Cinta tanpa suara
BAB 1
AKHIR TAHUN 1986
Hari ini hari
yang amat membahagiakan Adani. Hati Adani menjadi nyaman dan kembang. Mulut Adani tidak henti-henti
bernyanyi riang. Senyuman manis sentiasa
mewarnai wajahnya. Adani baru sahaja selesai mengemaskan rumahnya.
Pantas sahaja tangan Adani mengambil tuala untuk mandi di sungai. Ringan sahaja kaki Adani mengatur langkah. Perasaan Adani tenang dan lapang. Perangai Adani yang begitu liat dan culas untuk
pergi mandi juga hilang. Adani tidak lagi berfikir beribu kali untuk pergi
mandi di sungai. Jarak sungai yang jauh di
belakang rumah Adani juga tidak menjadi penghalang. Adani tidak pedulikan lagi
peluh yang akan keluar semasa pergi dan balik dari sungai. Adani begitu ceria
kerana dapat bertembung dengan Arjuna
hatinya.
Otak Adani sedari
tadi terus menerus memainkan semula babak-babak peristiwa yang berlaku tadi. Filem itu seperti tiada noktah penamat. Berputar
dan terus berputar. Terbayang jelas di mata Adani peristiwa tadi. Wajah heronya
menghambat dan melekat di seluruh perasaan Adani. Adani terus mengingati wajah
itu. Adani benar-benar terpikat dan terjerat dengan wajah itu. Sang Arjuna hati
Adani berwajah serius, bermata redup tetapi galak merenung.
Adani terpesona dengan senyuman manis Sang Arjuna
itu. Senyuman Arjuna itu begitu mendebarkan hati nurani Adani. Cair iman Adani apabila menerima kuntuman senyuman
daripada Sang Arjuna itu. Senyuman Arjuna itu
bertambah memikat dengan hadirnya lesung pipit di pipinya. Senyuman itu
hadir dan meresap jauh ke lubuk kalbu Adani.
Bayang
Arjunanya menemani Adani sepanjang perjalanan ke sungai itu. Adani tidak merasai kepenatan perjalanannya
ke sungai itu. Sungai itu terasa dekat
sahaja jaraknya. Adani terus ke tepi
sungai. Adani menuju ke rakit yang dibina di tepi sungai itu. Adani memerhatikan arus air sungai yang deras itu. Adani menghampiri ke
gigi air. Adani mencelupkan kakinya ke
dalam air. Air sungai itu menyamankan kaki Adani . Adani seakan-akan tidak puas
menikmati kesejukkan air sungai itu. Adani memaksa dirinya duduk berlunjur
di atas rakit itu. Adani memasukkan kakinya ke dalam air. Adani menari-narikan pula jari-jemarinya ke dalam air sungai. Kesejukan suhu air
meresap mesra ke tangannya.
Air sungai
masih lagi sejuk walaupun matahari telah tinggi. Cahaya matahari tidak berdaya untuk menembusi
dedaun pokok yang rimbun di tepian sungai itu. Adani menceduk air lalu di
curahkan ke mukanya. Curahan air sungai yang sejuk itu menyusuri urat saraf Adani. Segar badan Adani, hilang sudah rasa
keletihan sepanjang perjalanan pulang ke rumah tadi. Gemuruh hati Adani juga telah hilang. Adani merasa gemuruh kerana si ibu ayam. Keceriaan di hati Adani malap seketika. Si ibu ayam membuatkan Adani
geram. Adani terjun ke dalam sungai
untuk berenang. Adani mahu menghilangkan
kemarahannya kepada si ibu ayam.
Perasaan Adani
bertelingkah lagi. Perasaan marah dan
kasihan berkumpul menjadi satu di hati Adani. Adani dapat merasakan si ibu ayam
bernasib malang. Belas hati Adani mengenangkan nasib si ibu ayam. Si ibu ayam sakit dilibas kayu oleh Arjuna hati Adani. Adani sepatutnya berterima kasih kepada ibu
ayam. Serangan si ibu ayam penjadi
pendorong kepada Arjuna untuk menyelamatkan diri Adani. Adani ketawa lagi. Adani terus berenang sambil membayangkan
wajah Arjunanya. Arjuna yang kacak rela berkorban menyelamatkan nyawa Adani.
