Kerja kursus Fonologi dan Fonetik
1.0
Pengenalan
Menurut Asmah
Hj.Omar (1986) bahasa
yang digunakan oleh manusia menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam
tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita
suara. Mengikut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul ’Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang
fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Mengikut Arbak Othman (1983) pula, fonetik adalah
kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia (Ali Mahmood, 2010). Menurut Rahimah Haji Sabran dan
Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu
dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat
Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of
selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously
been called phonology”.
1.1 Konsep fonologi dan fonetik
Definisi
fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik)
yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain selain bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa
manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ
sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan
diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan oleh
alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk,
bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya
bukanlah dalam penelitian fonetik. Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan
mengikut cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan
yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik juga merangkumi
penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi tiga aspek iaitu
penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan
manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah
penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik.
Aspek yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran,
termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas
pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga
dikenali sebagai fonetik auditori.
1.2 Bunyi Bahasa
Bunyi boleh ditakrifkan
sebagai gelombang-gelombang udara yang digetarkan pertama sekali oleh pita
suara, dan diubah dalam tenggorokan, rongga mulut, dan rongga hidung.
Gelombang-gelombang udara ini seterusnya menyentuh gegendang telinga pendengar,
sebagaimana dinyatkan oleh Lutfi Abas (1985; 46) Manakala bunyi bahasa ialah
bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini , bunyi bahasa ialah
bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
A) Bunyi vokal
Bunyi vokal ialah
bunyi-bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut,
pita suara digetarkan. Terdapat lapan bunyi vokal iaitu enam vokal asli [a,e,i,o,dan
u]. Dua vokal yang terdapat dalam kebanyakkan dialek [ɛ dan ɔ]. Terdapat
empat vokal depan [i], [e][ɛ], dan[a], satu vokal tengah [ɚ],
dan tiga vokal belakang[ u], [o] dan [ɔ]. Kata depan, tengah, dan
belakang merujuk kepada bahagian pada lidah. Ciri-ciri bunyi vokal ialah bersuara,
udara keluar dari paru-paru berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan. Penghasilan
bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan
bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama
ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan
setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja
( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat
sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis
dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Vokal
merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i Vokal hadapan
ii Vokal tengah
iii Vokal belakang
Gambarajah vocal adalah
seperti dibawah:
a) Vokal hadapan sempit atau
tinggi [ i ]
Hadapan lidah dinaikkan setinggi
mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara
manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau
sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan.
contoh:
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Ikan
|
Sila
|
ceri
|
Insan
|
Silau
|
basi
|
Ibu
|
Limau
|
keli
|
b) Vokal Hadapan Separuh
Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/
pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian,
hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja
daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula
dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari paru-paru disalurkan
keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu
juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Contohnya:
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Ekor
|
Belek
|
sate
|
Epal
|
Berang
|
tauge
|
Elok
|
Kekok
|
kole
|
c) Vokal Hadapan Separuh Luas
atau Separuh Rendah [ ε ]
Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan
melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras,
tetapi rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian,
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara
dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara
digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal
ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah. Sebagai
contoh perkataan dielek kelantan:
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Esok
|
Getek
|
ude
|
Ejek
|
Pelek
|
tule
|
Edoh
|
Beso
|
gode
|
d) Vokal hadapan luas atau rendah
[ a ]
Turut dikenali juga sebagai vokal
hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah
hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru
disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan.
Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi
yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh:
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Adik
|
Rapi
|
bila
|
Asuh
|
Rapat
|
kita
|
Alam
|
Ragi
|
rupa
|
B) Vokal tengah
1)
Vokal Tengah ( Pendek )[ ә ]
Bibir berada di keadaan
hampar. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar
melalui rongga hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Vokal ini hanya ada di awal dan tengah perkataan sahaja.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
emak
|
kemas
|
-
|
enam
|
berat
|
-
|
emas
|
penat
|
-
|
C)
Vokal belakang
1)
Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ]
Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaiikan tinggi(setinggi
mungkin ke arah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutupi rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara yang
keluar dari paru-paru mengetarkan pita
suara ke rongga mulut.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Ubi
|
Kusta
|
paku
|
Unta
|
Kubur
|
bayu
|
Untuk
|
Kundur
|
labu
|
2)
Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ]
Bibir
dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
obor
|
bola
|
soto
|
oren
|
tolong
|
solo
|
Opah
|
toleh
|
polo
|
3) Vokal
Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah) [ͻ ]
Bibir dibundarkan.Belakang
lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Pita suara dirapatkan supaya
udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5.
