tiada
sebarang kecacatan mental atau kecacatan fizikal.
Mereka dikenali sebagai murid lembam yang didefinisikan oleh Brennan (1974)
sebagai 'murid-murid yang gagal
menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan
mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan...' Kadangkala
mereka juga
dilabel sebagai murid berpencapaian rendah dimana taraf pencapaian mereka
yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian
purata rakan-rakan sebaya pada peringkat persekolahan itu.
Setiap guru harus faham akan konsep
program pemulihan dalam kelas biasa seperti yang dikehendaki dalam KSSR. Kadang
kala guru tidak menyedari terdapat murid yang bermasalah yang patut diberi
peluang atau bimbingan untuk mengatasi masalah dalam pembelajaran mereka.
Penekanan harus diberikan bagaimana cara memulihkan murid-murid yang menghadapi
masalah dalam penguasaan kemahiran lisan, membaca, menulis dan mengira.
Aktiviti-aktiviti khas perlu dirancangkan dan dijalankan
untuk menolong murid-murid lembam mengatasi kesulitan pembelajaran atau
meningkatkan pencapai mereka ke taraf normal. Dengan kata-kata lain pengajaran
pemulihan adalah bertujuan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid lembam
supaya mereka tidak terus ketinggalan dan
menjadikan mereka setanding dalam pencapaian dengan rakan sebaya mereka.
3.1
Konsep pemulihan
Pemulihan merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi keutamaan kepada masalah murid serta langkah-langkah
yang wajar diambil untuk mengenalpasti dan memulihkannya. Program pemulihan
juga akan memberi perhatian kepada sikap murid yang negatif dan tingkah laku
yang kurang baik yang akan menjejaskan pembelajaran dan pembentukan sikap yang
baik.
Dalam konteks KSSR, program pemulihan merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M. Mereka akan
diberi pemulihan sebaik sahaja masalah mereka dikesan dan dikenal pasti.
Murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan
pemulihan adalah mereka yang memperolehi pencapaian di bawah paras yang sepatutnya.
Murid-murid ini tedapat disemua peringkat persekolahan, sama ada di bandar
ataupun di luar bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid seperti
ini mungkin masalah ringan dan pemulihan boleh dijalankan oleh guru kelas
biasa. Masalah pembelajaran yang berat dan kompleks hendaklah di jalankan oleh
guru pemulihan khas. Murid yang mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa
akan diubahsuai tempat duduk mereka dalam kumpulan yang tertentu mengikut
perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
4.0 Perbezaan antara pemulihan khas dengan
pemulihan dalam kelas biasa
Program pemulihan khas dan pemulihan dalam
kelas biasa mempunyai perbezaan dan perlulah difahami. Terdapat dua faktor yang
membezakan konsep pemulihan khas dan pemulihan dalam kelas biasa. Faktor
penting yang membezakan kelas pemulihan ini adalah masalah murid dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Masalah
Pembelajaran
Pelbagai masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid sama ada peringkat ringan dan
kompleks. Kebiasaannya masalah pembelajaran ringan boleh diatasi oleh guru
kelas biasa manakala masalah yang kompleks hanya dapat diatasi oleh guru
pemulihan khas. Murid yang mengatasi masalah ringan adalah murid yang agak
lambat memperolehi sesuatu kemahiran. Pencapaian murid seperti ini adalah tidak
stabil.
Murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang lebih
kompleks pula mengalami pelbagai halangan dan rintangan. Masalah pembelajaran
kategori ini hanya dapat diatasi melalui program pemulihan yang lebih khusus
dan klinikal. Masalah utama murid-murid ini berkemungkinan tidak dapat
menaakul, mengamati dan menghadapi masalah perkembangan psikomotor.
Untuk mengatasi masalah pembelajaran secara menyeluruh,
sikap yang kurang baik perlu dipulihkan terlebih dahulu. Kepincangan sosial dan
ketidakstabilan emosi juga boleh menyebabkan murid itu gagal memberi tumpuan
terhadap pelajaran. Masalah ini mungkin akan menjadi serius yang boleh
menghalang murid untuk mencapai kemajuan yang memuaskan seperti yang
diharapkan. Sikap negatif yang menjadi masalah kepada murid ialah seperti
rendah diri, tiada tumpuan pelajaran, pengasingan diri, agresif dan terlampau
aktif.
4.2
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
murid-murid yang menghadapi masalah ringan dan kompleks.
