Kerja kursus seni dalam Pendidikan semasa PPG 2012-2015
BAHAGIAN A: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 24.2.2015
Masa : 8.00
pagi – 9.00 pagi
Tahun : 1
Cemerlang
Bilangan
murid : 30 orang
Mata
pelajaran : Bahasa
Melayu
Tema :
Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Anggota badan
Standard kandungan : 4.1Menyebut dan memahami unsur
seni dalam lagu nyanyian
secara
didik hibur.
Standard
pembelajaran : 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata
lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara
didik hibur.
Objektif
pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Murid membaca lirik lagu dengan
sebutan, intonasi yang
betul.
2..Menyebut dan mengenali tiga anggota badan yang dipelajari.
3. Menulis
tiga jawapan yang betul daripada lima soalan yang diberikan.
Elemen
merentasi kurikulum : Ilmu
kesihatan, Sains, Pendidikan Jasmani,
Matematik , nilai murni
Nilai murni : Kebersihan diri, kasih sayang
Elemen nilai
tambah
: Kemahiran berfikir, kecerdasan
pelbagai, kreativiti dan inovasi
Bahan bantu
mengajar : Kad perkataan, video lagu
kalau rasa gembira, lembaran kerja,
: gambar
anggota badan, perisian power point
Strategi PDP : Pemerhatian direktif, kolaboratif
Pengetahuan
sedia ada murid: Murid biasa menyanyi di
dalam Pelajaran Muzik
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Set
induksi
(
5 Minit )
|
Lagu: Kalau rasa
gembira
Soalan:
1.
Apakah
anggota yang disebutkan dalam lagu.
2.
Apakah
anggota badan yang lain?
|
1.
Murid
mendengar lagu kalau rasa gembira
2.
Murid
menyanyi dengan iringan muzik.
3.
Murid
menyanyi sambil membuat pergerakan yang ada dalam lagu
4.
Murid
menjawab soalan daripada guru tentang lagu.
|
kreativiti dan inovasi
KBT:Kemahiran berfikir
|
Langkah
1
(
10 minit )
|
Lirik lagu: Kalau Rasa Gembira
Soalan:
1.
Apakah
makna perkataan
·
Gembira
·
Hentak
·
Pusing-pusing
·
tepuk
2.
Apakah
perkara yang boleh membuatkan rasa gembira?
3.
Bolehkah
kita gembira apabila kita sakit?
4.
Apakah
langkah untuk elakkan diri jatuh sakit?
Nilai
murni:
Kita mesti menjaga
kebersihan anggota badan kita supaya kita sentiasa sihat. Contohnya: kita
mesti membasuh tangan sebelum makan supaya kotoran tidak memasuki makanan semasa kita makan.
5.
Murid menyanyikan semula lagu kalau rasa gembira dengan membuat pergerakan.
|
1.
Murid
membaca lirik lagu
mengikut
guru.
2.
Seorang
murid membaca diikuti rakan yang lain.
3.
Murid
membuat aksi gembira seperti diarahkan guru.
4.
Murid
menjawab soalan guru.
5.
Guru
membuat menerapkan nilai murni.
|
KBT: Kemahiran
berfikir
Nilai murni
KBT: Kecergasan
pelbagai
Kecergasan
interpersonal
|
Langkah
2
(
10 minit )
|
Kata Kerja
1.
Sebutkan
perbuatan yang boleh dilakukan oleh tangan.
2.
Sebutkan
perbuatan yang boleh dilakukan oleh kaki.
3.
Sebutkan
perbuatan yang boleh dilakukan oleh mata.
4.
Sebutkan
perbuatan yang boleh dilakukan oleh
5.
telinga.
6.
Sebutkan
perbuatan yang
boleh
dilakukan oleh mulut.
|
1.
Murid
mendengar arahan guru.
2.
Murid
mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.
3.
Murid
menyebut perbuatan yang boleh
dilakukan oleh
4.
anggota
badan seperti tangan, kaki,
mata,telinga dan mulut.
5.
Murid
melihat perkataan yang ditunjukkan guru dalam power point.
6.
Murid
mengeja dan menyebut perkataan bersama guru.
7.
