Kritikan Sastera
1.0
Pengenalan
Perkembangan
yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan kehadiran penulis
daripada berbagai multidisiplin atau
pelbagai bidang. Kehadiran penulis ini telah menambah rencah
dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu, kehadiran penulis dari luar bidang sastera dianggap suatu yang asing.
Mereka ini pernah dikatakan telah menjungkirbalikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai penulis
yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini membuatkan nama
mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan daripada pengamal sastera
yang tulen menyatakan bahawa penulis ini menghasilkan karya yang sukar dihadam
oleh pembaca.
Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya, serta hadir
dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek dalam
karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah panji
realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti surealisme,
absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novel penulis mutakhir
ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi memperkukuhkan
muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-tema yang klise
tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global.
Selain itu, mereka begitu lancar
menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi, falsafah,
undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar sastera
sebagai landasan pengkaryaan mereka.
Sekarang ini ramai pengarang dari pelbagai
golongan seperti doktor perubatan, peguam, dan ahli agama. Contohnya Dr.Farhan
Hadi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Siti Rosmizah. Penulis-penulis
ini mempunyai sumbangan yang tertentu
dalam masyarakat kerana setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing-masing terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap
manusia, terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksplotasi semaksimum ataupun seminimum mungkin. Saya
memang peminat novel. Antara novelis yang saya minati adalah Norhayati Berahim.
Saya memilih Novel Norhayati Berahim berjodol Hati seorang wanita untuk dikaitkan
dengan teori yang telah diberikan kepada saya iaitu teori feminisme.
Definisi teori feminisme
adalah perjuangan wanita untuk mendapatkan tempat yang
sedarjat dengan lelaki dan memperjuangkan hak, kedudukan, martabat dengan
memperkasakan kuasa feminis. Teori feminisme bertitik tolak
daripada tanggapan kaum wanita selama ini telah dipinggirkan, dibelenggun dan
ditindas oleh kaum lelaki. Ia berpunca daripada andaian kaum wanita itu secara
biologinya lemah dan telah dieksplotasi sejak zaman-berzaman. Justeru
kritikan feminisme cuba dedahkan, membantah
dan menentang kezaliman lelaki disamping memperjuangkan hak dan martabat
melalui idelogi feminis. Kritikan ini bukan saja berminat dengan isu
kejantinaan dalam karya, malah berusaha untuk memartabatkannya. Tegasnya,
gerakan kesusasteraan dan kritikan sastera harus berusaha untuk merobohkan
dominasi kaum lelaki. Teori
kritikan feminisme menggunakan istilah koda atau kod atau disebut aspek dalam
analisis-analisisnya. Kod merupakan konsep tentang sesuatu yang telah
dipersetuju akan keciriannya. Kod ini bersedia
untuk ditokok-tambah dan ditukar ganti mengikut persesuaian tempat, zaman dan
keperluan. Kod-kod yang diterima sebagai prinsip kritkan ialah kod biologi, kod pengalaman, kod psikologi dan
kod sosial. Menurut
Elaine Showalter, pengkritik- pengkritik feminis seharusnya berfikir perbezaan
biologi dan hubungannya dengan penulisan tentang watak wanita. Ini bermaksud,
apabila membincangkan mengenai biologi, ianya tidak perlu hanya tertumpu kepada tubuh wanita
tetapi perlu berfikir lebih jauh
daripada itu. Contohnya: Fungsi biologi wanita sendiri, tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak dan lain-lain.
Prinsip
kritikan pengalaman pula mesti mempunyai
kaitan yang erat dengan aspek biologi iaitu
perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak
meraka dilahirkan sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman melahirkan anak
dan pengalaman yang dialami kaum wanita amat berbeza dengan kaum lelaki. Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana
ia menjadi alat dan dasar kajian untuk menghayati watak- watak dalam genre
sastera.
Wilbur Scott (1962) menyatakan bahawa
disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera bagi menerangkan
aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal. Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan
iaitu psikologi pengarang dan Ppsikologi
watak-watak. Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui
psikologi watak- watak dalam sesuatu
karya. Antaranya, pemikiran watak,
imaginasi, keinginan watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari hati
dan kata-kata watak. Terdapat perbezaan
antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila dicerminkan dalam
karya. Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh digarap dalam karya
ialah proses sosialisasi iaitu soal
didikan daripada keluarga, pendidikan di institusi tertentu, pekerjaan dan
pergaulan. Sementara tugas sosial pula ialah
tentang perwatakan anak gadis,
dara, ibu, isteri dan nenek. Kelas sosial watak wanita
samada kelas bawahan, menengah atau
atasan.
Kemunculan kritikan feminisme
memberikan perspektif yang berbeza dalam meneliti dan mengkaji karya
kesusasteraan. Hal ini kerana kritikan feminisme menumpukan perhatian pada
citra wanita serta wanita sebagai pembaca dan pengguna. Pengkritiknya pula
membuat anlisis dengan berdasarkan ideologi
feminisme dan fenomena sastera.
Antara kepentingan kritikan feminisme dalam kajian sastera ialah
perkaitaan rapat antara aspek seksual dengan karya yang dianalisis, mendedahkan
mekanisme bela diri yang digunakan oleh kaum lelaki yang mengambarkan watak
wanita stereotaip dan seolah-olah tiada kompleksiti jiwa. Ianya dapat menyorot usaha pengkritik
sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan tentang wanita dan
mengesan pengarang wanita yang tidak dimasukkan dalam sejarah.
Kritikan sastera juga turut menganalisa wanita yang dieksplotasi
dan dimanipulasi, dianggap lemah dan penuh daya berahi. Kritakan sastera ini
juga dapat mendorong penulis wanita menghasilkan karya-karya baharu, yakin diri
dan membawa semangat baharu dalam karya. Misalnya mengambarkan watak wanita
yang mempunyai perwatakan dan perjuangan yang dapat merobohkan penguasaan
lelaki.
Novel Hati seorang wanita karya
Norhayati Berahim ini memperlihatkan
seorang wanita yang yakin diri dan mempunyai perwatakan dan perjuangan yang
dapat merobohkan penguasaan lelaki. Nurain telah berjaya membantu dan menaikkan
semula semangat Datuk Badrul untuk menghadapi krisis ekonomi yang teruk dan berjaya dan dapat memastikan kilang
itu terus beroperasi. Nurain berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari pelanggan untuk kilangnya. Seterusnya
Nurain berjaya memacu kilang Datuk
Badrul menjadi antara kilang yang mampu menghasilkan pengeluaran yang tinggi
dan bermutu. Nurain juga berjaya mengubah sikap Zarul yang suka berfoya-foya,
malas bekerja dan tidak taat kepada perintah Allah bertukar menjadi lelaki yang baik dan amanah.