4.3
Senarai Masalah dan Punca Masalah
Masalah
|
Punca
Masalah
|
Lisan
1.
Kesukaran mengenali perbezaan
bunyi atau perkataan yang
disebutkan. Contoh: d dan p
2.
Kesukaran memahami arahan
lisan.
3.
Boleh melihat perkataan tetapi
tidak dapat menyebutnya.
|
1.
Masalah membezakan apa yang
didengar disebabkan oleh tekanan
yang berbeza yang diberi.
2.
Tekanan perasaan. Lemah
menerima apa yang didengar.
3.
Sukar menterjemah perkataan
yang dilihat kepada bunyi.
|
Bacaan
1.
Meninggalkan perkataan, rangkai
kata dalam ayat.
2.
Membaca perkataan dan kiri ke
kanan dan kanan ke kiri semula
dalam satu ayat/garisan.
3.
Meninggalkan dan menggantikan
perkataan.
4.
Kesukaran mengenal perkataan.
5.
Menggabungkan perkataan.
Contoh: Ibu anda cantik dibaca
ibunda
cantik.
6.
Boleh membaca dengan baik tetapi
lemah dalam kefahaman.
|
1.
Kekurangan kawalan mata.
Tekanan perasaan. Lemah
mengikut urutan.
2.
Lemah dalam kawalan mata.
Tekanan perasaan.
3.
Lemah dalam kawalan mata.
4.
Kekurangan kawalan mata.
5.
Kekurangan kawalan penglihatan.
6.
Tekanan perasaan. Lemah
kawalan mata.
|
Penulisan
1.
Tidak menjarakkan perkataan
dengan perkataan lain bila
menyalin sesuatu ayat.
2.
Meninggalkan perkataan apabila
menyalin.
3.
Mencampuradukkan huruf besar
dan huruf kecil.
4.
Menulis tidak selari dalam
perkataan dan garisan.
|
1.
Kurang kawalan pergerakan
tangan.
2.
Kekurangan kawalan mata.
Tekanan perasaan.
3.
Lemah dalam kawalan mata.
4.
Lemah dalam pengelolaan ruang.
|
Kelakuan
1.
Berkhayal.
2.
Malu.
3.
Boleh mendengar dan menyebut
arahan tetapi tidak boleh
melakukannya.
4.
Suka mengganggu kawan.
5.
Tidak boleh menghabiskan kerja
yang diberikan.
|
1.
Cuba mengelak sesuatu kenyataan
2.
Cuba mengelak diri dari kegagalan
3.
Sukar melakukan pergerakan
psikomotor.
4.
Teknik mengelak disebabkan tidak
percaya pada amalan biasa.
5.
Tekanan perasaan. Kekurangan
pengelolaan ruang dan masa.
|
4.4 Aktiviti pemulihan
Setelah mengetahui masalah
dan punca masalah yang dihadapi oleh murid dalam kelas biasa, aktiviti untuk
memulihkan murid murid-murid tersebut perlulah dirancang. Penyampaian guru pada
peringkat awal adalah untuk semua murid, Cuma apabila sampai kepada gerak kerja
kumpulan, kemahiran yang diberikan adalah berbeza.
a) Aktiviti
Bacaan Berpandu
Aktiviti ini merupakan satu
pendekatan untuk menjadikan bahan bacaan lebih bermakna kepada murid dan dengan
itu menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap bahan bacaan yang dibaca. Teknik
seperti ini biasanya digunakan bagi sekumpulan murid yang mempunyai tahap
bacaan yang sama. Sekiranya terdapat murid yang lemah atau tinggi
pencapaiannya, guru perlulah membuat pengubahsuaian.
b) Persediaan
untuk membaca
Guru harus memilih bahan
bacaan yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta
objektif pelajarannya. Guru juga perlu menggunakan bahan bacaan yang yang
menarik minat murid yang berkaitan
dengan pengalaman yang pernah dilaluinya.Guru juga perlu membina konsep tentang
sesuatu perkataan atau peristiwa. Guru juga perlu memperkenalkan perkataan baru
dalam petikan bagi membolehkan murid terus bersedia untuk membaca.
c) Membaca
Terus
i. Bacaan Senyap
ii. Bersoal
jawab dan berbincang tentang makna yang tersurat, makna yang
yang
tersirat dan menikmati serta menghayati
bacaan.
c) Pengajaran
Kemahiran
i. Kemahiran perbendaharaan kata
ii. Kemahiran
bacaan dan kefahaman
iii. Kemahiran
belajar
iv. Kemahiran
berfikir
d) Pengukuhan
i. Meluaskan
kemahiran membaca, sama ada menggunakan bahan
yang
sama atau membaca bahan bacaan tambahan.
ii. Melibatkan diri dalam tulisan atau aktiviti-aktiviti
kreatif.
e) Pendekatan
Pengalaman Berbahasa
Merupakan satu teknik yang
sesuai untuk mengajar murid yang menghadapi masalah bacaan dan penulisan.