Murid
membuat aksi yang
menunjukkan
perbuatan anggota badan yang ditunjukkan guru.
|
KBT:
Kemahiran berfikir
Pergerakan kinestatik
|
Langkah
3
(
15 minit )
|
Anggota badan yang
disediakan
1.
Tangan
2.
Mata
3.
Mulut
4.
Telinga
5.
Hidung
Alatan
lain
1.
Gam
2.
Gunting
3.
Pensel
dan pemadam
4.
Pensel warna
5.
Kertas
lukisan
Cara
kerja
1.
Murid
perlu melukis bentuk muka
2.
Murid
menyusun anggota bahagian muka mengikut tempat yang sesuai.
3.
Murid
melukis rambut
4.
Murid
melukis kening
5.
Murid
mewarna wajah mengikut kesesuaian warna kulit manusia
|
1.
Murid
dikumpulan di dalam kumpulan kecil.
2.
Murid
mendengar arahan guru.
3.
Murid
diminta untuk mereka cipta wajah manusia dengan anggota badan yang disediakan
guru.
4.
Murid
menampalkan gambar yang telah siap di
sudut yang ditentukan guru.
5.
Murid
memberikan pendapat tentang hasil kerja yang dibuat oleh kumpulan mereka.
|
Kerja berkumpulan secara kolaboratif
KBAT:
Strategi berfikir
secara metakognitif
Kepimpinan
Seorang ketua dilantik
untuk memberikan tugasan kepada ahli kumpulan.
Nilai murni bekerjasma
|
Langkah
4
(
15 Minit )
|
Latihan penulisan
1.
Kumpulan
menguasai kemahiran
·
Mencantumkan
ayat dalam kumpulan A dan kumpulan A.
·
Kemudian
murid perlu menulis semula ayat
tersebut.
2.
Kumpulan
lemah
·
Menulis
ejaan perkataan anggota badan
berdasarkan gambar yang diberikan. ( ejaan di sediakan )
|
1.
Murid
mengambil lembaran kerja yang diedarkan guru.
2.
Murid
membuat latihan yang diberikan guru.
|
Kemahiran berfikir
Nilai
murni
bantu-membantu
( murid yang pandai membantu murid yang lemah ).
|
Penutup
(
5 Minit )
|
Nilai murni
1.
Murid
semuanya
2.
Murid
mengikuti pelajaran dengan baik pada hari ini. Berikan tepukan untuk diri
sendiri.
3.
Kita
mestilah mengembirakan hati ibu bapa kita dengan cara:
·
Mendengar
nasihat mereka
·
Melakukan
pekerjaan yang diminta pertolongan oleh ibu bapa.
·
Menjadi
anak yang baik.
·
Rajin
pergi sekolah dan membaca buku.
·
Menjaga
kebersihan diri.
|
1.
Murid
menyanyikan lagu Kalau rasa gembira dengan membuat
pergerakan.
2.
Murid
mendengar kesimpulan yang guru berikan tentang pelajaran yang dipelajari hari
ini.
|
kreativiti dan inovasi
Pergerakan kenestatik
Penerapan nilai murni.
|
Bahagian a ( ii ) :
Ulasan kritis tentang rancangan pengajaran harian
Rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang dipilih adalah rancangan pengajaran harian
Bahasa Malaysia Tahun 1, yang menggunakan kemahiran Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Sekolah Kebangsaan ( KSSR). Kemahiran standard kandungan yang dipilih adalah 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu nyanyian secara didik hibur.
Sementara kemahiran standard pembelajaran yang dipilih adalah 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata
lagu melalui nyanyian dan gerak laku
secara didik hibur.
Di dalam set induksi, penggunaan lagu yang
bertajuk Kalau Rasa Gembira digunakan. Lagu ini mempunyai melodi, irama yang rancak dan mengembirakan.