Adani tidak
pernah mengimpikan pertemuan empat mata bersama Arjuna hatinya. Pertemuan itu
amat mendebarkan Hati Adani. Pertemuan itu lebih mendebarkan berbanding
serangan si ibu ayam yang garang. Arjuna
hati telah berjaya menyelamatkan diri
Adani daripada menjadi mangsa serangan si ibu
ayam. Ibu ayam itu menyerang
Adani kerana ia berasa keselamatan diri dan anak-anaknya
terancam.
Kotak fikiran Adani memainkan semula babak yang penting itu. Tengah hari tadi Adani telah pulang ke rumah dengan melalui jalan di
kawasan rumah jiran-jiran di
kampungnya. Keterikan panahan cahaya matahari membuatkan otak Adani seakan dimasak hingga
mendidih. Kulit Adani menjadi perit, pedih dan sakit. Panas terik itu juga menjadikan kulit Adani hangus terbakar. Kulit Adani yang hitam manis bertukar menjadi hitam legam . Kulit Adani persis ayahnya yang
berketurunan Pakistan.
“Hitam-hitam si
tompok manggis, sungguhpun hitam di pandang manis”
Arwah ayah Adani
akan menyebutkan ungkapan itu bila
Adani menangis dan mengadu diejek-ejek oleh
rakan-rakannya kerana berkulit gelap. Adani ketawa kecil apabila mengenangkan
cara arwah ayahnya memujuk hatinya yang sedang rawan. Adani sayangkan arwah
ayahnya yang sentiasa menjadi pelindung dirinya itu.
Adani melangkah lagi. Adani perlu segera tiba di
rumah. Adani mengharapkan rimbunan daun-daun itu dapat melegakan sedikit
kepanasan di kepala Adani. Kepala Adani
dilitupi tudung putih yang telah mulai
kekuningan. Tudung Adani itu telah lama tidak diganti baru.
Adani tidak sampai hati untuk meminta ibu membelikan tudung yang baru . Ibunya hanyalah seorang buruh pengutip buah relai di ladang kelapa
sawit. Upah yang didapati oleh ibu Adani sangat rendah. Rezeki yang didapati
ibu Adani itu hanya cukup untuk membeli makanan.
Mujur juga mereka boleh mengutip pucuk-pucuk
paku yang banyak tumbuh di tepi sungai itu sebagai tambahan makanan. Adani
pasrah. Selagi baju, kain dan kasutnya
masih boleh dipakai, Adani tetap akan
memakainya. Tiada istilah pakaian baru
dalam hidup Adani. Adani reda dengan
gaya hidupnya yang serba kekurangan.
Adani tidak
mahu hajatnya untuk berpakaian baru itu akan merunsingkan hati ibunya. Selama
ini ibu bersusah payah membesarkan
Adani. Jerih perih ibu membesarkan Adani belum mampu dibalas. Adani tidak mahu
membuat onar lagi.
Keperitan hidup
mereka lebih dirasai semenjak kematian arwah ayahnya 3 tahun yang lalu. Arwah ayahnya meninggal dunia kerana
tertimbus dengan timbunan buah kelapa sawit . Buah kelapa sawit itu terjatuh dengan tidak sengaja daripada traktor.
Kejadian itu berlaku betul-betul di depan kilang kelapa sawit tempat arwah ayahnya
bekerja.
Adani terus sahaja berjalan sambil menyandang
beg yang berat itu. Beg itu berat kerana dipenuhi dengan buku teks . Adani
baru sahaja mendapat pinjaman buku teks
bagi kegunaan tahun hadapan. Adani akan
memasuki tingkatan tiga pada tahun hadapan. Lenguh bahu Adani mengusung beg
yang penuh dengan buku-buku teks tingkatan tiga.