Nurain juga berjaya mengubah sikap
tidak amanah adiknya Nizam yang banyak menggelapkan harta bapa mereka. Nurain
juga berjaya mengubah nasib kaum sejenisnya iaitu kakak iparnya yang padanya
mulanya sombong dan bongkak. Anis
menjadi sedih dan tertekan kerana dihukum penjara
kerana menikam Rahayu perempuan yang merebut suaminya. Anis berjaya membuka
kilang membuat uniform dengan dorongan Nurain. Nurain juga berjaya mengubah perangai adiknya
Nazuha yang suka pulang ke rumah pada lewat malam dan melakukan perkara-perkara
yang ditegah emak dan bapanya. Nurain berjaya
menjadi sahabat dan memberi nasihat, galakan dan motivasi kepada watak-watak seperti Datuk Badrul,
Zarul, Nizam dan Nazuha. Bagi saya Novel Hati seorang seorang wanita ini adalah
sebuah novel yang sesuai untuk kritikan sastera menggunakan teori feminisme.
2.0
Sinopsis Novel
Hati seorang
wanita karya Norhayati Berahim ini mengisahkan
tentang Nurain yang dilahirkan
sebagai seorang anak luar nikah kepada
Abdul Bakri dan Puan Mariam. Semenjak kecil Nurain dibela oleh datuk dan
neneknya di Segamat, Johor. Nurain merasa dirinya dipinggirkan oleh kedua-dua
orang tuanya kerana tidak dibawa untuk tinggal bersama ibu bapanya di Sabah, sedangkan ketiga-tiga
adik-beradiknya yang lain dibela oleh emak dan ayahnya. Kasih sayang datuk dan
neneknya membuatkan Nurain terlupa akan nasib dirinya. Nurain beranggapan
dirinya adalah anak angkat sahaja kepada kepada ibu bapanya. Nurain tidak
menjangkakan dirinya anak luar nikah. Semasa Nurain berusia 18 tahun semua
rahsia terbongkar. Nurain merasa sedih dan rasa terhina kerana dilahirkan
sebagai anak luar nikah. Hati Nurain
lebih terluka dengan sikap ibu
bapanya yang seperti malu mempunyai anak
luar nikah seperti dirinya lalu enggan untuk membela dirinya. Nurain merasakan
dirinya tidak bersalah dan berdosa, yang membuatkan dirinya menjadi sebegitu
rupa adalah ibu bapanya sendiri. Mereka yang bersalah dan berdosa.
Namun khabar buruk tentang hal berkaitan anak luar nikah itu sedikitpun tidak melunturkan semangat Nurain untuk Berjaya
melanjutkan pelajaran ke menara gading. Nurain
ingin membuktikan kepada ibu bapanya dia boleh berjaya walaupun tanpa sokongan
kedua-dua ibu dan bapanya. Nurain mula berdikari dengan memohon biasiswa
walaupun ayahnya sanggup untuk membiayainya kerana dia adalah ahli koparat yang
berjaya di Sabah. Hasrat ayahnya untuk
menghantarnya belajar ke Luar Negara
di tolaknya mentah-mentah dengan alas an Nurain tidak sanggup berjauhan dengan
datuk dan neneknya.
Nurain berjaya mendapatkan “Master of Electrical Engineering daripada
Univesrsiti Teknologi Malaysia dan berjaya
menggondol Anugerah Dekan dan merupakan pelajar “First Class”. Selepas tamat
belajar Nurain tidak memilih untuk bekerja dengan ayahnya yang mempunyai
perusahaan sendiri di Sabah. Sebaliknya Nurain telah memilih untuk bekerja
dengan Syarikat Datuk Badrul di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nurain
menunjukkan karisma dan dedikasi yang tinggi di kilang kepunyaan Datuk Badrul.
Nurain telah menjawat jawatan Ketua Jurutera Pengurus Operasi yang tegas dan
berdisplin. Nurain yang sopan-santun dan merendah diri serta berjaya
mengendalikan dua buah Syarikat Datuk Badrul membuatkan Datuk Badrul jatuh
sayang dan ingin menjadikannya menantu.
Datuk Badrul meminta anak lelakinya yang telah dua belas tahun tinggal
di Paris Perancis untuk pulang ke Malaysia bagi memulakan hidup baru kerana
anaknya ini telah tersesat jauh dari norma-norma kehidupan seorang Islam. Minum
arak dan perempuan adalah kehidupan normal Zarul di Perancis. Datuk Badrul mahu
Zarul menghentikan semua itu dan balik
ke Malaysia untuk berkahwin. Datuk Badrul mahu Zarul memikat Nurain untuk
dijadikan isteri. Datuk Badrul mengharapkan Nurain yang beragama, tegas, bijak,
lemah lembut dan sopan santun itu dapat
mendidik Zarul untuk kembali ke pangkal jalan. Nurain menolak cara lembut
dengan lamaran Zarul dan mencari helah
dengan permintaan Datuk Badrul untuk berkahwin dengan Zarul. Nurain tidak yakin
dirinya yang dianggap kotor itu akan diterima oleh Datuk Badrul sekiranya Datuk
tahu asal- usulnya yang merupakan anak
luar nikah. Nurain tidak bimbang dengan latar belakangnya kerana dia juga dari golongan berada. Zarul mencuba berbagai cara
untuk memikat Nurain tetapi tidak berjaya. Pujukan Datuk Badrul juga tidak dapat melembutkan hati Nurain yang bimbang maruahnya
akan dipijak-pijak dan dipandang rendah apabila asal keturunannya di ketahui
umum. Nurain rela untuk tidak berkahwin daripada rahsia dirinya itu terbongkar.
Kedatangan ayah dan emaknya ke Kuala Lumpur untuk melawatnya mengubah
semua rencana yang telah Nurain susun. Selama ini Nurain jarang pulang ke rumah
ibu bapa di Sabah. Semejak kematian datuk dan neneknya Nurain juga liat untuk pulang bertemu ibu
bapanya walaupun di musim perayaan. Sudahnya kedua ibu bapanya yang mengalah
dengan pulang ke Segamat pada hari raya
kedua setiap tahun. Walaupun luaran Nurain kelihat lembut tetapi hati Nurain
agak keras juga. Nurain tidak bencikan kedua-dua ibu bapanya, Nurain akan
melayan ibu bapanya dengan baik jika berkumpul bersama tetapi hati Nurain masih tercalar dengan peristiwa lama. Payah untuk
Nurain padamkan segalanya dengan mudah walaupun telah Nurain cuba melakukannya. Nurain tidak membenci
mereka tetapi sekadar merasa sedikit canggung berada di tengah-tengah keluarganya
di Sabah itu.