Kanak-kanak boleh membuat pergerakan ketika menyanyikan lagu ini. Murid dapat
menggunakan kecerdasan kinestatik dengan
membuat pergerakan seluruh anggota tubuh
untuk menyampaikan maksud lagu. Murid juga akan dapat mengaplikasikan kecerdasan muzik iaitu
berkeupayaan menghayati muzik, peka
terhadap melodi dan ton. Murid juga mampu untuk menyampaikan makna dalam nada dengan penuh penghayatan. Semasa menyanyi,
murid dapat mengesan makna yang
disampaikan oleh lagu itu. Guru dapat menguji dan mengesan kefahaman murid dengan
cara melakukan aktiviti bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan intipati lagu. Contohya lagu ini
mengisahkan tentang perlahiran perasaan gembira dengan melakukan
pergerakan seperti bertepuk tangan, menghentak kaki, mengenyit mata dan
menyebut hora horey. Menurut Salmah Ayob
( 1998 ), pergerakan kreatif
merupakan satu bentuk aktiviti yang
menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan
dilakukan secara kreatif. Pergerakan murid semasa menyanyi ini dapat membantu
murid untuk menyelesaikan masalah dan melahirkan
perasaan mereka. Pergerakan kreatif
boleh membantu murid untuk bergerak
mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Setiap individu akan teransang untuk meluahkan perasaan dan persepsi mereka
berkenaan muzik yang didengari oleh mereka. Muzik adalah terapi jiwa manusia yang boleh membuatkan emosi menjadi seimbang dan merasai suatu perasaan
ketenangan di jiwa dan perasaan. Menurut
Mahmood Nazar Mohammad Nazar (1991) dalam Ismail bin Saiman dan rakan ( 2014), emosi
itu satu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi. Di
dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan
akan membina diri kanak-kanak kemahiran memerhati, kesedaran dan
arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk tekstura dan irama. Sekarang ini perhatian murid terhadap
pelajaran sudah mula berfokus melalui aktiviti yang
telah berjaya menarik minat murid iaitu melalui lagu Kalau Rasa Gembira yang
menyeronokkan hati murid-murid.
Sekarang guru boleh mengalihkan perhatian murid untuk menjuruskan kepada isi pelajaran yang akan dipelajari iaitu berkenaan anggota badan. Sebelum guru
meneruskan pelajaran, guru bersoal jawab dengan murid untuk melatih kemahiran
berfikir murid dan pengetahuan sedia ada
murid berkenaan isi cerita lagu. Contoh soalan yang boleh dikemukakan guru
adalah:
1.
Apakah
anggota badan yang disebutkan dalam lagu?
2.
Sebutkan
anggota badan yang lain yang kamu tahu?
Guru
harus mewujudkan hubungan interpersonal dengan murid melalui pendekatan hubungan interpersonal.
Menurut Mok Soon Sang (2011), penggunaan pendekatan hubungan interpersonal adalah untuk
mengukuhkan hubungan positif antara guru
dengan murid –muridnya. Pendekatan ini
mengutamakan komunikasi berkesan dan perbincangan yang akan memupuk disiplin arahan diri dan seterusnya membentuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Di
dalam langkah satu, guru menggunakan lirik lagu sebagai bahan bacaan. Murid-murid
tahun satu suka mengikuti pelajaran secara berhibur. Murid-murid berminat untuk
membaca dan menghafal lirik lagu. Tambahan pula bila melodi lagu itu menarik
hati dan membolehkan mereka untuk
bergerak. Untuk menambahkan pengetahuan murid, guru juga boleh meminta murid untuk memberikan makna perkataan
seperti gembira, hentak, kenyit dan pusing. Cara ini akan menambahkan perbendaharaan kata
murid-murid. Murid-murid perlu
diperkenalkan cara untuk menggunakan kamus dengan memberi peluang murid untuk mencari makna perkataan
menggunakan kamus. Guru juga boleh membiasakan murid menggunakan Laman Sesawang
Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk mencari makna perkataan dengan cara lebih cepat.
Murid perlu digalakkan untuk menerokai ilmu melalui kamus dan internet bagi mendapatkan maklumat. Guru boleh mengaitkan
lirik lagu dengan kehidupan yang
sebenarnya. Guru memberikan peluang untuk murid mengeluarkan pendapat mereka
berkenaan persoalan yang dikemukan guru. Contohnya guru boleh bersoal jawab
dengan murid tentang perkara yang boleh membuatkan seseorang itu merasa gembira. Guru juga perlu
mengaitkan lirik lagu dengan persekitaran murid iaitu kebersihan dan kesihatan.