Contoh ( dalam dialek Kelantan ) :
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
oloh
|
Sudoh
|
bilo
|
ore
|
Pokok
|
kito
|
Otok
|
Boroh
|
guwano
|
4) Vokal sengau
Penyengauan
atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada
proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti
oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti
dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan
ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup
sepenuhnya semasa menyabut bunyi vokal dalam perkataan tersebut.Biasanya
vokal-vokal sengauan ini hadir dalam keadaan berikut :
1. Sebelumnya terdapat konsonan sengauan.
Contohnya : [ mama ] [ minum ]
2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam
struktur ini, konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran glotis
[ h ].
Contoh : [ ɲawa ] [ m ãhu ]
3. Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan
KVVK.
Contoh : [ m Ɂal ] [ m Ɂak ]
4. Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan
KVKVV.
Contoh : [ duniya ] [ m n ua i ]
5. Vokal bagi perkataan
yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti geseran rongga tekak [ Ɂ ]
dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ].
Contoh : [ saɁat ] [ m n ã
faɁ ã t ]
2.2 Bunyi Konsonan asli
Konsonan
ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.
Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.
Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang
keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara
adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita
suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a)
dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b
).
b)
dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c)
dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara (
k, g ).
d)
satu konsonan hentian glo tis. ( ? )
e)
dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f)
dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak
bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
g)
satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h)
satu konsonan sisian bersuara ( I ).
i)
empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j)
dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal
dua
bibir bersuara ( w ).
k)
satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan
konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua
bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.
1.
Konsonan
Letupan
A)
letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]
Dua
bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang
keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat
keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian
dilepaskan serta-merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
pokok
|
Lepas
|
atap
|
pukul
|
Dapur
|
dakap
|
panjat
|
Sepak
|
sedap
|
B)
Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]
Dua
bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke
rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada
dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian udara
dilepaskan dengan serta merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
buku
|
tiba
|
sebab
|
batu
|
tubuh
|
kitab
|
budak
|
tabur
|
adab
|
C)
Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada
bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
tahu
|
satu
|
sebut
|
tarik
|
datuk
|
lembut
|
tolong
|
putus
|
parut
|
D)
Letusan gusi bersuara [ d ]
Hujung
lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang
keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru Keluar dengan
mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi,
kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Duka
|
duduk
|
Tekad
|
Dapur
|
sidang
|
Maksud
|
Dalam
|
padang
|
Abad
|
E)
Letusan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]
Belakang lidah dinaikkan
dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatanpenuh pada arus udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udarasupaya tidak dapat keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Udaratersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian
dilepaskan dengan serta merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Kota
|
Sukat
|
badak
|
Koma
|
Sukan
|
sorak
|
Kutu
|
Sukar
|
karak
|
F) Letusan
lelangit lembut bersuara [ g ]
Belakang lidah
dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru-paru. Lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapay
keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara
tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
gambar
|
agar
|
beg
|
gaung
|
agih
|
dialog
|
gambir
|
agama
|
monolog
|
G)
Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ č ]
Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk
membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat
sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut
tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut
dilepaskan dengan perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta).
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
cuti
|
banci
|
mac
|
curi
|
koci
|
koc
|
cili
|
kunci
|
H)
Letupan Lelangit Keras – Gusi Bersuara [ ǰ ]
Depan
lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan pada
arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada
memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan
menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras – gusi. Udara
dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ).