Nurain tidak rapat dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya. Nurain sering
berhubung dengan Nazri yang belajar di Australia melalui e-mel dan juga
telefon. Datuk Badrul mengambil peluang
perjumpaan dengan ibu bapa Nurain itu
untuk menyatukan Zarul dan Nurain. Abdul
Bakri telah berlaku jujur dengan Datuk Badrul. Kisah kejadian Nurain sebelum
mereka bernikah diberitahu sejelas-jelasnya. Abdul Bakri dan Puan Mariam mengakui kekhilafan mereka semasa di usia
muda. Mereka tidak mahu Datuk Badrul memandang rendah kepada anaknya. Semuanya salah
dirinya suami isteri yang hanyut dengan syurga dunia. Datuk Badrul dapat
menerimanya semuanya dengan tenang. Perkahwinan Nurain dan Zarul berlaku di
pejabat Kadi untuk mengelakkan fitnah. Kakak Zarul iaitu Anis tidak dapat menerima Nurain sebagai
adik iparnya yang dianggap kotor. Anis selalu menyindir Nurain yang tinggal
serumah dengan bapanya itu. Nurain tetap membalas segala keburukan Anis dengan kebaikan. Nurain tidak mampu untuk
membalas kata-kata Anis itu. Nurain
tetap menghormati Anis sebagai kakak iparnya yang perlu dihormati. Nurain reda
segalanya adalah ujian Allah untuk dirinya.
Sikap Anis yang sombang daan bongkak itu akhirnya memakan driinya
sendiri. Suaminya Fuad telah bermain kayu tiga dengan Rahayu yang bekerja
sebagai pembantu kedai. Rahayu mengetahui Fuad sudah beristeri tetapi demi
untuk menumpang kekayaan yang dimiliki Fuad Rahayu gelap mata. Rahayu tidak mengetahui kemewahan
yang dimiliki Fuad semuanya adalah milik isterinya Anis yang merupakan anak
orang kaya. Kemelut rumah tangga Anis dan Fuad sampai ke kemuncaknya apabila
Anis menikam Rahayu yang sedang bermadu kasih bersama Faud di atas katil di
rumahnya. Atas kesalahan itu Anis telah dihukum penjara selama dua tahun.
Nurainlah tempat Anis melepaskan segala
kekesalan dan ketakutannya sepanjang berada di penjara. Nurain memainkan
peranan dengan baik dengan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Anis.
Anis begitu terharu orang selalu dicacinya itu tidak menyimpan dendam dan
menjadi musuh sebaliknya menjadi sahabat
semasa susahnya. Nurain tetap datang
melawat Anis walaupun dia bukan lagi menjadi adik ipar
Anis setelah diceraikan oleh Zarul. Sementara
Suzie sahabatnya yang selalu melaporkan kegiatan suaminya dan menghasutnya supaya bertindak tegas
terhadap Fuad langsung tidak menunjukkan mukanya sepanjang dia di penjara.
Nurain diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia kerana
kemalangan jalan raya. Keluarga Nurain bergolak hebat apabila Nizam adiknya
tidak dapat menerima hakikat bapanya telah mewasiatkan semua harta ayahnya
kepada Nurain. Nurain dilantik menjadi Pengarah kepada semua anak syarikat
milik Abdul Bakri. Nizam mahu membawa kes pembahagian harta itu ke mahkamah
kerana tidak puas hati dengan wasiat ayahnya itu. Nizam ingin meminta pihak mahkamah supaya membatalkan wasiat itu
kerana Nurain adalah anak luar nikah ayahnya. Dengan kebijaksaan Nurain
yang mengetahui kelemahan adiknya yang
mempunyai sepuluh kesalahan yang
melibatkan mahkamah telah berjaya
memujuk Nizam supaya tidak membawa kes mereka ke mahkamah kerana akan
mendatangkan aib kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Nurain berjanji
jika Nizam berjaya mengubah perangai dan bertanggung jawab Nurain akan menyerahkan perniagaan keluarga
kepada ketiga-tiga adiknya itu iaitu Nazuha, Nazri dan Nizam. Nurain yang baik
hati, bijak, suka menolong orang dan pemaaf telah berjaya membantu Anis untuk
membuka kilang pakaian seragam dengan menggunakan tenaga kerja banduan yang
menjadi kawan-kawan Anis semasa di penjara.
Sementara itu Zarul akhirnya diterima semula oleh Nurain menjadi suaminya. Zarul berjaya berubah dan insaf setelah
kehilangan Nurain dan Anis yang disangka
telah meninggal dunia kerana kapal terbang yang dinaiki telah terhempas semasa pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, dan
lawatan di Turki dan Greek. Kehidupan Nurain yang penuh ranjau dan duri
telah berakhir dengan gembira apabila telah dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya
dengan Zarul. Zarul juga telah berubah menjadi suami yang beriman, penyayang,
rajin bekerja dan tidak lagi berfoya-foya.
3.0
Watak dan
perwatakan
3.1 Watak Utama ( Nurain)
Nurain digambar oleh pengarang sebagai seorang gadis yang baik, bijak, lemah –lembut dan mudah mesra dan manja
dengan orang-orang di sekelilingnya semasa kecil. Dia dijaga oleh datuk dan
neneknya di kampung Segamat Johor. Emak dan ayahnya telah meninggalkan Nurain bersama
datuk dan neneknya semenjak masih bayi lagi. Datuk dan neneknya menjaganya
dengan penuh kasih sayang. Nurain terasa tersisih kerana ibu dan bapanya tidak
menjaganya seperti ketiga-tiga adik-beradiknya yang lain. Ibu bapa Nurain yang menetap di Sabah
jarang-jarang datang melawatnya di kampung. Nurain merasakan dirinya terbuang
dan tidak diperlukan. Nurain dapat merasakan kehadirannya di dunia ini tidak
diperlukan dan merasakan ada satu rahsia
tersembunyi mengenai kelahiran dirinya itu.
Nurain menyangka dirinya adalah anak angkat
yang diambil oleh ibu dan ayahnya. Oleh kerana itu dia kurang disayangi oleh
kedua-dua ibu dan bapanya. Nurain rasa amat sedih dan kecewa apabila mengetahui
dirinya disisihkan kerana dia adalah anak luar nikah. Nurain bertekad dalam
diri ingin membuktikan kepada ibu dan bapanya bahawa dia boleh berdikari untuk
meneruskan hidup tanpa perlu meminta bantuan kedua ibu dan bapanya yang kaya
raya. Nurain mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia. Nurain menolak
pelawaan ayahnya untuk membiayainya di Universiti Teknologi Malaysia. Tawaran
ayahnya untuk menghantar Nurain melanjutkan pelajaran ke luar negara juga
ditolaknya dengan baik. Nurain berjaya mendapatkan “Master of Electrical Engineering daripada Universiti
Teknologi Malaysia dan berjaya menggondol Anugerah Dekan dan
merupakan pelajar “First Class”.
Semua itu dilakukan
untuk meluahkan rasa terhinanya kerana disisihkan oleh ibu dan bapanya kerana
dirinya seorang anak luar nikah. Nurain bertekad akan memacu dirinya menjadi
yang terbaik tanpa mengharapkan belas ihsan daripada kedua-dua ibu bapanya yang
kaya. Nurain membina kejayaan di dalam kerjaya bersama dengan kilang Technotech
milik Datuk Badrul. Nurain tidak menunjukkan penat dan berputus asa dan sering
mempunyai idea baru untuk memajukan kilang Datuk Badrul. Di saat-saat kilang Datuk Badrul mengalami
masalah untuk dipulihkan semasa kegawatan
ekonomi telah membuatkan Datuk Badrul hampir putus asa dan mahu menutup kilang
tersebut. Dengan kebijaksanaan dan kesungguhan Nurain mencari pelanggan
membuatkan kilang itu mampu bertahan dan telah menunjukkkan prestasi yang
memberangsangkan dan mampu berdaya saing
di dalam kepesatan ekonomi di masa itu.