Langkahan kaki Adani menjadi pendek. Beg yang berat itu benar-benar menguji
kesabaran Adani. Adani berhati-hati supaya begnya itu tidak terjatuh. Susuk
tubuh Adani yang kecil itu menyukarkan lagi dirinya untuk mengendong isupadu
beg. Kesukaran mengangkut muatan beg itu terpancar jelas dari air muka Adani. Adani benar-benar tidak berdaya lagi. Adani ingin sahaja menjerit meminta tolong orang-orang
yang berada di tepi jalan itu. Adani mahu meminta bantuan mengendongkan beg
yang berat itu hingga ke rumahnya. Adani
teringatkan ayahnya lagi. Jika ayahnya
ada tentu dia tidak susah begitu. Pasti
ayahnya akan mengendongkan begnya hingga ke rumah. Adani sayu.
Keletihan dan
kesengsaraan Adani itu sedikitpun mendapat
simpati daripada orang yang lalu
lalang. Adani juga tidak dikasihani oleh
si ibu ayam. Adani diserang garang oleh si ibu ayam. Ibu ayam terus sahaja
menerkam Adani tanpa ada perasaan belas
ihsan . Si ibu ayam itu terbang lantas
mematuk tangan Adani beberapa kali. Mujur sahaja mata Adani tidak menjadi
mangsa patukan si ibu ayam. Mata Adani
boleh menjadi buta kalau terkena patukan si ibu ayam. Adani merasa tangannya
sakit kesan serangan patukan si ibu ayam.
Adani merasa
sangat letih dan dahaga. Adani tidak mempedulikan keadaan persekitaran. Adani
tidak menikmati kicauan burung. Adani tidak menghiraukan kehadiran ibu ayam
bersama-sama anak-anaknya. Adani
membiarkan sahaja si ibu dan anak-anaknya mencari makanan di semak berhampiran.
Adani tidak mengganggu si ibu ayam dan anak-anaknya mencari makan. Adani tidak
bersalah. Adani cuma menumpang lalu di kawasan itu. Adani tidak memijak anak-anak si ayam itu.
Si ibu ayam telah tersalah serang.
Cuak sungguh
Adani dengan serangan si ibu ayam. Tercampak ke tanah beg sekolah Adani.
Adani melompat lalu melarikan diri. Adani amat terkejut dengan serangan itu. Terkeluar
jeritan kecil dari mulut munggil Adani. Pucat muka Adani kerana diserang libasan maut dari si ibu ayam garang
itu. Bertaburanlah buku Adani ke tanah.
Buku-buku Adani
berlambakkan di atas tanah. Buku-buku
itu terkeluar daripada beg sekolah Adani yang tidak berkunci. Beg Adani sudah tidak boleh di kunci lagi
kerana pengancingnya telah patah. Beg sekolah Adani telah lama uzur dan
selayaknya dibuang ke dalam tong sampah. Mujur sahaja kawasan halaman rumah jirannnya
itu tidak berlopak. Jika tidak sia-sia
sahajalah buku-buku teksnya itu berenang
di dalam lopak air.
Adani
tidak menyangka Arjuna hatinya juga melalui jalan yang sama dengan dirinya. Adani
tidak pernah melihat Arjuna hatinya itu berjalan kaki. Arjuna hatinya sungguh
berani. Arjuna hatinya itu telah melibas ibu ayam itu dengan sebatang
kayu. Mencicit ibu ayam itu lari sambil
mengeluarkan bunyi tanda kesakitan atau ketakutan.
Si Arjuna dengan begitu ikhlas menolong Adani. Arjuna
hatinya juga telah menolong Adani
memungut buku-buku teks yang bertabur di atas tanah. Adani tersedar
dari tergamam.Tubuh Adani menggigil kuat kerana terkejut dengan serangan si ibu
ayam. Gigilan itu masih mengganggu tubuh
Adani . Gigilan itu masih belum hilang
sepenuhnya di tubuh Adani.
