sinopsis siapakah pencuri

SINOPSIS  TEATER KANAK-KANAK SIAPAKAH PENCURI?
Kisah berkisar di dalam sebuah hutan tempat tinggal binatang seperti Sang Nuri, Sang Murai, Sang Tupai, Sang monyet, Sang Ayam, Sang Ular dan Sang Biawak. Suasana kecoh apabila Sang Tupai kehilangan kacang yang menjadi makanan kepada anak-anaknya. Sang Ular dan Sang Biawak marah kerana suasana bising yang dicetusakan oleh tupai di waktu subuh itu. Bantuan makanan telah diberikan kepada Sang Tupai oleh Sang Nuri. Sang Nuri telah membuat mesyuarat untuk membincangkan masalah yang berlaku di tempat tinggl mereka. Sang Ayam  menceritakan masalah yang berlaku kepada dirinya tentang kehilangan telur-telurnya yang dimakan musuh. Sementara Sang Murai pula mengadu tentang kerosakan sarangnya. Sang Ular dan Sang Biawak sentiasa mempersendakan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakannya. Apabila ahli mesyuarat mencadangkan untuk memanggil Sang Kancil untuk menyiasat kejadian kecurian telur dan kerosakan sarang murai Sang Ular dan Sang Biawak membantah secara sekeras-kerasnya. Mereka memperlekehkan hasrat ahli menyuarat itu dan berpendapat mereka sendiri boleh menyelesaikan masalah tersebut. Sang Biawak dan Sang Ular telah meninggalkan mesyuarat  itu. Usaha untuk memanggil kancil tergendala apabila anak kancil memberitahu bahawa ayahnya pergi ke hutan lain selama sebulan. Anak kancil dan sahabatnya yang lain telah membuat perangkap untuk menangkap Sang Biawak dan Sang Ular yang telah dikesan sebagai pencuri telur. Anak Kancil dan sahabatnya telah berkomplot dengan mengatakan bahawa telur burung dan ayam akan disembunyikan ditempat yang dirahsiakan bagi mengelakkan daripada dicuri. Sang Biawak dan Sang Ular telah mendengar maklumat itu secara  tidak disengajakan. Sang Biawak percaya dengan khabar angin  yang dibawakan oleh anak kancil dan sahabatnya itu. Sang Biawak tetap mahu mencuri telur yang disorokkan walaupun telah dihalang oleh Sang  Ular. Akhirnya Sang Biawak terperangkap dan telah termakan telur batu. Semua masyarakat hutan marahkan perbuatan Sang Biawak  itu. Sang Biawak mula insaf dengan sikapnya itu. Masyarakat hutan berbaik semula dan sudi memaafkan  perbuatan Sang Biawak  itu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun kasih sayang ibu bapa

BBM3106 PEMULIHAN& PENGAYAAN

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( PPG 2012-2015)