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
jambu
|
Tajam
|
kolaj
|
juri
|
Hujan
|
kolej
|
jumpa
|
Hujah
|
imej
|
I)
Hentian
Glotis [Ɂ ]
Pita suara
dirapatkan serapat-rapatnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat serta
terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
Ɂibu
|
saɁat,
|
anaɁ,
|
Ɂikan
|
jumaɁat
|
goloɁ,
|
Ɂada
|
-
|
tidaɁ
|
Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak
Bersuara [ s ]
Daun lidah dinaikkan ke
arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan
pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. Udara
dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita
suara tidak digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
sama
|
dasar
|
bas
|
sapu
|
pasar
|
kebas
|
samar
|
risau
|
cantas
|
Geseran Glotis Bersuara
[ h ]
Pita suara
direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar dengan menggeser
melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
hangat
|
tahap
|
pipih
|
hisap
|
sihat
|
papah
|
hasad
|
bahan
|
sampah
|
Konsonan Getaran
1. Getaran Gusi Bersuara [ r ]
Hujung lidah dikenakan pada
gusi. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan
menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
rapat
|
kurap
|
debar
|
rasuah
|
karib
|
sedar
|
rakan
|
sirap
|
malar
|
Konsonan Sisian
1. Sisian Gusi Bersuara [ l ]
Hujung lidah dikenakan pada
bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut,
tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
lelaki
|
selat
|
pukal
|
lena
|
silat
|
sundal
|
lama
|
solat
|
bakul
|
Konsonan Sengauan ( Nasal )
1. Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ]
Bibir bawah
dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar
dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
supaya udara dapat memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru memasuki rongga
mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan pita suara
digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
malap
|
sama
|
lembam
|
marah
|
samun
|
kelam
|
murka
|
semak
|
talam
|
Sengauan Gusi
Bersuara [ n ]
Hujung lidah
dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yangkeluar dari
paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka
rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian
keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
nona
|
sana
|
papan
|
namun
|
mana
|
depan
|
nanas
|
kena
|
simpan
|
Sengauan
Lelangit Keras [ ɲ ]
Depan lidah
dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit mulut dan anak tekak
diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru dapat
keluar dari rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan
terhalang pada daerah lelangit keras gusi, kemudian keluar melalui rongga
hidung. Pita suara digetarkan. Contohnya :
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
nyonya
|
minyak
|
-
|
nyawa
|
banyak
|
-
|
nyamuk
|
lanyak
|
-
|
Sengauan Lelangit Lembut
Bersuara [ ɳ ]
Belakang lidah dinaikkan
dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan sehingga
membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paru-paru ke rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah
lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
nganga
|
bangkai
|
menang
|
ngantuk
|
bingkai
|
lemang
|
ngaji
|
bangku
|
selang
|
Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]
Belakang lidah
di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama
seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ). Udara keluar
dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasamenghasilkan
bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk
menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya :
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
wang
|
awak
|
Sepak takraw
|
wangi
|
bawa
|
-
|
wanita
|
lawa
|
-
|
Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]
Depan lidah dinaikkan ke
arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [ i ],kemudian semasa
menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal
tengah [ e ]. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada
dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
yatim
|
dayang
|
-
|
yuran
|
bayang
|
-
|
yakin
|
sayang
|
-
|
Konsonan Pinjaman
Konsonan pinjaman bukan berasal
daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa
Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi asalnya terus digunakan
dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyibunyi
geseran.
1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara
[ f ]
Bibir bawah dihampirkan
pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser
melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari
paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita
suara tidak digetarkan. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan
menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi.
Pita suara tidak digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
faham
|
sifir
|
mualaf
|
fikir
|
sifar
|
huruf
|
fitnah
|
sifat
|
maaf
|
Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v]
Bibir bawah
dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan
menggeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser
melalui sempitan pada daerah bibir-gigi.
Pita suara digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
vokal
|
universiti
|
-
|
varnis
|
novel
|
-
|
variasi
|
-
|
-
|
Geseran Gusi Bersuara [z]
Daun lidah
dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan
pada daerah gusi. Pita suara digetarkan.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
zink
|
muzium
|
lafaz
|
zaman
|
muzik
|
hafaz
|
zakat
|
kuiz
|
Geseran gusi lelangit keras [s]
Lelangit
lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tidak
bergetar.
Awalan
|
Pertengahan
|
Akhiran
|
syukur
|
misal
|
-
|
syamil
|
mesyuarat
|
-
|
syahadah
|
-
|
-
|
2.3 Bunyi diftong
Gabungan dua vokal yang
terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran
bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen dan bunyi
yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.
Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].
1) Diftong yang
pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada mulanya berada
pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan untuk
vokal[ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ].
Contohnya, cuai, gulai,
salai.
2) Diftong yang
kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan kemudian dibundarkan.
Contohnya, garau, surau, silau.
3)
Diftong yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah
berada pada kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ].
Bibir yang mula-mula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar.
Contohnya,
amboi, sepoi, dodoi.
2.0
Transkripsi
3.1 Petikan Dewan Masyarakat
“Pemerkasaan” dan “Permartabatan” Bahasa Melayu
Oleh HASSAN AHMAD
Sejak 1990-an, orang Melayu
sering bercakap tentang soal perlunya bahasa Melayu diperkasakan dan dimartabatkan. Mereka mengadakan banyak
seminar dan menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu.
