Refleksi Moral kes buli
Refleksi
masalah buli.
Masalah buli merupakan satu masalah
yang menjadi fenomena di sekolah-sekolah
Malaysia sekarang ini. Di dada akhir kerap mewar-warkan masalah buli ini.
Banyak rakaman video dibuat bagi menunjukkan betapa seriusnya kes ini.
Isu
buli tidak akan berlaku sekiranya semua rakyat Malaysia mengamalkan dimensi
moral dalam kehidupan mereka. Seorang yang berakhlak mulia seharusnya
mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral
secara seimbang dalam kehidupan mereka. Dimensi moral terbahagi kepada
tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Penaakulan
moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat
secara rasional dan bebas. Ini
bermaksud seseorang individu yang
mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat
pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh
masyarakat setempat. Prinsip keadilan
dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh
dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Sebagai
contoh, di dalam masalah buli. Bagi seorang pelajar lelaki
sering dipukul dan dimarahi oleh bapanya yang berang dengan perangainya. Bapanya juga sering mehamburkan kata-kata
kesat kepada anaknya yang sering menimbulkan masalah kepada dirinya. Pelajar ini juga sering ditinggalkan
keseorangan di rumah. Pelajar lelaki ini
juga sering menguruskan keperluan peribadi secara sendirian. Pelajar lelaki ini
juga perlu menyelesaikan masalah pelajaran dan masalah pergaulan dengan
rakan-rakan secara sendirian. Pelajar ini tidak mempunyai tempat untuk mengadu
bagi mendengar dan menyelesaikan masalah mereka. Pelajar ini seperti sebatang
kara di dunia ini . Pelajar ini hanya akan bertemu dengan keluarga di tengah
malam semasa ibu bapa baharu sahaja pulang ke rumah dan sekiranya pelajar ini
belum tidur. Sekiranya mereka tertidur
mereka hanya berjumpa dengan ibu bapa ketika sama-sama mahu keluar rumah untuk
ke tempat kerja dan ke sekolah. Suasana
sebegini sememangnya amat membosankan. Pelajar sering kesunyian. Bebanan
perasaan pelajar tentunya sungguh menggunung tinggi. Mereka pastinya menyimpan
dendam kepada ibu bapa yang tidak mempedulikan mereka. Mereka dipinggirkan oleh
ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa pelajar melayan pelajar seperti robot yang tidak mempunyai perasaan.
Walaupun sebesar manapun kesalahan ibu bapa kepada anak-anak, mereka tidak boleh menyimpan dendam yang
mendalam kepada ibu bapa mereka. Mereka tidak perlu menunjukkan sikap
memberontak. Pelajar ini tidak boleh
mengambil tindakan melepaskan segala gelodak dan ketidakpuasan di hati mereka
terhadap bapa mereka dengan cara memukul rakan-rakan mereka di sekolah.
Mereka
mesti menggunakan penaakulan moral tanpa dipengaruhi emosi dan persekitaran.
Pelajar lelaki ini mungkin boleh bertindak dengan cara bersemuka dengan ibu
yang lebih bertolerasi untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati dan
memberitahu hasrat dan kehendak mereka. Ibu mereka boleh berbincang dengan bapa
mereka tentang keinginan anak-anak. Meraka juga boleh membuat kebaikan kepada
bapa mereka dengan mengambil hati bapa mereka dengan cara melakukan perkara yang disukai
oleh bapa mereka sahaja. Mereka juga boleh meminta nasihat daripada guru-guru
untuk menyelesaikan masalah mereka. Pandangan positif daripada orang yang berpengalaman
akan memudahkan pelajar lelaki ini untuk
membuat keputusan bijak untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar lelaki ini
tidak perlu untuk menunjukkan sifat memberontak dengan cara bercampur dengan
rakan-rakan yang rosak akhlaknya. Kegembiraan bersama rakan-rakan sebegini
hanya mendatangkan sebentar sahaja.
Rakan-rakan sebegini akan mendorong banyak keburukan berbanding
kebaikan. Pemikiran yang rasional ini diperlukan untuk menyelesaikan
masalah pelajar seperti masalah buli
ini.
Sekiranya
semua ahli masyarakat mempunyai perasaan
moral, perlakuan negatif seperti masalah
buli tidak akan berlaku. Perasaan
moral adalah kehalusan emosi individu
yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasan yang bermoral ini membawa kepada
tindakan yang bermoral. Oleh itu, emosi
moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu
membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan
simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau
cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
Seorang
lelaki dan perempuan pembuli tidak akan
sanggup untuk melakukan tumbukan, sepakan, mengugut, mengejek,
mengurung rakan-rakan di dalam tandas
sekiranya mereka mempunyai perasaan moral. Mereka akan merasa kasihan dan simpati kepada nasib yang akan
menimpa rakan mereka seperti mengalami luka yang dalam, bengkak, benjol di
kepala dan sebagainya. Mereka pastikan
akan setiasa menolong rakan mereka yang tercedera akibat kemalangan yang
berlaku di sekolah. Murid-murid ini jika mempunyai perasaan moral tidak sanggup
untuk membuli untuk menapatkan wang. Pastinya mereka akan terfikirkan kesusahan
ibu bapa rakan mereka yang bersusah payah bekerja untuk mendapatkan wang demi menyara keluarga. Sebaliknya bagi pelajar yang berkemampuan
mereka akan selalu bersedekah kepada rakan-rakan mereka yang miskin. Pelajar
ini juga akan mencarikan ruang pekerjaan untuk ibu bapa rakan-rakan yang tidak
mempunyai pekerjaan untuk bekerja di syarikat ibu bapa mereka. Masalah buli
tidak akan wujud apabila mempunyai
perasaan moral yang bermoral.