Adani berlari dan mencapai begnya yang telah
usang itu. Adani cepat-cepat membongkokkan badannya untuk mengambil beg
sekolah itu. Adani malu jika
begnya yang buruk itu dilihat oleh Arjuna hatinya. Adani
terkejut dan tersentak apabila buku-buku teks dihulurkan di depan matanya. Adani menegakkan badannya lalu menyambut
huluran itu. Adani mengharapkan huluran buku-buku teks
itu bertukar menjadi kuntuman bunga mawar. Adani sempat lagi untuk
berangan-angankan adegan romantik bersama jejaka idaman hati. Adani mengharap tuah untuk menyambut kuntuman bunga
dari Arjuna hati akan termakbul juga nanti.
Adani kini mabuk kepayang terhadap
pujaan hati. Hilang sudah ketakutan akibat serangan si ibu ayam.
Sang Arjuna
hati hadir tepat pada masanya. Arjuna hati telah menyelamatkan Adani daripada serangan si
ibu ayam yang amat garang. Arjuna hati
bertindak bagaikan ‘superman’ . Pantas sunggguh dia memukul si ibu ayam yang tersalah serang. Adani memuji dan menyanjung tinggi kehebatan
jejaka idaman hati. Adani mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Si Arjuna Hati kerana sudi menolong dirinya itu.
Sang Arjuna
hati hanya menitipkan segaris senyuman kepada Adani. Mungkin itu tanda dia menerima ucapan terima kasih yang Adani
hulurkan . Tanpa sebarang bicara Si
Arjuna Hati terus berlalu dari situ. Arjuna hati meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang
lagi. Si Arjuna tidak petah berbicara
seperti di pentas-pentas pidatonya. Arjuna hati tidak berusaha memujuk diri Adani supaya tidak merasa takut. Arjuna
hatinya itu tidak seromantik Romeo memujuk Julietnya atau Shah Jehan
memujuk Mumtaznya. Adani merasa sedikit kecewa.
Jauhnya
angan-angan Adani di dalam hatinya. Jauh
sungguh harapan si gadis berusia 14 tahun
terhadap teruna impiannya. Umur
mereka cuma berbeza setahun sahaja. Si teruna adalah juara sekolah dalam berbagai acara. Kehebatan si teruna itu telah berjaya menambat
hati Adani. Adani begitu kagum dengan
kejayaan jejaka itu. Semasa di
tingkatan satu lagi Adani telah mula mengikuti perkembangan diri si jejaka. Adani berminat untuk menghulurkan salam persahabatan. Adani ingin berkawan dengan seorang yang
bergelar juara. Kejayaan si teruna itu di dalam pelajaran, sukan dan kepimpinan
begitu membuatkan Adani tertambat dan teruja.
Si Arjuna telah
berjaya mengisi ruangan di dalam hati Adani. Adani ingin menjadikan Arjuna hatinya itu sebagai
pencetus inspirasi. Adani tidak pernah
terfikir untuk memiliki Arjuna hatinya itu. Adani hanya mahu mengikuti jejak langkah kejayaan Sang
Arjuna Hati.
Ketika ini Adani masih tidak berupaya untuk mengapai
kejayaan dalam semua bidang seperti Arjuna hatinya. Adani hanya mampu berjaya di dalam pelajaran
dan menjadi pengawas perpustakaan. Adani telah berjaya untuk mendapatkan hadiah di Hari
Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya. Adani telah berjaya mendapat tempat ke dua di
dalam kelasnya. Itu semua adalah daya
usaha Adani untuk bersaing dengan Arjuna hati. Namun Adani masih lagi tidak layak untuk menjadi juara
seperti Arjuna hatinya . Namun Adani puas hati kerana dia telah maju setapak
lagi di dalam bidang pelajaran.
Di dalam bidang sukan Adani hanya mampu
mengigit jari. Fizikal Adani yang kecil dan kurang bertenaga itu membuatkan
dirinya tidak ampuh untuk bersaing dengan rakan-rakannya. Rakan-rakannya itu adalah jaguh-jaguh sukan yang mempunyai keupayaan
semulajadi. Adani akui mereka semua memang handal dan tidak mampu untuk
Adani saingi.