Nurain juga digambarkan
penulis seorang wanita yang mempunyai tarikan karisma di dalam kepimpinan,
tegas, pandai menghurai dan menyelesaikan masalah, seorang pendengar yang baik,
rakan yang setia dan mampu memotivasikan rakan-rakan yang telah luntur
semangatnya. Nurain juga merupakan seorang menantu yang baik dan isteri yang
penyayang. Nurain menjaga segala keperluan suami dan bapa mertuanya. Nurain
tetap meneruskan hubungan yang erat dengan Datuk Badrul dan Anis serta Zarul
walaupun setelah diceraikan. Nurain tidak menyimpan dendam kepada keluarga
bekas mertuanya. Cuma Nurain tidak mahu
untuk berkahwin semula dengan Zarul kerana tidak mahu maruah dirinya dpijak-pijak lagi oleh Zarul. Nurain tidak
berdendam tetapi mahu melindungi dirinya supaya tidak disakiti lagi oleh Zarul yang mengajar dirinya erti kasih sayang. Nurain
juga digambarkan sebagai seorang wanita yang pandai memasak. Disamping itu
Nurain digambarkan pengarang sebagai seorang wanita yang masih mengamalkan
sikap lemah-lembut dan merendah diri.
3.2 Watak sampingan: Zarul
Zarul digambarkan
pengarang seorang lelaki yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bekerja di
Paris Perancis selama dua belas tahun. Zarul seorang lelaki yang memandang
hidup ini senang dan dirinya perlu menikmati kenikmatan dunia dan perlu lepas bebas seperti burung yang terbang
melayang. Zarul suka berfoya-foya kerana Zarul ingin bergembira setelah penat
bekerja. Zarul mengamalkan hidup lepas bebas tanpa sekatan. Zarul tidak mahu
dirinya dikongkong oleh sesiapa sahaja. Hidup Zarul dikelilingi wanita dan minuman
keras. Zarul merasakan perkara itu adalah biasa dan merupakan cara kehidupan
yang perlu dinikmati di dalam masyarakat Perancis. Zarul meneruskan hidup dengan cara bersekedudukan
dengan wanita Perancis tanpa ikatan yang sah. Zarul merasakan ikatan
perkahwinan tidak diperlukan. Tanpa ikatan perkahwinan pun dia mampu
mendapatkan nikmat seks yang memang menjadi pegangan utama seorang lelaki
seperti Zarul.
Ajakan ayahnya untuk pulang ke Malaysia dipandang sepi oleh Zarul pada awalnya. Zarul merasakan dirinya
tidak betah untuk tinggal di Malaysia. Di Malaysia semua tingkah lakunya
perlu terkawal kerana ayahnya amat
dikenali. Umpan yang digunakan ialah berkahwin dengan seorang wanita yang
digambarkan begitu hebat oleh ayahnya. Zarul
teruja untuk mencuba. Zarul telah berjanji dengan ayahnya dia akan pulang semula
ke Perancis jika dia tidak berjaya menyesuaikan
dirinya dengan cara kehidupan di Malaysia.
Zarul kagum dengan wanita pilihan
ayahnya itu. Sikap wanita itu iaitu Nurain yang seperti tidak memberi respon
kepada dirinya seperti wanita lain yang mudah terpikat dengan ketampanan dirinya. Nurain begitu mencabar keegoaan diri Zarul sebagai seorang lelaki. Selama ini
Zarul tidak pernah kalah dengan mana-mana wanita. Zarul cuba mengoda
dan berbaik-baik dengan Nurain dengan pelbagai cara tapi tidak
membuahkan hasil. Nurain wanita yang jinak-jinak merpati. Zarul mengakui Nurain
adalah wanita yang sukar dijinakkan walaupun ditabur dengan kilauan emas dan
barangan mewah. Nurain tidak terpikat dengan semua itu. Mat romeo ini
betul-betul tercabar. Dengan pertolongan ayahnya yang bertemu dengan ayah
Nurain, Abdul Bakri secara tidak sengaja telah membuka ruang dan peluang untuk
Zarul mendapatkan Nurain yang begitu sukar
untuk mendapatkan kasihnya.
Peluang yang diberikan Nurain yang
sanggup untuk berkahwin dengan Zarul walaupun tanpa cinta disia-siakan oleh
Zarul. Zarul masih meneruskan tabiat lamanya iaitu suka berfoya-foya dengan
wanita pekerja kilangnya. Zarul sentiasa bertukar-tukar pasangan. Zarul juga
tidak menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari urusan di kilang itu walaupun
dia adalah pengarahnya. Zarul tahu dia masih mampu mengharapkan Nurain isterinya yang amat
berwibawa itu. Klimaks hubungan suami
isteri itu telah tiba dipenghujungnya apabila Zarul telah melepaskan talak secara tidak sengaja kepada Nurain. Zarul
begitu tertekan dengan tuduhan Nurain. Nurain yang hilang sabar kerana dapat
mengesan tindakan Zarul yang telah
menghamilkan seorang perempuan pekerja kilang itu. Nurain mendesak Zarul bertanggungjawab. Zarul
tidak melakukan hal itu kerana dia telah lama meninggalkan wanita itu. Selama
ini Zarul berhati-hati ketika membuat hubungan intim dengan wanita. Zarul akan menggunakan
suntikan, kondom dan sebagainya bagi memastikan hubungan intim tidak akan
menghasilkan zuriat dan tidak dihinggapi
penyakit Aids.
Zarul sekali lagi menjadi pemburu
cinta kepada bekas isterinya itu. Zarul dan Nurain tetap berkawan walaupun
mereka telah bercerai. Akhirnya Zarul insaf apabila mengetahui Nurain yang
dicintainya itu meninggal dunia kerana kemalangan kapal terbang. Nurain
dipercayai menaiki pesawat yang
terhempas itu semasa pulang dari mengerjakan umrah dan lawatan ke beberapa buah tempat seperti
Turki dan Greek. Zarul sujud semula
kepada Allah dan menunaikan segala
suruhan Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang. Zarul berjaya memujuk
Nurain untuk menjadi isterinya semula.
Zarul benar-benar yakin Nurain mampu
menjadi penunjuk jalannya untuk menjadi lebih baik dalam semua segi.
4.0
Latar dalam Novel Hati seorang wanita
4.1 Latar masa
Semua peristiwa yang
digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam era
globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta
,e-mel, ATM ( mesin pengeluaran wang automatik ) dan kewujudan Lapangan Terbang
antarabangsa Kuala Lumpur.
