Betul ke..benar ke..

Betul ke..

Betul ke
perempuan suka menguasai
betul ke
perempuan bisa membuatkan lelaki tergoda
betul ke..
perempuan boleh mengacau bilaukan hidup lelaki
betul ke
perempuan menentukan jatuh bangun seorang lelaki
betul ke..
betul ke..
seorang perempuan itu terlalu kemarukkan seorang lelaki
benar ke..
seorang yang obsess akan cuba mendapatkan apa yang diinginkan..
benar ke
seorang perempuan yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkan...
benar ke..
seorang perempuan yang mata duitan akan berusaha  mendapatkan lelaki idaman..
benar ke..
perempuan itu sanggup mengadaikan maruah untuk sebuah kemahsyuran..
benar ke..
perempuan suka menggunakan kecantikkan untuk meraih perhatian..
Benar ke..
seorang perempuan menggunakan godaaan untuk melumpuhkan kegagahan seorang lelaki

benarkah lelaki itu
sanggup menabur wang untuk membeli hati wanita
benarkah..
seorang lelaki itu mudah tergoda
benarkah..
seorang lelaki itu suka mencukupkan kuota
benarkah
seorang lelaki sanggup melakukan segalanya untuk menutup kelemahannya
Benarkah...benarkah..
Aku sering terfikir semua ini
kerana ia seperti realiti
yang sering dimomokkan ..
Dilayarkan..
Hati jadi gundah..
Kepala menjadi parah..
sungguh hina dunia ini
dipenuhi hidup yang digelumangi
dengan seribu kejahatan...

Seorang Ustaz memberitahu..
Dengan susuan susu ibu
boleh membuat anak lelaki dan perempuan
mudah dibentuk
mengikut acuan yang sebenarnya
jauh dari hidup yang tersasar..
wahai perempuan..
mari kita ubah persepsi ini..
perempuan bukan pemusnah kehidupan
sebaliknya pembina kehidupan yang diberkati Allah.
Amin..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)