Minat
dan kekaguman terhadap jejaka pilihan hati itu hanya terpendam jauh di sudut sanubari. Adani tidak mampu untuk mempamerkannya. Apatah lagi untuk meluahkan
kepada jejaka tersebut. Adani takut
dirinya akan ditertawakan. Gelodak jiwa Adani terus terbuku. Seandai berlaku tsunami jiwa barulah agaknya gelora
asmaranya akan terserlah. Mungkin ketika itulah Si Arjuna Hati akan
mengerti . Adani malu dan amat menyedari
kekurangan diri. Adani menyedari dirinya tidak mempunyai daya tarikan
tersendiri yang boleh membuat orang lain kagumi.
Adani terjebak dalam kemiskinan. Adani terpaksa melalui kehidupan yang terhimpit , tersepit dan diselubungi rona-rona kedaifan dan serba
kekurangan. Semuanya itu membuatkan Adani menjadi lemah. Wajah Adani juga tampak hitam, kusam dan kering. Wajahnya itu tidak pernah dihiasi sebarang alat solek waima setompok bedakpun. Keadaan
itu membuatkan Adani merasa dirinya amat kerdil. Keyakinan kepada dirinya juga telah merudum. Dirinya
umpama bunga tanpa seri warna, tanpa bau,
keras dan kering . Pudar tidak bermaya.
Jauh di sudut hati, Adani berazam dia akan berjaya juga nanti . Dia
bertekad untuk berjaya dan seterusnya mencorakkan hidupnya menjadi lebih
baik. Adani berazam akan mendapatkan
kerja yang baik, membeli rumah dan kereta. Dia tidak akan sama sekali melupakan ibunya. Hidup ibunya juga akan diubah. Mereka berdua
akan hidup dengan selesa dan bahagia. Adani juga berazam untuk membantu orang-orang
yang miskin seperti dirinya. Semoga
tiada lagi orang yang susah di bumi Allah ini. Doa Adani moga dia dan ibunya adalah insan
terakhir yang hidup susah dalam serba kesulitan di dalam bumi
Allah ini.
Adani mahu
menoktahkan kesengsaraan hidupnya. Adani
hidup berbekalkan semangat dan pengorbanan ibu yang tercinta. Bait-bait patah
perkataan daripada ibunya menjadi azimat untuk Adani terus berusaha .
“Ibu tiada
harta untuk diberikan pada kamu. Kamu
kena cari sendiri harta itu. Harta itu perlu dibeli dengan wang ringgit. Wang
ringgit yang banyak hanya boleh dicari
dengan adanya pekerjaan yang baik.
Pekerjaan yang baik hanya boleh diperolehi dengan adanya pelajaran.
Tugas kamu sekarang adalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Capaikan
cita-cita kamu. Ibu akan berusaha dan
berdoa untuk kamu. Kamu tidak sepatutnya mewarisi kemiskinan hidup ibu”
Adani berharap
pada suatu hari nanti dia akan mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah bersama Sang Arjuna hatinya. Si Arjuna hatinya akan sudi untuk
bertentangan mata dengannya dan mengiktiraf kewujudan dirinya.
Adani mahu membuktikan kepada Arjuna hatinya
dia akan sukses. Adani akan buktikan
pada dunia tentang kehebatan dirinya. Adani
amat yakin dia akan berjaya. Adani akan mampu untuk berdikari. Adani akan pastikan
perkara itu berlaku. Ketika itu dia
megahnya akan memperkenalkan dirinya kepada Arjuna hati. Adani akan berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan jejaka itu. Adani akan bersalaman
dengan Arjuna hati tanpa ada perasaan rendah diri. Adani menanamkan azam yang
kental di dalam hatinya. Kemiskinan tidak akan membelenggu hidup dan mengugat harga diri di sudut pandangan
masyarakat sejagat.
Ulasan
Catat Ulasan