Guru boleh memberikan ruang kepada murid untuk menerangkan tentang sebab-sebab
seseorang mudah untuk jatuh sakit. Peluang murid untuk memberikan pendapat ini
akan melatih mereka untuk melontarkan hujah serta mampu untuk berkomunikasi
dengan khalayak dengan penuh keyakinan. Perasaan keyakinan diri dan percaya
dengan kemampuan diri akan membolehkan murid untuk lebih maju serta berjaya di
dalam bidang yang mereka ceburi pada masa depan. Strategi berfikir metakognatif yang digunakan
oleh murid ketika berhujah adalah untuk
mengaitkan maklumat baharu yang
diterima dengan pengalaman sedia ada
murid. Kemahiran berfikir seperti ini akan membolehkan murid menjadi yakin, berjaya
membuat penilaian kendiri, mampu meneroka strategi pembelajaran, sedar mengenai
aktiviti yang dijalankan dan dapat
berfikir cara belajar secara berterusan. Pemikiran aras tinggi seperti strategi
berfikir metakognatif ini merupakan
salah satu daripada sebelas Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025,
Kerajaan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Untuk menjamin
perlaksaan kualiti pendidikan Malaysia setaraf dengan antarabangsa berjaya, Kementerian Pendidikan telah merombak
semula isikandungan peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.
Kaitan
isu kebersihan dan kesihatan perlu
disentuh oleh guru kerana tema pelajaran bahasa Malaysia adalah
kesihatan dan kebersihan. Guru juga
boleh mengaitkan isi pelajaran dengan
nilai murni. Guru telah mengolah soalan
yang membolehkan murid untuk berfikir. Di antara soalan yang boleh diajukan
kepada murid adalah seperti “Adakah murid dapat bergembira apabila mereka
sakit? “Apakah langkah yang perlu
dilakukan untuk mengelakkan ditimpa penyakit.” Guru mengaitkan kesihatan diri murid dengan penjagaan kebersihan. Guru
menerapkan nilai murni seperti perlu menjaga kebersihan pakaian, tempat tinggal
dan juga anggota badan. Murid perlu memastikan kuku, gigi dan seluruh anggota
badan sentiasa bersih untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terjamin. Aktiviti
sebegini penting untuk menggalakkan murid
berfikir secara spontan dan cepat. Bagi
murid yang tidak pasti dengan jawapan, murid akan berbincang dengan rakan. Perbincangan
murid ini akan menyakinkan diri mereka bahawa perkara yang mereka
fikirkan adalah bersamaan dengan rakan murid yang lain. Cara ini akan menggalakan pertukaran pendapat antara
murid berlaku dengan secara tidak
dirancang. Bagi murid yang mempunyai kecergasan interpersonal mereka akan berani mengeluarkan pendapat mereka sendiri
berkenaan persoalan yang diutarakan oleh guru. Menurut Tuan Jah Tuah Yusof (2011)
berdasarkan pendapat Howard Gardner ( 1983), seorang yang mempunyai kecerdasan
interpersonal akan mudah untuk bergaul dan berinteraksi dengan orang lain,
mampu bekerjasama dan menyesuaikan diri
dengan orang lain dan mampu memahami dan mempengaruhi kehendak orang lain. Di akhir
langkah pertama ini guru memberi
peluang kepada murid untuk menyanyi lagu kalau rasa gembira. Guru meminta murid
menyanyi dan membuat gaya dengan penuh semangat. Semasa set induksi, murid
menyanyikan lagu ini dengan bantuan lagu daripada video yang guru keudarakan.
Murid masih tidak mengecam lirik lagu ini dengan sepenuhnya. Murid juga masih
malu-malu untuk mengikut gerakan dalam lagu. Dalam langkah pertama pengajaran
murid telah diberi pendedahan tentang lirik lagu melalui pembacaan. Murid telah memahami aturan
pergerakan dalam lagu. Murid telah menguasai lagu Kalau Rasa Gembira. Murid dapat meluahkan perasaan dan membentuk
aras keyakinan diri yang tinggi. Murid yang menyertai aktiviti- aktiviti seperti nyanyian dan pergerakan kreatif akan
mampu mewujudkan sifat keriangan dan bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan
dan cabaran. Murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Setiap aktiviti haruslah dilakukan oleh
murid dengan penuh keyakinan seupaya menjamin keberkesanan.