Anehnya, mereka yang sibuk memperlihatkan keprihatinan terhadap isu ini
termasuklah pegawai kerajaan dalam sektor kerajaan yang bertanggungjawab
memperkasakan atau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi
kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/1968, tidak menjalankan tugas
mereka dengan berwibawa. Lebih aneh lagi, orang yang sibuk bercakap tentang
soal memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang
bertanggungjawab “memperkosa” bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja mengabaikan
mutu penggunaan bahasa Melayu (misalnya, menggunakan bahasa rojak
Melayu-Inggeris), tetapi dalam tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang
digubal. Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan pada 2003 adalah salah satu bukti
kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa ilmu
sains dan Teknologi. Padahal bukan mereka tidak tahu sudah ada ribuan orang
profesor, pensyarah, guru, dan sarjana yang mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu. Sejak
1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan rasmi
kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu. Apabila
timbul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak yang
berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera, tetapi
tidak menyelesaikan masalah.
Datuk Dr. Hassan Ahmad,
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke
UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.2 Transkripsi
tulisan tangan
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4.0 Refleksi
Sepanjang
membuat kerja kursus ini saya dapat mengetahui bahawa kerja kurus ini adalah
berkaitan dengan cara sebutan huruf itu
dibunyikan. Sebutan fonetik dan fonologi ini
dapat membantu murid itu mempelajari
dan memahami bahasa kedua dengaan lebih mudah. Bagi Orang Melayu fonetik
amat berguna untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Masalah penyebutan bunyi bahasa
asing dapat diselesaikan dengan baik jika memahami bidang fonetik. Di dalam
kamus contohnya kamus Oxford ditunjukkan dengan jelas cara penyebutan sesuatu
perkataan Bahasa Inggeris dengan menggunakan huruf vokal, konsonan dan diftong
di dalam sebutan fonetik dan fonologi.
Masalah sebutan sesuatu perkataan dapat diselesaikan dengan betul jika
mengetahui sebutan fonetik dan fonologi. Murid-murid tidak perlu takut salah
lagi untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris di depan khalayak yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di dalam kehidupan mereka.
Pengetahuan tentang peranan dan fungsi
alat-alat ujaran yang terlibat untuk menghasilkan sesuatu bunyi bahasa dan
dengan bantuan gambarajah akan membantu murid memahami tatacara pengeluaran
sesuatu bunyi bahasa asing di dalam bahasa mereka. Di dalam Bahasa Melayu
sendiri terdapat beberapa perkataan yang melibatkan e pepet dan e taling juga
sukar untuk ditentukan sekiranya tidak mengetahui bidang fonetik dan fonologi
untuk menyebutnya bagi murid-murid bukan berbangsa Melayu dan bagi mereka yang
tidak menggunakan Bahasa Melayu di dalam kehidupan mereka. Murid-murid yang
mahu belajar membaca juga akan menghadapi masalah untuk mmebatangkan sukukata
jika tidak mengetahui tentang bidang fonetik dan fonologi. Mereka telah diasuh
secara tidak langsung oleh guru mereka di dalam bidang fonetik dan fonologi di
dalam bidang pembacaan. Contohnya perkataan yang mempunyai dua makna berbeza
tetapi di dalam ejaan yang sama ialah semak dan perang.
Kajian fonetik dan fonologi ini amat
berguana kepada guru-guru Bahasa Melayu. Pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa
seperti struktur dan sistemnya akan memudahkan guru-guru memberikan huraian dan
penjelasan aspek-aspek sebutan bahasa
kepada murid. Pengetahuan bidang fonetik artikulatori akan membuatkan
para guru lebih berkemampuan untuk memberikan penjelasan kepada pelajarnya
tentang proses penghasilan Sesuatu bunyi bahasa, terutamanya bunyi-bunyi bahasa
asing.
Guru-guru juga boleh memberi
perbandingan semasa mengajar bahasa kepada murid yang tidak memahami Bahasa
Melayu dengan menggunakan bidang fonetik dan fonologi. Guru-guru oleh
memudahkan murid-murid ini untuk memahami Bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan fonetik dan fonologi.
Guru-guru dapat memperluaskan perbendaharaan kata murid di dalam Bahasa Melayu
dan Inggeris sekiranya murid dapat memahami sebutan Bahasa Melayu dan Inggeris
dengan menggunakan bidang fonetik artikulatori.
Ulasan
Catat Ulasan