Tempoh masa keseluruhan cerita dalam
novel ini adalah lebih kurang 35 tahun iaitu dari Nurain kecil, dewasa,
berkahwin dan bercerai dengan Zarul dan
kembali bahagia bersama Zarul. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku
pada waktu-waktu tertentu seperti kehidupan manusia biasa iaitu pagi, petang dan malam.
4.2 Latar tempat
Latar tempat merujuk kepada tempat
berlakunya peristiwa dalam sesebuah cereka itu. Biasanya, pengarang
menggambarkan latar tempat ini secara umum sahaja, contohnya pengarang
menggambarkan tempat-tempat seperti di kampung, di rumah, di bandar, di warung
, di kaki lima, di klinik, di sekolah, di dalam kereta, di surau dan
sebagainya.
Dalam novel ini pengarang menyatakan
nama-nama tempat yang khusus seperti di Kundasang Sabah, Mekah, Greek, Turki ,
Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Balakong ( muka surat 482- 496 ) dan Kilang Technotech. ( Muka surat 14)
4.3 Latar
Masyarakat
Masyarakat yang digambarkan
oleh pengarang dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Melayu di semenanjung
dan Sabah ( iaitu Segamat Johor, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Selain itu,
pengarang juga menggambarkan masyarakat yang tinggal di kampung, masyarakat
yang bekerja sebagai petani iaitu Pak Zali, pakcik yang dipercayai Nurain untuk
menjaga rumah arwah datuk dan neneknya
serta kebun buah-buahan datuk dan neneknya. Pengarang juga menggambarkan
tentang masyarakat yang menjadi ahli perniagaan iaitu Datuk Badrul dan Abdul
Bakri. Pengarang juga menggambarkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai dan
budaya murni dalam kehidupan.
5.0 Plot
Plot bermaksud jalinan
cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang
berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin
secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara
kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika
peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun
mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu
binaan plot dan teknik plot.
Novel Hati seorang wanita
disusun secara kronologi dan ada sedikit imbasan kenangan yang dilakukan Nurain
yang mengingati kisah hidupnya semasa kecil bersama datuk dan neneknya dalam
suasana gembira dan bahagia. Nurain juga teringatkan masakan dan layanan neneknya semasa mereka menikmati pecuk jantung pisang yang amat disukai
olehnya semasa kecil. Imbasan kenangan juga dibuat Nurain semasa dia mendapat khabar tentang dirinya
seorang anak luar nikah dari neneknya.
Nurain juga mengingati semula saat-saat
kemesraan Nurain bersama Zarul semasa berbulan madu di Turki.
5.1 Binaan Plot
Binaan plot bermaksud plot
cerita terbina daripada beberapa bahagian penting. Kebiasaannya, binaan plot
terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi), perkembangan,
perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau eksposisi
merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan
diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan
watak-watak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi
pada bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu
akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian
perumitan. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan
menjadi bertambah rumit.
Plot
akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini,
keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri dan cemas akibat konflik
atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai
ke satu tahap, iaitu tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap
peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau
terlerai.
5.1.1 Permulaan (Eksposisi)
Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan
dengan watak utama novel ini iaitu Nurain. Selain itu, pengarang juga
memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Datuk Badrul pengarah
Syarikat tempat Nurain bekerja, Hanum atau angah yang merupakan sahabat dan
rakan sekerja yang bekerja dibahagian pentadbiran, Abdul Bakri iaitu ayah
Nurain, Puan Mariam dan datuk dan neneknya yang tidak diperkenalkan nama.
Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai
contohnya, dalam bahagian awal novel ini, pengarang menceritakan tentang
kerajinan dan komitednya Nurain bekerja sehingga Nurain tidak meraikan
kehadiran anak Datuk Badrul iaitu Zarul di hari pertamanya bekerja di Kilang
mereka.
Rupa-rupanya Nurain telah
dihubungi oleh pelanggan kilangnya pada pukul 6.00 pagi tentang masalah dua puluh enam “board “ yang sudah “diload”
tetapi tidak dimasukkan ke dalam oven. Nurain telah bergegas ke kilang itu pada
pukul 7.00 pagi. Nurain telah berjaya menangai masalah itu dengan memastikan
masalah itu terjadi kerana kecuaian pelanggan mereka yang lambat menguji selama tiga jam iaitu sejak 51 jam sejak
dikeluarkan dari oven. Penghantaran oleh
pihak Nurain dilakukan dalam masa yang tepat. Nurain telah berjaya mencari
fakta untuk menutup kesilapan yang telah berlaku.( Muka surat 13 dan 14 ) . Contoh kritikan feminisme di gunakan di dalam
situasi di atas juga dibuktikan di dalam ayat berikut:
Zarul diam seolah-olah
memikirkan sesuatu. Nurain leka mengemaskan
kertas-kertas yang berterabur di atas meja direnung Zarul. Dia Yakin
Nurain banyak tahu tentang hal syarikat.
Melihatkan kecekapan Nurain mengendalikan mesyuarat, dia dapat merasakan
mengapa Nurain menjadi orang kepercayaan ayahnya, tempat ayahnya bergantung
harap.” Ayat ini jelas menunjukkan karisma yang ada pada seorang wanita bernama
Nurain dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan cekap.
5.1.2
Perkembangan
Dalam
bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita, iaitu Nurain seorang Ketua Jurutera Pengurus Operasi dengan
yakinnya memberi perhatian kepada setiap bahaian kilang yang menjalankan operasi.
Contoh kritikan feminisme dalam bentuk sosial dan psikologi berlaku semasa perkembangan
ini. “” Mana ‘board’ 33G Kuhan? Nurain mencari-cari
sesuatu di rak besar dihadapannya. Kuhan yang sedang memasang ‘board’ merenung
Nurain.” Ini dia Cik Nurain mereka salah letak. “ Minta diagram, Kuhan saya nak
check specnya” “ 15V+ 15V- dengan 5+. Oven yang boleh dipakai..Nurain menggumam
sendirian.”ada product baru ke Cik Nurain?” Ahhh..ada tender baru dari Syarikat Koyota.Dia hendak suruh kita bakar
chipnya. Saya dah tengok diagramnya, 15V+ 15V- dengan 5+. Rasanya banyak banyak
‘board’ yang boleh dipakai…termasuklah ‘board’ 33G.
Pengarang
mengembangkan cerita seterusnya dengan memperkenalkan watak Zarul yang
miang dan suka mencari kesempatan untuk mendekati
Nurain. Zarul menggunakan alasan untuk belajar mengenai syarikat daripada
Nurain orang kepercayaan ayahnya itu. Zarul yang baru dilantik menjadi pengarah
itu menggunakan peluang itu dengan sebaik-baik. Zarul menggoda Nurain dengan memegang tangan
Nurain dan memeluk pinggang Nurain. Nurain bersabar dengan perangai Zarul
kerana Zarul adalah anak bosnya. Nurain tetap bertindak tegas apabila dia
merasakan Zarul telah melampaui batas. Contoh kritikan Feminisme dari segi biologi dan sosial diterangkan dalam ayat berikut:
Nurain berjalan beriringan
dengan Zarul. Dia melihat Zarul memasuki kawasan ‘production ‘ tanpa memakai
uniform.