Perlakuan
Moral pula adalah tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan
yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.
Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral
yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral. Di dalam masyarakat Malaysia hari, perasaan moral di kalangan masyarakat
semakin menipis. Kehidupan masyarakat yang mengejar kebendaan dan perkembangan
dunia tanpa sempadan sedikit sebanyak telah merubah cara perhubungan sesama
ahli keluarga dan masyarakat. Ahli keluarga dan masyarakat terlalu sibuk dengan hal masing-masing
sehinggakan untuk merisik khabar
juga tidak mampu dilakukan. Ahli masyarakat terlalu
sibuk mengejar kebendaan untuk memenuhi kehendak kehidupan yang semakin mendesak. Ahli keluarga di masa sekarang tidak
mempunyai perlakuan moral yang baik.
Mereka tidak dapat menunjukkan tingkah laku dan perlakuan individu yang baik
dalam membuat dan menentukan semua keputusan yang diambil dengan rasa penuh tanggungjawab. Contohnya ibu bapa sekarang ini tidak lagi
mementingkan anak-anak dalam setiap keputusan yang mereka ambil. Contohnya
keputusan untuk bekerja lebih masa bagi pekerja kolar biru. Pekerja kolar biru seperti pekerja
kilang perlu memikirkan jumlah kerja lebih masa untuk memastikan pendapatan
mereka akan berganda. Mereka merasakan mereka perlu melakukan demikian untuk
memastikan keperluan anak-anak dapat
disediakan dengan lebih baik. Ibu bapa juga mahu melihat akan-anak mereka
mempunyai pakaian yang berjenama mahal disamping diri mereka juga perlu disalut
dengan barangan berjenama mahal. Keadaan ini membuatkan mereka lupa bahawa
anak-anak mereka memerlukan perhatian mereka dalam mengharungi kehidupan yang
mencabar ini. Anak-anak kecil ini masih memerlukan tunjuk ajar ibu bapa bagi membantu mereka menyelesaikan masalah.
Mereka dipaksa untuk menguruskan diri mereka sendiri. Penjagaan anak-anak seratus peratus diserahkan
kepada orang gaji. Orang gaji ini sekadar melakukan kerja mengikut arahan
daripada ibu bapa pelajar. Perasaan kasih sayang untuk anak-anak majikan tidak
dapat dilksanakan dengan sepenuh hati kerana mereka hanya bekerja untuk mendapatkan
gaji. Sikap ibu bapa yang cerewet dan anak-anak yang banyak karenah membuatkan
hati orang gaji terusik. Mereka tidak mungkin akan menjaga anak-anak majikan seperti anak-anak
mereka sendiri. Maka anak-anak akan
terus terbiar dan terdedah dengan gejala yang merosokkan seperti masalah buli
di sekolah. Bagi mendapatkan perhatian ibu bapa dan guru-guru maka mereka
menunjukkan masalah tingkah laku seperti
buli. Ibu bapa yang tidak memahami perasaan anak-anak akan terus
memberikan wang kepada anak-anak sebagai menunjukkan kasih sayang. Ibu bapa
yang terlalu sibuk tidak sempat mengenali sikap anak masing-masing secara
mendalam. Apabila guru-guru memberitahu tentang masalah tingkah laku
anak-anak mereka pastinya mereka panik.
Tindakan drastik yang akan berlaku
adalah ibu bapa akan menyalahkan
guru-guru dan merasakan guru sengaja mereka cerita untuk merosakan reputasi
anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak tersedar, mereka akan mendorong anak
mereka untuk terlibat dengan lebih jauh dalam masalah buli.
Ibu
bapa perlu memberikan didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak untuk
dijadikan landasan untuk mengharungi arus kehidupan. Keperluan material dan
kerohanian hendaklah seiring diberikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu
menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak dari segi tingkah laku dan
percakapan. Ibu bapa juga perlu berakhlak mulia. Ibu bapa tidak boleh
mengarahkan anak-anak sahaja untuk taat kepada perintah agama sedangkan mereka
mengabaikannya. Ibu bapa mesti menyedari bahawa anak-anak adalah permata
berharga yang perlu digilap untuk memastikan
ia terus bercahaya, bersinar dan bernilai. Semaikan kasih sayang dengan
penuh keikhlasan kepada anak-anak. Anak-anak yang terjaga pastinya akan
berakhlak mulia dan terhindar daripada masalah tingkah laku terutama buli.
Ulasan
Catat Ulasan