Di
dalam langkah yang kedua, guru menayangkan
dalam perisian power point yang
menggunakan animasi tangan, kaki, mata,
mulut dan muka. Semua anggota badan ini
mempunyai pergerakan tersendiri seperti
tangan boleh bertepuk, kaki kucing sedang berjalan, mata berkerlip-kerlip yang
mampu bergerak secara terbuka dan tertutup, dan muka menunjukkan reaksi
tersenyum. Anggota badan ini semuanya mempunyai pergerakan masing-masing dan
seakan-akan hidup. Guru menyediakan animasi ini
untuk mewujudkan suasana ceria di dalam pembelajaran dan untuk
memastikan murid akan terus tertarik untuk mengikuti pelajaran. Menurut Naim ( 2000),
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan
penggunaan media dalam pengajarannya
untuk meransang seluruh pancaindera murid-murid kerana belajar adalah merupakan
fitrah manusia. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana menyeronokkan
dan menyelesakan sekiranya murid
meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Langkah seterusnya adalah mengeja perkataan bagi setiap anggota yang
disiarkan itu. Aktiviti mengeja
perkataan ini perlu untuk memantapkan
lagi pembacaan murid tahun Satu. Murid bersoal jawab dengan guru berkenaan peranan yang boleh dilakukan oleh
anggota badan ini. Murid diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat dan
berfikir tentang peranan anggota badan manusia. Contohnya mulut, selain
digunakan untuk untuk bercakap, mulut juga boleh digunakan untuk mengunyah
makanan dan meneguk minuman. Budaya berfikir perlu diterapkan kepada murid.
Gaya berfikir seseorang akan akan
menentukan personaliti dan kehidupannya. Seorang murid yang banyak bertanya dan
membuat inkuiri penemuan sebenarnya
mempunyai daya berfikir yang aktif dan agresif. Jika amalan berfikir ini
diteruskan , gaya pembelajaran murid akan berubah kepada lebih cemerlang dan
berpotensi. Pemikiran murid boleh diperanankan secara optimum dan dimanfaatkan
sepenuhnya. Murid bertambah gembira
dengan pengajaran guru. Murid akan berasa seronok mengikuti pelajaran apabila
guru memberi peluang untuk mereka untuk
melakukan pergerakan yang sama dengan anggota badan yang dipertontonkan oleh
guru. Pembelajaran sebegini akan membuatkan murid dapat berinteraksi secara
aktif dengan bahan pembelajaran serta mengingati kembali maklumat dengan
berkesan. Murid dapat melakukan amalan
mengkaji, membuat hipotesis, membuat inkuiri penemuan dan mengekspresikan pembelajaran secara
terancang dan penuh kesediaan.
Di
dalam langkah yang ketiga, aktiviti kumpulan dilakukan. Murid dikumpulkan
kepada enam kumpulan. Murid diberikan bahan-bahan seperti kertas lukisan,
gunting gam, pensel, warna dan gambar anggota
manusia terutama bahagian muka. Guru meminta murid bekerjasama untuk membentuk
wajah manusia yang sempurna. Ini peluang untuk murid berkolaborasi dengan
rakan-rakan. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof ( 2011),dalam strategi pembelajaran
kolaboratif, murid yang mempunyai
pelbagai kebolehan berkolaborasi, berinteraksi,
bekerjasama, membantu sesama sendiri di dalam kumpulan kecil untuk memenuhi kehendak tugasan kumpulan. Murid
juga berpeluang untuk berkomunikasi, bekerjasama dan mengeluarkan pendapat untuk
menyelesaikan tugasan yang guru berikan. Sifat kepimpinan murid juga dapat disuburkan di aktiviti kumpulan ini. Murid di dalam kumpulan perlu melukis bentuk rupa
manusia mengikut kesesuaian saiz bahan anggota manusia yang disediakan oleh
guru. Murid juga perlu melukis kening di wajah manusia yang dicipta ini. Murid juga boleh menggunakan kreativiti
mereka untuk melukis rambut ataupun tudung kepada gambar lukisan wajah ini. Anggota manusia yang disediakan guru itu perlu
digunting dan ditampalkan ditempat yang sesuai di wajah manusia. Murid diajar untuk berfikir secara
lateral. Lateral berkaitan dengan wawasan, kreativiti dan homur. Lateral berkaitan dengan pertumbuhan