“ Kenapa tak pakai uniform? ”Pantas mulutnya
bertanya. Zarul ketawa. Tidak ada sesiapa yang berani menegurnya di situ
kecuali Nurain. Gadis itu amat tegas. Itu yang menambah daya tarikannya.
“Ini kilang Zarul..Zarul
punya sukalah,” gurau Zarul. Nurain mengeluh perlahan.
“ Kalau tidak mahu
menunjukkan contoh, jangan jadi ketua. ”Tenang kata-kata Nurain membuatkan
Zarul ketawa besar.
Nurain seorang yang tegas
walaupun dia berkata-kata dalam nada suara yang lembut. Manusia cepat mengikut
arahan jika ditegur dengan lembut dalam
keadaan yang tidak menimbulkan kemarahan.
5.1.3 Perumitan
Nurain merasa dirinya tidak layak untuk
berkahwin kerana statusnya anak luar nikah. Nurain takut dirinya dipandang
jijik oleh masyarakat sekeliling jika statusnya diketahui umum. Lamaran
daripada Zarul, Nurain tidak endahkan. Tetapi apabila Datuk Badrul masuk campur hubungannya dengan Zarul dan
meminta Nurain memberikan peluang untuk Zarul menjadi suaminya Nurain mula
gelisah. Nurain tidak mampu untuk menghampakan permintaan Datuk Badrul yang telah
dianggap ‘ayah’ oleh Nurain. Nurain sukar untuk membuat keputusan lantaran
status dirinya yang bergelar anak luar nikah. Nurain ada harga diri. Kalau ibu
bapanya sendiri enggan untuk menjaganya kerana dia anak luar nikah inikan orang lain. Nurain pasti dirinya akan dihina
dan ditertawakan jika statusnya itu diketahui umum. Akhirnya Nurain terpaksa
menerima Zarul setelah campur tangan ayahnya
Abdul Bakri dan Datuk Badrul yang bertemu secara tidak sengaja.
Kehadiran
Nurain tidak diterima oleh Anis kakak Zarul yang malu dengan status Nurain
sebagai anak luar nikah. Anis bimbang ayahnya
Datuk Badrul seorang yang dikenali akan dipandang rendah oleh pelanggan dan kawan-kawannya yang
terdiri daripada orang-orang ternama. Anis sering kali menyindir dan melarang Nurain dari memegang anaknya Afnan.
Nurain juga menghadapi masalah dengan Zarul yang masih meneruskan hidup yang
suka berfoya-foya. Zarul memikat gadis-gadis pekerja di kilangnya semasa
sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Zarul sering keluar bersama dengan
wanita-wanita itu sehingga membuatkan wanita-wanita itu bergaduh berebutkan Zarul. Contoh kritikan
feminisme dari segi psikologi adalah
“Tak salah saya keluar dengan Encik Zarul tu ” Alah…itu baru khabar angin aje. Entah betul entah tidak. Saya tak
percayalah Encik Zarul tu hendakkan Cik Nurain yang sombong tu” Nurain
terpaksa memedam perasaan dengan sikap Zarul yang “buaya’ itu.
Contoh kritikan
feminisme dari segi psikologi yang lain ialah seperti petikan ayat berikut:
Zarul yang duduk semeja dengan
Datuk Badrul tanpa segan silu meminta pelayan hotel menyediakan minuman
keras untuknya. Nurain memedam rasa melihat Zarul dengan hati yang sebal. Sakit
hatinya tetapi terpaksa ditahan. Datuk Badrul hanya merenung wajah Nurain yang merah
padam kerana menahan marah.
5.1.4
Puncak (Klimaks)
Pada bahagian ini Nurain terpaksa bersabar apabila dia diceraikan oleh Zarul
kerana Nurain menasihatkan Zarul supaya bertanggungjawab dengan kandungan
pekerja nya bernama Rosiah. Nurain yang kesedihan kerana diceraikan itu tidak
terus rebah dengan kejadian itu. Nurain masih bersikap seperti biasa dan masih
berbaik-baik dengan keluarga bekas mertuanya. Masalah muncul lagi apabila kakak
iparnya yang telah dihukum penjara selama dua tahun kerana menikam
kekasih suaminya yang sedang berasmara di atas katil di rumahnya. Anis seperti
jatuh ditimpa tangga. Perasaan Anis
tertekan .Nurain rapat dengan Anis. Nurain memberikan semangat kepada Anis.
Bagi Nurain setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang terselindung.
Sebagai seorang manusia Nurain menasihati Anis supaya bersabar dan memohon doa kepada Allah supaya
dikuatkan iman, hati dan perasaan untuk menghadapi dugaan hidup itu. Contoh
kritikan feminisme psikologi atara
Nurain dan Anis ialah:
“ Kak..walau apapun
berlaku, Nurain berjanji akan tetap berada di belakang akak. Akak jangan
bimbang. Nurain tetap menyokong akak”
Genggaman tangan Anis begitu kukuh. Nurain dapat merasakan
ketakutan Anis.
Nurain juga telah diduga apabila emak dan ayahnya di
Sabah telah meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Nurain telah menerima
wasiat bahawa dia perlu menjadi pengarah di semua syarikat milik ayahnya Abdul Bakri. Nurain ditentang hebat oleh adiknya
Nizam yang tidak berpuas hati. Nizam mahu membawa kes itu ke mahkamah dengan
menggunakan alasan wasiat itu tidak sah kerana Nurain adalah anak luar nikah.
Nurain dengan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah itu. Contoh kritikan feminisme psikologi ialah:
‘”Saya tidak mahu Nizam
tersingkir. Mungkin dia masih marahkan saya tapi ini sahaja caranya untuk membuat
dia rasa dihargai. Cuma saya mahu pakcik menjadi penasihat mereka dan segala
keputusan hendaklah dirujuk kepada pakcik. “
Nurain cuba menggunakan
pendekatan psikologi untuk melembut hati
adiknya Nizam yang marah kerana tidak diberi kuasa untuk mengendalikan Syarikat
milik bapanya itu.
Contoh kritikan feminisme psikologi yang lain ialah:
Nurain menunjukkan fail di tangannya.
“ terlalu banyak yang akak
boleh gunakan untuk menjatuhkan Nizam. Nizam mahu maruah Nizam tercemar. Nizam
mahu melihat diri Nizam jatuh terduduk hanya kerana sakit hati itu? Akak bukan tamak, suatu hari nanti harta itu akan menjadi milik
Nizam juga. Akak tidak mahukannya. Cuma akak mahu adik-beradik akak bersatu.
