Himpunan Sajak Hasil karya Oh Ha Na
Tsunami airmata
Kelu lidahku
Mendengar kalimat itu
Kalimat yang mampu mengonyak perasaan
perempuan yang bergelar isteri
Gugurnya taraf seorang isteri
Disamping sang suami
Kasih yang disemai
Dengan limpahan kasih sayang
Disemai dengan janji
nan setia
Berkorban segalanya, seia sekata
Amukan ombak rela diharungi
Demi sebuah ikatan
Yang pudar kini
Walaupun
Zahir kasih sayang
Dikecapi dalam kepayahan
Dicapaikan dalam kesamaran
Seperti sebuah omongan kosong
Tapi
kini kesetiaan dan penantian
itu
Tiada bererti lagi
Kalimah itu
Meleraikan ikatan dua
jiwa
Yang terputus seperti lelayang dibawa angin
Penuh kerinduan
Memutuskan ikatan
jasad
Yang lama tidak bertautan
Ikatan murni terkubur kini
Kerana keegoaan jiwa-jiwa
Sabarlah wahai hati
Jangan kau banjirkan hari mulia ini
Dengan tsunami air
mata
Berdosakah aku
Berdosakah aku
Coretan ku itu
Menzahirkan kebenaran
Hasil luahan perasaan
Insan yang tertekan
Berdosakan aku
Mencoretkan kisah
Kemarahan
seorang insan
Yang rasa malu
dan terhina
Tamparan dari insan
Yang masih mempunyai ikatan
Yang bersaksi
dan berwali
Berdosakan aku
Menzahirkan kemarahan itu
Dengan bait-bait kata-kata
Yang kuolah
tanpa membuta tuli
Demi
tuntutan sebuah penghidupan
Berdosakah aku
Hasil coretan itu
Aku diikuti
Aku diadili
Namaku dikenali
Berdosakah aku
Hasil coretan
itu
Sebuah Mahligai
Kristal yang retak
Menanti detik dan ketika untuk merekah terbelah
Telah menyungkur rebah menyembah bumi
Dengan lebih pantas dan tragis….
Andai kau
Andai aku seorang ahli
sihir,
Akan ku gunakan
tongkat sakti itu,
Mengeluarkan percikan
cahaya dan bintang,
Akan ku sinari setiap
insan itu,
Moga mereka bertenaga ,
Moga mereka bergeliga,
Moga mereka berkuasa,
Untuk berkata-kata,
Untuk mengeja,
Untuk membaca,
Pasti aku :-
Meluncur
tinggi membelah angkasa,
Megah berdiri, mendabik dada,
Kerana terlalu gembira,
Aku akan berkokok bangga,
Lagak si ayam jantan
yang berjaya
Menumbangkan musuhnya.
Memori indah
Sejak detik itu,
Hatiku sering bergetar
Tergambar raut wajahnya
Kelembutan wajahnya
Senyuman manisnya
Gurau sendanya, Kelunakkan suaranya
Renungan sepasang mata yang ikhlas
Membuatkan aku
Tak sabar, tidak betah
Untuk lebih lama
menunggu
Memburu langkah
Langkah yang
bersemangat
Penuh seribu makna
Menyusuri liku-liku perjalanan
Menuju puncak kejayaan
Berbekalan semangat dan kesungguhan
Dari guruku
yang kusayangi. H
Hati
Berdebar tidak terkira
Diri seakan-akan
kerdil
Di sekeliling mereka
Yang kelihatan gagah
Ketawa gembira mereka
Tambah menyeramkan
Hatiku tertanya-tanya
Adalah mereka sepertiku
jua
Gementar kerana tugasan itu,
Berat rasanya bahuku
untuk melaksanakan
Mampu aku lunaskan
Aku gementar
Risau akan kegagalan
Takut ditertawakan
Hanya kini
Aku berserah
KepadaNya
Moga segalanya dipermudahkan.
Ulasan
Catat Ulasan