idea-idea. Murid akan berfikir secara
provoaktif dan inovatif sekiranya murid berfikir secara lateral. Membudayakan berfikiran secara lateral akan
mengutamakan cara berfikir, memaksimukan ingatan, membuat susunan maklumat yang
terbaik, bijak membuat penyelesaian masalah, membuat pilihan, dan membuat
penaksiran. Di dalam aktiviti ini juga melatih murid untuk membudayakan budaya
mencuba secara invensi. Menurut Kamus Dewan ( Edisi 4 : 2007), invensi merupakan kebolehan untuk mereka atau
mencipta. Sementara Guilford ( 1964) mengatakan, kebolehan manusia untuk
membuat invensi berkaitan dengan operasi kognitif yang melibatkan proses mental
dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori yang merujuk kepada
kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran konvergen yang merujuk kepada
satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian
masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat sebagai kebolehan
pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah dan akhirnya penilaian tehadap
pengkaryaan yang dibuat. Aktiviti
mereka cipta wajah manusia ini memberi peluang untuk murid mencuba mencipta
sesuatu kerja secara amali. Kerja amali
seperti mencipta rupa manusia ini
merupakan proses mengekspresi, luahan perasaan, dan idea, eksperimen dan
kaedah cuba jaya. Aktiviti mereka wajah manusia ini memberikan peluang untuk murid mendapatkan
pengalaman dan respon di atas perkara yang dicuba dan diusahakan. Budaya
mencuba ini dapat mengukuhkan
pembelajaran murid. Murid juga dibiasakan dengan memberikan
pandangan kepada hasilan bentuk rupa
wajah manusia yang telah disiapkan oleh
setiap kumpulan. Pandangan ini adalah untuk memberi peluang untuk murid membuat
refleksi dengan kerja kumpulan yang mereka lakukan. Menurut Killion dan Todmen
( 1991) dalam Ismail Bin Saiman ( 2014 ), refleksi ialah amalan atau perlakuan menganalisis
tindakan, keputusan atau hasil dengan memberikan fokus kepasa proses
mencapainya. Ini juga merupakan satu proses memikir atau merenung kembali
pengalaman dan implikasinya terhadap
diri sendiri. Amalan refleksi dapat meransang kemahiran penilaian kendiri yang
memberikan hala tuju tentang perkara yang
telah dicapai dan perkara yang perlu diberi nilai tambah. Jika amalan
merefleksi dilakukan pada setiap pembelajaran, nilai tambah akan berlaku dan
akan memperkukuhkan lagi penguasan ilmu yang berkaitan.
Di
dalam langkah yang keempat, aktiviti
penulisan dijalankan. Murid dikumpulkan mengikut kumpulan murid yang menguasai kemahiran dan
kumpulan yang lemah. Bagi kumpulan yang menguasai mereka perlu melakukan aktiviti mencantumkan
ayat yang ada di dalam kumpulan A dan Kumpulan B. Ayat yang telah dicantumkan ini perlu ditulis
semula oleh murid diruangan yang
disediakan di dalam lembaran kerja.
Murid perlu memastikan mereka menyusun dan membentuk ayat dengan betul. Aktiviti ini boleh membantu
murid untuk memahirkan diri mereka untuk membina ayat. Aktiviti menyalin ayat ini adalah penting untuk murid melatih koordinasi mata dan tangan murid. Apabila
murid selalu menulis dengan betul tulisan mereka akan menjadi cantik dan dapat
menulis dan menyalin dengan cepat dan cekap. Menurut Livine (1997) dan pendapat itu disokong oleh Khairuddin Mohamad
(2011), terdapat lima kepentingan memegang pensel dengan betul semasa menulis,
adalah tulisan menjadi cantik,cengkaman pensel menjadi kuat, ellakan kecederaan
semasa menulis, penulisan menjadi lancer dan memibana minat murid untuk terus
menulis. Bagi murid-murid sekolah
rendah, mereka mempunyai otot yang tidak
begitu matang. Mereka memerlukan aktiviti yang membolehkan otot mereka
menjadi matang. Latihan pergerakan
semasa menyanyi, pergerakan semasa
Pendidikan Jasmani dan aktiviti Seni Visual
akan dapat mematangkan pergerakan otot
kanak-kanak. Aktiviti memegang berus dan
pensel dengan betul akan menjadikan
tulisan cantik dan kemas.