Akak tidak perlukan harta ini Nizam. Akak cuma perlukan penghormatan dan kasih
sayang dari adik –beradik akak. Akak tidak kisah Nizam menyaman akak. Tetapi tak malukah Nizam menghancurkan dan mengaibkan adik-beradik sendiri. Sekiranya Nizam
mengatakan akak anak luar nikah sekaligus akan memalukan ayah yang sudah tiada.
Bukan ayah sahaja..bahkan Nizam juga
memalukan emak kerana kesilapan mereka berdualah akak mendapat status
tersebut. Sanggupkah Nizam membalas tuba pada emak dan ayah yang telah
membesarkan Nizam dan memberikan Nizam
kemewahan dan kasih sayang? Mahukah Nizam mengaibkan nama ayah yang telah
tiada? Ayah dihormati oleh masyarakat
selama hidupnya.”
Nurain berjaya
melembutkan hati adiknya Nizam dan
mereka telah berdamai. Nizam telah bekerjasama dengan Nurain memajukan syarikat
peninggalan bapanya itu.
5.1.5 Peleraian
Nurain
telah membantu Anis untuk mempromosikan
kilang uniform dengan kerjasama wartawan
yang diperkenalkan oleh adiknya Nazuha. Anis dapat banyak tender daripada
syarikat besar yang mahukan uniform untuk syarikat mereka. Anis telah berjaya.
Contoh
kritikan feminisme psikologi yang ada di sini ialah:
“ Alah akak..jangan
sedihlah. Nurain nak tengok akak berjaya okey. Itu harapan Nurain. Sebab itu
Nurain selalu memikirkan jalan yan terbaik untuk akak nmendapatkan projek dan
Nurain rasa inilah peluangnya. Nurain yakin rancangan ini akan berjaya seratus peratus.
Nurain adalah seorang wanita yang
sentiasa memandang ke depan dan suka membantu orang bagi memudahkan mereka
menyelesaikan masalah. Nurain tidak
lokek dengan ilmu dan tenaga untuk membantu orang lain yang memerlukan
pertolongan. Nurain juga telah sanggup menerima semula Zarul sebagai suami setelah melihat kesungguhan Zarul untuk
berubah. Nurain sanggup melupakan segala perbuatan Zarul kepada dirinya selama
ini. Zarul amat memerlukan sokongan dan bimbingan Nurain untuk membantu dirinya
berubah menjadi insan yang lebih baik. Kehiduapan mereka bersinar bahagia
dengan dikurniakan dua orang anak iaitu Nazrah dan Nazrul. Zarul juga
menunjukan prestasi yang baik sebagai seorang pengarah di Kilang milik ayahnya
yang telahpun diwarisi dirinya itu. Contoh kritikan feminisme biologi yang melambangkan sikap Nurain yang diperakui
oleh Zarul ialah:
“Bukan mudah membaca isi
hati seorang wanita seperti Nurain namun dia tahu selama ini tindakan dan
ucapan dibibir isterinya sama seiring.
Walaupun Nurain nampak begitu tegas, namun hatinya selembut sutera. Kini dia
mula mengerti betapa ukuran kasih sayang seorang isteri tidak ternilai
harganya.
6.0 Kesimpulan
Novel
ini digarap dengan baik. Plotnya jelas dan penulis banyak menggunakan kosa kata
yang mudah difahami. Walaupun watak
utama sentiasa diuji dalam kerjaya,
rumah tangga dan keluarga mertua dan keluarganya sendiri bersama masalah perebutan
harta arwah ayahnya dengan adik-beradiknya namun dirungkai dengan baik
oleh Nurain.
Banyak
pengajaran yang telah diterapkan oleh pengarang dalam novel ini, Antaranya kita
hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup serta menerima takdir dengan penuh
keimanan. Selain itu, janganlah berprasangka dan cemburu terhadap seseorang
serta memberikan pertolongan dengan ikhlas kepada orang yang memerlukannya.
Persoalan
pokok dalam novel Hati seorang wanita adalah harga diri, kesilapan diri dan sanggup untuk bangun semula bersama tekad di
hati. Nurain disingkir oleh emak dan ayahnya kerana dia anak luar nikah, diuji
dengan perangai suami yang suka
berpeleseran dan tidak serius di dalam
melaksanakan pekerjaan dan kemudiannya diceraikan. Nurain juga menjadi
mendorong untuk kakak iparnya yang tertekan dan menghadapi hukuman penjara selama dua tahun kerana menikam kekasih
suaminya sehingga hampir mati. Nurain adalah dahan tempat Anis berpaut untuk meluahkan segala masalah yang terbuku dihati. Nurain juga diuji dengan
masalah berkaitan adiknya Nizam yang tidak puas hati dengan wasiat harta peninggalan ayahnya yang diberikan kepada
Nurain untuk diuruskan.
Nurain diuji dengan seribu
permasalahan tetapi jiwa tidak mati. Nurain tetap berusaha mencari jalan
penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapinya itu. Nurain tetap
berusaha dengan sehabis daya untuk memastikan dirinya tetap bahagia, dihormati dan dihargai oleh kakak
iparnya, ayah mertuanya, bekas suaminya dan adik-adiknya. Nurain mahu
melupuskan segala gelodak yang melanda hidupnya selamanya ini kerana
berstatuskan anak luar nikah. Nurain percaya
pasti
esok masih ada buatnya dan masih ada sinar bahagia yang menantinya. Dapat
dikatakan bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan
persoalan ketabahan Nurain, dan kerana ketabahan jugalah timbul kegigihan, kesunguhan dan
keikhlasan watak utama dan sampingan untuk mencari harga dirinya yang roboh kerana statusnya
sebagai anak luar nikah dan juga bekas banduan. Nurain mendapat kekuatan jiwa
kerana dia reda dan sentiasa berserah
dan bersangka baik dengan Allah. Nurain percaya setiap sesuatu itu terjadi
mesti ada sebab dan musababnya. Kita hanya perlu berdoa semoga Allah
mempermudahkan segala penyelesaian
kepada cubaan yang diberikan oleh Allah
itu.
Refleksi
Kritikan Sastera
Syukur saya
dapat menyiapkan kerja kursus Kritikan Sastera ini. Sepanjang saya membuat kertas
kerja selama 3 semester saya belajar ini membuat kertas kerja Kritikan sastera
paling sukar. Bagi mencari isi-isi bagi ditulis di dalam powerpun sukar. Bahasa
bahan yang saya dapat juga agak tinggi.
Saya membaca bahan modul dan buku Bahasa Melayu II keluaran Oxford Fajar sahaja
bahasanya lebih mudah. Saya mencari- cari bahan di internet. Ada juga yang
dapat membantu saya untuk membuat power point. Saya membuat power point sendirian.
Lebih kurang dua minggu juga saya mengubah suaikannya. Apabila saya berjaya menyiapkan setiap slide saya meminta
seorang guru yang lebih muda daripada saya untuk membuat kritikan hasil kerja
saya.