Pendekatan ini dicipta berasaskan kefahaman bahawa murid-murid dapat membaca
dengan baik apabila bahan bacaan hanyalah merupakan ‘catatan perbualan’.
Berdasarkan kefahaman ini, pendekatan pengalaman bahasa dianggap satu
pendekatan yang mudah untuk mengajar murid bermasalah membaca, disebabkan bahan
bacaan hasil usaha mereka sendiri. Pendekatan
ini mengandungi beberapa langkah iaitu:
i. Guru
memilih aktiviti yang memberangsangkan dan dibincangkan
secara
spontan.
ii.
Guru meminta murid merekodkan
idea-idea mereka di kertas.
iii. Murid merencana idea dan guru menulis
sambil diperhatikan oleh
murid.
Guru mencatat apa yang direncanakan tanpa membuat
sebarang
pembetulan.
iv. Murid membaca apa yang direncanakan.
v. Murid menulis dan hasil penulisan akan
dilekatkan di belakang kelas
atau
dimasukkan ke dalam buku bersama dengan pengalaman-
pengalaman
yang lain.
vi. Cerita tersebut boleh dijadikan sebagai
asas kepada perkembangan
kemahiran membaca, contohnya perbendaharaan
kata.
f) Aktiviti
Pukal Pembelajaran
Aktiviti ini merupakan satu
pengajaran individu yang dirancang secara teliti oleh guru untuk membolehkan
murid menyudahkannya tanpa banyak melibatkan pengajaran guru. Semua bahan yang
dibina, termasuk aktiviti dan tugasan dimasukkan kedalam pukal ini. Aktiviti
pukal pembelajaran ini tidak banyak menggunakan ruang seperti pusat
pembelajaran atau sudu bacaan.Aktiviti ini biasanya ringkas dan dirancang dalam
jangka masa 15 minit hingga seminggu. Aktiviti pukal pembelajaran boleh
digunakan sebagai satu kaedah alternatif untuk mempelajari sesuatu kemahiran
idea atau konsep. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid meningkatkan tahap
pencapaiannya melalui peringkatan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teliti.
Sebelum memulakan aktiviti ini mereka sepatutnya telah
diberi pengetahuan tentang isi pelajaran. Sekiranya murid berbeza tahap dan
kemahirannya, guru boleh membina beberapa pukal pembelajaran meliputi konsep
isi yang sama tetapi berbeza dari segi kemahiran yang hendak untuk ditekankan.
Aktiviti ini dibina untuk mengajar kemahiran khusus kepada kumpulan murid
tertentu. Objektif perlu dinyatakan dengan jelas, aktiviti disusun dengan
teratur dan mengandungi arahan yang lengkap untuk membantu murid mencapai
kemajuan mengikut tahap kebolehannya. Guru pula dapat mengesan kemajuan murid
melalui rekod yang diisikan oleh murid-murid pada peringkat-peringkat tertentu.
3.
Kesimpulan
Guru memainkan peranan
penting supaya aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan berkesan. Dalam usaha
melaksanakannya guru haruslah menggunakan daya kreativiti masing-masing supaya
aktiviti pengayaan ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid. Dengan
adanya program pengayaan ini, diharapkan murid dapat mengalami suasana pembelajaran
yang lebih menarik serta dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
Begitu juga dengan program pemulihan,
di mana guru perlu mengambil berat dan bertanggungjawab membantu murid supaya
berjaya dalam pelajaran seterusnya dalam kehidupan dan mempunyai nilai-nilai
murni. Oleh itu, setiap guru haruslah bertimbangrasa dan prihatin terhadap
murid yang lemah. Mereka perlu diberi perhatian sewajarnya agar mereka tidak
terasa terasing atau tersingkir daripada anggota masyarakat di sekolah.
Ulasan
Catat Ulasan