Latih-tubi yang kerap akan mematangkan
otot kanak-kanak tersebut. Bagi
murid lemah pula, mereka diberi peluang untuk mengeja dan menyalin perkataan
mengikut gambar yang diberikan. Murid
melakukan aktiviti ini setelah mendapat
bimbingan daripada guru secara individu.
Murid-murid lemah perlukan perhatian guru untuk memastikan mereka
tidak lemah semangat dan mengalah. Murid-murid ini perlukan dorongan untuk
terus maju. Peluang mereka untuk maju terbuka luas jika mereka berjaya membuang
sifat leka di dalam kelas dan juga
kurang keyakinan diri. Aktiviti menyanyi
akan memberi peluang untuk murid lemah untuk menikmati kejayaan secara
individu. Murid yang kurang berjaya atau
lemah di dalam kemahiran Sains,
Matematik, Bahasa Inggeris akan mampu untuk berjaya di dalam seni visual dan
muzik. Perasaan menikmati kejayaan adalah penting untuk membentuk sifat
positif tentang keyakinan diri dan ego
setiap murid.
Di
dalam langkah penutup pula, murid
diberikan peluang untuk menyanyikan lagu kalau rasa gembira sekali lagi. Aktiviti ini akan terus menyeronokkan murid untuk berusaha mengingati
isi pelajaran. Kemahiran muzik penting
kepada murid sebagaimana kemahiran
psikomotor dan linguistik. Muzik merupakan satu cara untuk menyalurkan
sumber tenaga kreatif secara semula jadi. Muzik memberi peluang kepada murid
untuk meluahkan perasaan secara sihat. Muzik ini penting untuk mengimbangi proses pendidikan semasa yang menekankan
kepada bidang sains dan teknologi. Muzik juga boleh digunakan untuk mempengaruhi kelakuan manusia supaya lebih
positif. Lirik-lirik lagu kanak-kanak banyak yang bernilai positif seperti semangat
patriotik, kerjasama, kasih sayang, cintakan negara yang menjurus kepada kehidupan sejagat yang sempurna. Lagu seperti Perajurit Negara,
Tanggal 31 Ogos, Keluarga Bahagia adalah
antara lagu-lagu yang mengandungi nilai-nilai murni. Di bahagian penutup ini
guru menggunakan lagu Kalau Rasa Gembira bagi menitipkan nilai-nilai murni seperti menjaga kebersihan
diri, pakaian, makanan dan tempat tinggal untuk menjamin kehidupan yang sihat.Guru
juga memberikan saranan kepada murid-murid untuk mengembirakan hati ibu bapa
mereka dengan cara mendengar nasihat ibu bapa, menolong ibu bapa di rumah dan
menghadiahkan kejayaan murid-murid kepada ibu bapa di dalam bidang kurikulum
dan ko-kurikulum. Nilai-nilai murni adalah dituntut untuk dilakukan oleh
manusia yang dinamakan berakhlak mulia. Di dalam Islam, berakhlak mulia itu
merupakan satu fitrah manusia. Berakhlak
dan bermoral itu merupakan satu sifat yang mesti ada pada manusia. ( Abdullah
Zhidi bin Omar dan rakan, 2014). Diharapkan murid-murid akan menyerap berakhlak
mulia yang diperjelaskan oleh guru. Segala
aktiviti di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, murid-murid dapat meningkatkan daya persepsi, estetika dan
kreativiti sepanjang mereka membesar.
Murid-murid adalah berpotensi tinggi dan mampu mempunyai sikap jati diri yang
tinggi dan mampu untuk hidup harmonis
jika mengamalkan budaya ilmu
yang diwarisi secara berterusan.
Ulasan
Catat Ulasan