Katanya saya menggunakan
bentuk-bentuk yang kaku dan tertumpu bentuk segi empat. Saya mengubah semula
reka bentuk power point saya. Saya menukar warna banyak kali untuk mencari
kesesuainya. Sehinggakan waktu saya mahu mencetak power point saya masih mengubah warnanya. Saya juga risau
dengan warna yang saya pilih. Saya mahu
power point saya cantik dan menarik untuk
dibaca bahan saya ini.
Bagi membuatkan kritkan sastera
bahagian B juga saya menghadapi kesukaran. Saya tiada contoh untuk membuat
kertas kerja ini. Saya semak Modul Kritikan
Sastera. Saya tetap tidak faham. Saya terlepas nota daripada kawan-kawan
saya sesama kuliah. Kemudian saya meminta kawan saya Azizah untuk mengeposkan
nota itu untuk saya. Saya mendapat contoh daripada kawan-kawan guru yang
terlebih dahulu belajar daripada saya.
Walaupun contoh itu lain daripda tajuk yang saya perlu buat tetapi saya bersyukur kerana saya
masih boleh menggunakannya sebagai panduan. Saya tidak tahu perkara-perkara yang perlu saya masukkan di dalam Kritikan Sastera saya ini.
Kefahaman saya novel yang boleh digunakan
adalah novel sastera. Saya ingatkan saya perlukan novel yang telah menangi
anugerah. Saya telah membeli cerpen Dr. Anwar Ridhwan Sasterawan Negara. Saya
kurang faham dan kebanyakkan cerpennya itu tidak begitu sesuai dengan teori
feminisme. Saya mahu membuat kerja ini tetapi saya tidak mendapat novel
yang sesuai. Saya teringatkan sebuah novel Ranjau sepanjang jalan yang ada di
kelas Pendidikan Khas, saya cuba mencarinya tetapi tidak ada lagi di rak buku
Pendidikan Khas. Pembantu murid di kelas khas telah mengemas rak itu dan tidak
ingat lagi buku itu disimpan di tempat
yang mana. Saya kebingungan. Kalau mahu mencari buku itu di kedai buku
pasti tidak ada lagi kerana buku itu keluaran lama. Saya cuba mencari buku
Badai semalam. Buku ini juga sukar untuk didapati. Saya menacari novel di
internet. Semua novel disediakan sekadar sebahagian sahaja buku. Saya rimas
dengan keadaan ini.
Saya menelefon semula rakan guru yang
pernah membuat kerja kursus ini pada tahun lepas. Saya memberitahu masalah yang
saya hadapi. Menurut penerangannya buku
yang ada di pasaran sekarang juga boleh digunakan jika sesuai dengan teori yang
kita mahu dihuraikan. Dia memberi contoh buku
Ombak rindu. Saya sungguh gembira. Saya ada banyak novel di rumah saya.
Saya memang suka membaca novel. Saya memilih novel Norhayati Berahim yang
bertajuk Hati seorang wanita yang saya fikir amat sesuai dengan teori feminisme yang saya perlu
huraikan. Saya mula membuat rangka kerja saya. Saya lihat beberapa contoh yang
saya dapati di internet. Saya membaca novel itu semula. Saya telah lama membeli novel ini. Saya telah
lupa jalan ceritanya Saya bertekad untuk menghabiskan dalam jangka masa yang
singkat. Apabila perlu membuat sesuatu dengan perasaan yang kurang seronok,
terpaksa serta kandungannya agak tebal,
tulisannya juga agak halus bagi mata saya yang telah mula dihambat usia, maka
saya rasa amat mengantuk. Saya terpaksa
bangun dan tidaur beberapa kali untuk menghabiskan pembacaan saya. Saya perlu habiskan juga.
Banyak lagi kertas kerja yang lain yang perlu saya siapkan. Semuanya perlu dihantar pada interaksi ketiga. Saya
paling risau tentang kerja kursus
Pengajaran Bahasa Melayu di dalam ICT. Saya bimbang takut saya tidak mampu menyiapkannya. Saya
bertungkus-lumus membuat kertas kerja yang lebih mudah terlebih dahulu. Saya
perlu menumpukan masa untuk menyiapkan kertas kerja itu. Saya perlu belajar
daripada guru muda di sekolah saya yang lebih celik teknologi
maklumat daripada saya. Saya rasa saya belum terlambat untuk mempelajarinya.
Saya pilih rangka-rangka yang saya
rasa patut saya masukkan dalam kerja kursus saya ini. Saya menaipnya mulai
selepas sembahyang subuh. Saya memulakan
dengan membuat sinopsis. Saya memang suka bahagian ini. Saya suka menghayati
ayat-ayat dalam novel berbanding dengan menonton wayang ataupun menonton
telefilem di dalam televisyen. Saya
terpaksa berhenti untuk sementara kerana kewajiban sebagai ibu yang perlus saya
laksanakan. Saya perlu memasak sarapan pagi untuk anak dan suami. Inikan juga
salah satu daripada prinsip kritikan
feminisme yang perlu saya saya karang sekarang. Peranan wanita
dari sudut biologi yang perlu ditonjolkan iaitu pandai memasak.
Ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang
wanita yang menjadi dambaan lelaki.
Saya teruskan usaha saya setelah
selesai menguruskan rumah tangga. Masa berlalu begitu cepat apabila kita mahu menggunakannya. Saya belum mampu untuk
menyudahkan kerja saya. Saya berjanji akan menyambungnya semula. Saya perlu
berjaga malam ini. Saya perlu menyiapkan refleksi saya. saya perlu tidur, juga takut mengantuk untuk mengajar anak didik
saya esok hari. Kerja-kerja di sekolah juga menimbun. Saya belum alagi bertemu
dengan Guru Besar untuk menandatangi kertas kerja Unit beruniform pengakap yang
akan dibuat oleh kami guru Pendidikan Khas pada 19.4. 2013 nanti. Saya tidak pandai untuk menaip
dengan begitu laju seperti kawan-kawan saya yang masih muda itu. Mereka menyoal
mereka mengapa mereka begitu cekap
menaip? Kata mereka, mereka telah dilatih semasa bekerja di pejabat
insuran dahulu. Semua kerja perlu dihantar mengikut “dateline”.
Kalau saya mampu menaip seperti itu
dan kurang kesalahan mesti kerja saya
akan siap dengan lebih cepat. Akhirnya saya dapat menyudahkan kerja kursus saya dan mencetak
kerja kursus saya dan menyemak ayat-ayat
yang saya bina. Saya perlu menyusun bibliografi saya terlebih dahulu.
Saya perlu membuat kerja itu kemudian kerana tangan dan bahu saya telah lenguh
kerana menaip. Saya perlu tidur. Saya
perlu bangun awal pagi untuk menyiapkan keperluan anak saya. Teori feminsme
betul-betul membuka mata saya tentang peranan wanita yang perlu diiktiraf oleh
kaum lelaki. Saya harap refleksi saya
ini diterima oleh pensyarah yang
mengajar saya iaitu Puan Faziah binti Ibrahim. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri.
Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan