Saya sekarang ini telah bertukar mengajar aliran perdana. Mula-mula perkhidmatan saya adalah sebagai guru aliran perdana .Saya ambil opsyen Pengajian Melayu. Setelah 5 tahun menjadi guru saya ingin melakukan penghijrahan. Saya rasa diri saya ini lemah. Saya terlebih manja. Saya ingin lebih maju. Saya Ingin melanjutkan pelajaran. Saya mengambil KSPK( kursus sijil perguruan khas 1 tahun) dalam jurusan pemulihan khas. Saya sanggup menaiki bas ke Institut Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Ketika itu anak saya baru sahaja berusia satu tahun. Saya ingin mengambil Berkembar iaitu peluang melanjutkan pelajaran yang memerlukan berada di Maktab Perguruan dan 2 tahun lagi di Universiti yang terpilih. Rezeki saya belum terlaksana. Saya gagal untuk melanjutkan pelajaran walaupun telah temuduga. Saya mencuba saban tahun tetapi tetap gagal. Apabila Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada guru untuk mengikuti PPG( Program Pensiswazahan Guru untuk kohort pertama saya tidak dapat masuk kerana saya mengalami masalah kesihatan.Kaki saya masih belum sepenuhnya setelah terlibat dalam kemalangan kereta. Saya dapat masuk PPG pada Februari 2012.Kini saya telah selesai belajar. Tunggu untuk mendapatkan ijazah sahaja yang dijangkakan pada bulan Mei 2016 nanti.Horrey..walaupun telah tua saya masih berpeluang untuk menggenggam segulung Ijazah. Syukur alhamdulilah.

Ulasan
Catat Ulasan